Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga warga IIUM Confession sihat sejahtera.
Sebelum itu, sayang nak beritahu bahawa saya bukan seorang doktor atau kaunselor tetapi confessor yang ingin berkongsi tentang masalah otak.
Masalah otak yang saya alami ini adalah selama 13 tahun atau lebih sikit dari itu. Since confessor kecik lagi sebenarnya.
Masa saya kecil-kecil dulu, saya berasa malu untuk ucap I love you pada ibu dan ayah saya kerana fikir saya masa itu pasti saya akan disembelih atau dibunuh pada bahagian leher.
Saya masa kecil-kecil memang jadikan leher sebagai alasan utama untuk tidak menyayangi ibu bapa.
Ibu bapa saya baik, tetapi saya sendiri yang beranggapan seperti itu. Dan sekarang, Alhamdulillah, perasaan ini telah hilang.
Selama saya mengalami penyakit ini, saya tidak memukul ibu saya apatah lagi menghalaunya dari rumah. Saya tetap berbakti pada mak saya berdasarkan perintah agama.
Sekarang, nak ucap I love you kat mak ayah sudah tidak ada masalah lagi walaupun ada perasaan malu kerana fikirkan mereka berdua mesti sibuk dengan kerja masing-masing. So, kita tak nak ganggu.
Nanti masa hari lahir mak ayah saya, saya ucapkan buat mereka berdua sekali dengan kad ucapan juga. In Shaa Allah, jika tak terlupa lah.
Begitu juga bila berpakaian, saya selesa memakai baju labuh dengan lengan besar walaupun mak saya telah belikan untuk saya baju berlengan pendek dan kecik.
Otak saya masa itu menganggap pakaian seperti ini macam lelaki pondan, lelaki skema dengan rambut sikat tepi, dan macam-macam lah atau apa yang buatkan orang kutuk saya padahal realitinya bukan begitu.
Sekarang, perasaan berpakaian baju lengan pendek dan ketat tidak ada lagi.
Makan sayur pun saya boleh terbayang yang sayur ni melekat di lantai dewan serbaguna sampai kotor. Akhirnya, saya jarang sangat makan sayur kecuali brokoli atau sayur-sayuran yang tidak dimasak dengan sup.
Bukan sahaja pada ibu bapa, pakaian, dan makanan tetapi pada semua aspek kehidupan saya sendiri.
Masa sekolah rendah dulu, saya berani ponteng kelas bahasa Inggeris kerana terikut ajakan kawan-kawan saya,
dan saya masa tu pula inginkan perhatian dari kawan-kawan tersebut dan berharap dengan sikap ponteng saya ini membuatkan mereka tak akan menjauhi saya.
Masa tu baru darjah 1, huhuhu, patutlah saya dapat E dalam subjek bahasa Inggeris SPM. Allahu akbar.
Macam tu juga fikiran saya bila masuk darjah 2 sampai darjah 6 hinggalah tamat SPM, saya mahukan perhatian dan kasih dari kawan-kawan padahal realitinya tiada sesiapa pun bencikan saya.
Hal ini berlaku kerana fikiran pelik-pelik saya muncul pada awal saya ingin berkawan dengan dua orang hamba Allah masa darjah 1 dulu, dua orang hamba Allah ni bestfriend dan sebaya saja.
Fikiran saya masa tu yang dua orang hamba tadi akan takut dan terus nak berkawan dengan saya kalau saya sakitkan mereka,
Tapi saya mampu baling botol air yang kosong kat salah seorang dari mereka berdua hingga saya ditazkirah oleh guru besar depan pelajar dalam kelas saya sendiri. Huhuhu.
Sampailah saya dapat seorang adik angkat, pun otak saya masih tak betul hinggakan kami kerap gaduh dan dia kembali mengslami masalah depression. Allahu.
But, sekarang dia masih okay dengan saya dan dia beri ruang untuk saya perbetulkan diri. Alhamdulillah, saya okay sekarang ini dan tak macam dulu lagi.
Panjang citer kalau nak tampal kat sini, tapi saya boleh simpulkan bahawa fikiran saya terganggu (bukan depression) tapi yang bukan-bukan lah. Fikiran yang tak normal dan buatkan saya jadi separa gila.
Alhamdulillah, saya dah normal dan tiada sebarang perbuatan negatif yang saya tonjolkan. Dulu sampai nak bunuh orang tau, tapi sekarang dah tak macam tu lagi.
Baiklah, sampai sini sahaja luahan saya. Doakanlah agar Allah berikan saya kesihatan, umur yang barakah dan kehidupan di dunia dan di akhirat yang dipenuhi kebaikan. Aamiin.
– Seorang Musafir (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit