Masalah Pengajian Dan Kekeliruan

Assalamualaikum. Nama aku Leya. Aku bukanlah pelajar/alumni IIUM tapi aku terpanggil utk meluahkan isi hati serta bertanyakan pendapat kalian tentang permasalahan aku sekarang ini.

Aku pelajar tahun akhir sebuah universiti di pantai timur. Aku memang berasal daripada keluarga miskin. Kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Kadang-kadang dapur berasap kadang tidak. Kehidupan aku di universiti penuh kekurangan tapi aku dah biasa dengan semua itu.

Ditakdirkan di tahun akhir, PTPTN aku telah dihentikan kerana pada tahun kedua yg lalu aku telah menangguh pengajian selama 1 tahun. Ni pun sebab faktor kewangan. Jadi tempoh pengajian yg sepatutnya tamat dalam tempoh 3 tahun telah berubah menjadi 4 tahun. PTPTN mengatakan pihaknya cuma menaja dalam tempoh 3 tahun seperti tertera didalam kontrak biarpun jumlah pinjaman yg aku dapat belum mencukupi. Maka bermula epilog sedih dalam kehidupan aku.

Ibubapa aku hanya mengetahuinya pada bulan Oktober. Bagi kami, ini adalah tamparan yg sangat hebat. Aku pula mendapat tahu aku terpaksa menambah semester due to insufficient credit hour. Aku cuba bekerja part time tetapi memandangkan course aku agak berat, bekerja hanya membuat aku tidak dapat menumpukan perhatian kerana kepenatan. Dalam tempoh beberapa bulan ini, hidup aku seperti tidak keruan bila aku mula mengabaikan kelas, tugasan tidak dibuat, fyp diabaikan, mengalami depression yg sangat teruk hingga memaksa aku mengasingkan diri daripada semua orang selama 2minggu. Pendek kata aku sangat kecewa dan tertekan sehingga aku sudah tiada hati disini lagi. Niat dan tujuan aku bukan lagi ijazah tetapi kerja untuk membantu ibubapa ku.

Pada mulanya, aku menjangkakan ibu bapaku menolak hasratku untuk berhenti belajar tetapi ibubapaku mengerti malah menyuruh aku cepat-cepat submit borang berhenti. Mak aku xsanggup lagi melihat aku seperti orang gila, dalam kekeliruan, cuba memaksa diri sedangkan diri tidak mampu lagi semata-mata ingin memuaskan hati orang lain. Aku menurut kata-kata mereka. Di hati aku saat itu, hati aku sudah tawar untuk belajar aku memang taknak meneruskan lagi.

Tiba-tiba selepas aku sudah bulat hati untuk berhenti, ada berita tidak dijangka-jangka. Pensyarah aku mendapat tahu dan mengaturkan sesi perjumpaan dengan salah seorang alumni yg bergelar ahli korporat. Beliau ingin berjumpa dan berbincang tentang masalah yg aku hadapi. Pada hari yg sama, aku mempunyai rancangan penuh untuk menghantar surat berhenti belajar ke universiti. Pendek kata aku sudah redha dan ikhlas akan semuanya. Aku mungkin bergraduat pada 2018. 2 tahun lebih lama. Aku pelajar sesi 2013.

Sekarang hati berbelah bahagi. Jika diikutkan hatiku, memang aku sudah tiada hati dan tidak mahu lagi belajar disini. Aku memang ingin meninggalkan universiti ini. Boleh dikatakan aku sudah hilang semangat. Tapi aku juga tidak mahu dikatakan biadap terhadap pensyarah-pensyarah aku yg cuba membantu. Aku harap dapat mendengar pendapat-pendapat kalian tentang hal ini. Terima kasih.

– Leya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit