Masalah Orang Pandai

Assalamualaikum semua. Aku seorang yang suka berborak dengan ramai orang sama ada secara fizikal ataupun alam maya.

Sepanjang berkawan dengan pelbagai ragam orang ni, aku perasan sesuatu kat orang-orang yang tergolong dalam golongan bijak pandai, yang sembang keadilan, yang sembang falsafah Yunani, yang benci gila dengan orang yang tak sama pendapat, yang hari-hari suka update masalah dunia.

Ni berdasarkan pemerhatian aku, bukan semua macam tu tapi mungkin tu sebabnya ilmu tu sendiri ujian bagi diorang.

1. Overthinking

Serius. Benda kesilapan kecil je kau dah cakap bagai dunia nak tamat. Benda yang viral sikit je pasal gen z kau dah cakap generasi sekarang lembiklah, kurang membacalah sebab asyik skroll tiktok,

Aku tahulah kau suka membaca sampai acah diri tu free thinker, tengok benda yang bertentangan je terus cakap generasi sekarang tak sehebat kau.

Tengok gen z tak baca buku sastera dah cakap negara akan musnah, rileklah budak gen z lah yang ada semangat nak bukan bisnes, daripada orang overthinking yang sesuai jadi kolumnis merapu je. Tak semua orang nak membaca, ada yang suka ambik ilmu tengok video, tengok anime.

2. Negatif

Yang ni bukan setakat kawan aku, pakcik intelektual sebelah rumah mahupun geng intelektual kat Internet macam ni.

Sikit-sikit orang kita malas, sikit sikit orang kita kaki sakau, kau tahu tak kau tengah buli mental orang kita yang baca benda tu? Ada ke manusia yang rela diri dia dihina?

Kau cakap masyarakat malas pun masalah tak settle beb, kau tak pernah fikir pun sebelum cakap/tulis kesan kenyataan kau kat motivasi orang lain untuk berjaya kat dunia ni.

Kau asyik duduk depan komputer sambil tulis, orang lain yang baca tulisan kau tiba-tiba down pastu benci orang lain, macam kau.

Nak tegur konon. Kau tak berlapang dada kalau ada kejayaan, kerja kau dari awal sampai akhir, membebel. Kat sekolah, siapa banyak cakap dialah yang paling lambat siap kerja.

3. Berangan

Wuishh kasar tol. Bab ni memang ada. Aku ramai kawan yang berangan sampai benci dunia nyata, sampai benci orang lain.

Contohnya kau tengok budaya kita tak sama dengan budaya barat yang kau puja, kau terus cakap budaya kita tak maju, kau jauhkan diri kau dari masyarakat sebab masyarakat tak cukup intelek bagi kau.

Kau berangan cakap kat aku kau free thinker sampai aku sebut pasal agama pun kau alergik padahal kau sendiri sedar, manusia mustahil bebas, kau cuma ubah cara kau berfikir kepada ideologi barat sebab kau rasa agama dan budaya tak maju. Its just matter of perspective.

Celah mana free nya? Masih jugak dipengaruhi nilai sekular, nilai liberal sebab kau rasa rasional dan logik.. logik pun masih guna acuan positivisme.

Pastu siap claim diri dia pemikir kritis, pemikir masyarakat, pejuang hak asasi, pejuang keadilan.. Fuhh.. siapa yang tentukan? Ilusi kau?

4. Suka merendahkan orang

Dek sikap sombong tu, sampai merendahkan orang lain. Aku pun direndahkan kau secara tak langsung sebab aku borak pasal ceramah yang lalu kat fyp aku.

Macam pakcik ni, dia pakar sejarah Matematik cakap pasal bidang dia, pastu kau tiba-tiba cakap dia Profesor kangkung sedangkan kau tak tahu konteksnya hanya kerana kau anti dengan budaya tempatan.

Kau mula anggap orang lain tak berguna, kau mula anggap Universiti tak berguna disebabkan pemikiran utopia kau.

Kau nak terus move on dengan hidup ke kau nak menangis pasal dunia ni sampai bila-bila? Sampaikan streamers, youtuber, pembuat permainan video, mahupun orang bisnes kau anggap semua bodoh sebab tak cakap pasal benda yang kau cakap,

Mana keadilan yang kau cakap kalau kau dah jadi manusia yang benci kat orang lain dan anggap diorang bodoh, kau nak dunia ni macam yang kau nak.

5. Acah berfikiran saintifik

Yang aku hari-hari kena hadap. Bila ada isu melibatkan sesetengah golongan (LG) tu je kau suruh berfikiran saintifik. Acah pro Sains padahal kau sebenarnya yang melumpuhkan lagi pemikiran sains.

Kau bongkak ingat Sains cuma Sains dari Barat, kau cuma baca buku Chalmer, Feynmann, Darwin, Hawking, Einstein, Bostrom. Kau tak nak baca lagi buku yang ditulis saintis berfahaman lain kat US tu, kau anggap Saintis tempatan ni pun tahap sipi-sipi.

Padahal Sains bukan alat kau nak membenci orang lain, Sains tak statik, apa ke bendanya kau dah mengkultuskan fakta Sains sebagai benda yang mutlak? Mungkin sebab sesuai dengan agenda acah hero umat manusia kau.

Lebih baik kau jadi saintis berbanding melantik diri kau sebagai Polis keadilan, Hakim Keadilan. Keadilan ciptaan manusia wujud ke?

Suka suruh orang persoalkan kepercayaan, kau bila lagi nak persoalkan ideologi kau? Nilai-nilai dalam deklarasi PBB tu bila kau nak persoalkn wujud ke tak?

Aku pernah terfikir masa tingkatan lima dulu, aku lebih rela jadi orang yang kau anggap bodoh yang tetap berjalan kat dunia dengan bahagia tanpa lupa tujuan sebenar di akhirat berbanding orang bijak yang terus menerus hanya tahu kecewa,

Lepastu sebarkan kekecewaan hingga lupa tujuan asal kau dan benci dengan masyarakat.

Kau tak boleh lari yang kau memang benci semua orang, mungkin kau benci diri kau jugak sebab identiti?

Kau persoal kenapa orang benci kat kau padahal kau dulu yang setinggi langit duduk dalam bubble cakap masyarakat itu ini,

Orang ada perasaan, ada hati, tak payah ungkit soal kritis, kau tak layak ukur kelebihan kekurangan orang lain berdasarkan bidang kau.

Kau nak dunia yang adil, bebas, takde autoeriti, takde kapitalis padahal itulah yang menggerakkan dunia sekarang, padahal kau sedar ini dunia, ini tempat ujian manusia untuk dunia yang abadi nanti,

Tapi kau tetap negatif, “kritis” sebagai overthinker menghukum, membuli semua orang tanpa sedar kenapa orang miskin mencuri, mungkin kau penyebab kemurungan? Tolong bangun dari mimpi kau sekarang.

Aku minta maaf jika confession ni menyakitkan hati.

– Ohraet (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *