Hai. Sedikit pengenalan mengenai diri saya. Saya seorang pelajar di universiti utara yang berasal dari selatan tanah air. Saya merupakan pelajar tahun kedua iaitu semester 3.
Saya mempunyai masalah iaitu saya kesunyian berada di negeri orang tanpa saudara terdekat. Saya hanya disini keseorangan.
Saya tahu itu lah lumrah seorang pelajar dan pengorbanan kerana sudah dewasa. Namun, saya tidak sanggup menempuh kesunyian setiap hari.
Walaupun sudah setahun saya disini saya masih tidak mampu menghilangkan perasaan tersebut. Setiap hari saya akan menangis setiap kali balik dari kelas kerana kesunyian yang melampau.
Kawan saya hanya dapat dikira dengan jari. Saya jugak mempunyai keyakinan diri yang rendah.
Jadi untuk join sebarang kelab di universiti saya tidak lepas kerana sebelum tu ada interview. Interview pun tak lepas apa lagi nak join mana mana kelab.
Saya dah ikut semua saranan dari orang untuk keluar dan sibukkan diri untuk mencari kegembiraan saya sendiri. Tapi sampai sekarang saya tidak mampu untuk menghiburkan diri sendiri.
Saya hanya menjalani hari saya dan ikut je apa yang berlaku. Saya sudah hilang minat dengan semua benda.
Sekarang saya di diagnose MDD. Jadi saya sudah buntu dengan diri saya. Saya give up dengan hidup saya. Saya tidak tahu macam mana lagi cara untuk saya mengembirakan diri sendiri.
Saya terfikir untuk menukar universiti supaya lebih dekat dengan rumah.
Tapi persoalannya bolehkah saya menukar universiti?
Saya tidak mahu mensia siakan satu tahun saya belajar. Kalau boleh tukar adakah saya kena mula dari sem 1 balik atau kalau saya mengambil course yang sama adakah boleh transfer kredit?
Harap dapat membantu…
– Adik Manis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
dik,
perasaan awak sama macam apa yang akak lalui tahun 2012. masa sambung degree.
rasa macam tak berguna. dah la bukan orang kaya, ibu bapa dan keluarga pun bukan berduit sangat. sampai akak selalu bangun malam fikir nak berhenti belajar dan cari kerja. duit masa tu dalam kepala, rasa benci belajar. nak drop tapi tuhan sayang agaknya dekat akak. akak berjaya habis degree on time. bertahanlah dik.. semoga awak pun berjaya 1 hari nanti.
Cuba awk berbincang dgn kaunselor d U awak tu.. klaw dah x thn sgt, bole je tukar U, atau klaw U awk tu ada cawangan d selatan or paling tidak d KL, x lah jauh sgt.. lain org lain pandangan.. mcm saya dlu, saya lbh suka blajar di tempat yg agak jauh, sbb dari skolah rendah ke sek. Menengah dlm negeri yg sama.. dpt kwn2 & pengalaman yg baru pulak.. cuti semester bole balik ke kampung sendiri, kdg2 semasa d kmpung, teringat2 pula kat tempat blajar kita di sana.. apa2 pon carilah kwn or hobi yg bole memupuk minat kita sendiri.. wallahu a’lam..
bertahanlah smpai hbis bljr awk. Niat dlm diri dtg hnya untuk bljr dan klau boleh rmaikan kwn especially dgn org yg positive dan supportive. Tak rmai kwn pn tkpe janji kwn tu berkualiti.. Be strong.