Sincerely, aku cuma nak tahu macam mana nak handle suami macam ni.
Mula2 kenal tak berapa nampak lagi perangai ni tapi bila dah serumah dan sebantal, baru nampak dengan jelas.
Aku berkahwin dengan pilihan hati aku 6 bulan lepas. Aku dan suami berkenalan kurang 6 bulan sebelum berkahwin.
Aku nampak semua elok dengan dia, keluarga dia pun elok, kawan2 dia pun elok & semua ok la ceritanya.
Suami semua ok bab nafkah & tanggungjawab kecuali perangai dia yang over-confident semua orang suka (in love romantically) dengan dia.
Mula2 tu aku percaya la semua cerita dia. Aku backup dia tapi lama2 aku macam rasa cerita dia tak masuk akal dan ada banyak cerita dia tu tak match dengan ingatan aku.
Aku ada di tempat sama dengan dia tapi bila dia cerita balik situasi tu, aku tak nampak pun benda tu jadi. Sampai aku questioning my sanity.
Sebagai contoh, pernah kami dine-in di cafe. Ada beberapa perempuan di meja sebelah. Mereka gelak2 biasa je macam girls outing macam tu kan, ada yang selfie, ada yang ambil gambar & semua nampak normal di mata aku.
Masa nak balik rumah, dalam kereta tu, suami aku cerita yang ada perempuan sebelah tu ambil gambar dia. Aku mula2 percaya cerita ni. Aku tanya macam mana boleh perasan,
Suami kata dia ternampak flash, bunyi camera & fon tu di letak ke arah dia. Aku pun rewind balik dalam otak aku, macam tak ada pun, tapi aku iye kan je la.
Contoh kedua, masa kami di festival convo adik. Semua orang kat situ literally pegang fon & camera sebab nak bergambar kan. Banyak bunyi camera & bunyi flash di mana2.
Suami tiba2 bisik kat aku kata ada orang ambil gambar dia & lepas tu senyum2 dekat dia.
Masa tu juga aku suruh suami tunjuk, aku nak pergi confront. Eh tiba2 suami tarik tangan ajak pergi tempat lain. Malu katanya.
Contoh ketiga, masa di pet expo. Suami tiba2 kata nak pergi toilet, balik dari toilet tu suami kata ada orang masukkan nota (bertulis nama & no fon) dalam poket dia.
Aku suruh tunjuk nota tu tapi suami kata dia dah buang sebab serabut dan malas layan.
Banyak lagi la situasi hampir sama dengan tiga2 contoh tu.
Sebelum kahwin aku percaya je cerita dia sebab belum serumah & belum berkepit 24/7 kan. Sekarang ni macam banyak sangat kejadian yang sama & semua tak ada bukti.
Dengan sepupu aku pun ada. Suami kata sepupu aku cuba mengorat dia padahal sepupu aku tu baru beranak, baby 2 bulan baru. Sepupu tu trauma lagi bersalin kena gunting, tak ada masa nak mengorat jantan lain…
Pernah juga suami kata tok imam nak pelawa dia kahwin dengan anak dara tok imam tu.
Bila aku tanya tok imam mana satu sebab kampung kami ni kecil je, terus husband kata tok imam tu dah pindah negeri lain.
Ada juga suami cerita influencer seksi senyum2 dekat dia masa di mall. Lepas tu influencer tu dm dia. Bila aku minta nak tengok dm tu, dia kata dah delete sebab serabut.
Terlalu banyak cerita2 orang cuba untuk mengorat dia, dari mulut dia tapi tak ada bukti kukuh untuk aku tengok.
Aku pernah juga la confront dia manja2. Abang ni betul ke? Macam perasan je, dengan nada manja & main2. Aku tak nak suami terasa.
Suami balas, ayang tak percaya takpe, jangan menyesal kalau kena kebas, dengan nada gurau juga.
Entah la, pening aku.
Mula2 aku macam ok je dia bercerita (atau buat2 cerita), tapi kalau dah sampai tiap2 minggu ada kes ni. Aku takut aku yang tiba2 cari gaduh dengan orang atau aku pula yang paranoid takut suami kena kebas.
Yela, mana tak paranoid kalau semua tempat aku aku pergi, suami kata ada orang nak ngorat dia. Nak percaya atau tak.
Macam kes suami dengan sepupu aku tu, boleh bawa gaduh antara family kalau aku bertindak untuk tanya family member lain.
Serius aku serabut & ada masa aku tak tahu nak percaya atau tak cerita dia.
Latar belakang suami biasa2 sahaja. Hitam manis, tinggi, chubby, kerja biasa2 & dari keluarga baik2.
Aku pernah bertanya pasal ni dengan kawan2 rapat suami secara diam2 dan mereka berkata, memang suami selalu juga bagitahu yang ramai orang cuba mengorat dia.
Kawan2 tersebut ingatkan benda tak serius, gurauan & sharing kosong.
Aku juga pernah bertanya kepada ibu suami, ibu berkata benda sama.
Di mata ibu & kawan2 suami, benda ni nampak macam bergurau & kosong, tapi aku yang kena hadap 24/7 ni rasa sangat tertekan.
Tolong la aku, huhu.
– Amara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
i dont think he try to make you feel insecure sbb dah jadi habit dia sebeum kahwin pun mcm tu…
why dont you do the same..
create the same situation, the similar story..kalau bleh up sikit macam ada org bg bunga, bagi hadiah kt you..
i dont think there would be any harm..
play along
macam perasan sendiri pon ada..masalah mental mungkin..
Dah tau laki kau senget + syok sendiri, kau abaikan je. Dia saja buat camtu biar kau rasa tak selamat.
Yg kau pun takyah laa nak fikir nanti laki kau kena kebas, caras, rampas.
sementara dia ada depan mata ni, jaga je elok².teruskan hidup.
alahhhhh lakinya pun.. Tak padan!