Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat yang membaca. Saya nak luah tentang masalah serba salah saya. Asyik tak kena itu ini bila nak buat apa-apa.
Saya perasan saya ada masalah ni bila saya..
1. Terlalu banyak benda nak fikir
2. Terlalu banyak benda nak buat
3. Terlalu beremosi
4. Terlalu menjaga perasaan orang lain
5. Terlalu takut dengan pendapat/kritikan
6. Terlalu rasa salah takut dosa
7. Terlalu penat nak buat keputusan
Entah la. Serba salah ni macam penyakit was-was ke apa. Jadi tak tahu nak buat apa. Hal ini hanya mengundangkan stres kepada saya. Dan membuatkan saya jadi keliru dan buntu.
Contoh situasi yang telah dan sedang saya hadapi dan ingin saya mohon nasihat ialah..
1. Nak bahagi kasih sayang antara ibu bapa angkat dan kandung
Saya rasa ni mula-mula saya rasa blurr nak buat apa. Memang saya sayang semua. Tapi bila semua nak perhatian saya rasa terbeban.
Saya rasa tersepit ditengah. Dan memang ada menyakiti dan tak hormat sebab saya stress. Macam mana nak layan adil. Sedangkan situsi berbeza, cara hidup berbeza. Tapi saya banyak diam dulu.
2. Nak bagi perhatian antara suami, anak dan ayah yang uzur bila hidup sebumbung
Hari-hari yang sungguh mencabar dalam hidup saya. Saya tak reti nak puaskan hati semua. Saya tak larat nak layan semua.
Layan suami, layan anak, serba salah dengan ayah. Layan ayah pula, serba salah dengan suami. Tiada bimbingan tentang perkahwinan mahupun penjagaan anak. Rasa betul-betul stress dan lost. Banyak gaduh, banyak marah.
3. Ini fasa pemulihan iaitu sekarang
Selepas pemergian ibu bapa angkat dan ayah kandung saya. Hanya tinggal ibu kandung saya sahaja yang patut saya santuni.
Namun tak mudah sebab saya masih trauma dengan keadaan sekeliling rumah. Nak pindah rumah lain pun sebab ibu bapa dah wasiatkan. Sayang.
Dekat dengan kubur mereka. Tapi memang segala memori suka duka dan paling pahit adalah bayangan yang selalu datang apabila mereka menghadapi sakaratul maut di rumah.
Saya tak tahu jika saya boleh bertahan hidup di sini atau tidak. Rasa macam nak lari, mulakan hidup baru. Namun rasa serba salah sebab memang dulu ibu bapa saya pesan hidup di rumah tu.
Jadinya saya fikir untuk ubahsuai rumah untuk dapatkan suasana baru, macam nafas baru.
Tapi yang membuat saya rasa bersalah sangat, jika apa yang saya nak buat ni membazir, menunjuk mewah, pentingkan diri, tak tolong orang susah yang lebih memerlukan dan sebagainya.
Apabila saya cuba mengemas barang-barang dalam rumah pun. Saya rasa serba salah alihkan dan ada sesetengah buang barang ibu bapa saya. Mereka punya kan dulu. Cuma jadi peninggalan. Ada yang saya sedekahkan, bagi pada saudara mara.
Sekarang saya sedang kemas bahagian dapur. Segala ubat-ubatan ibu bapa saya waktu sakit dulu saya buang. Tu pun dengan rasa serba salah, membazir orang lain susah nak beli ubat, yang ada buang pula.
Tapi takkan nak simpan semua? Takkan kena hadap persekitaran yang sama? Salah ke kalau ubahsuai? Adakah membazir, menunjuk dan pentingkan diri?
Dan kadang saya asyik fikir juga, adakah ibu bapa saya yang telah pergi tu okay atau redha dengan segala perubahan yang saya nak lakukan ni. Sebab ye la, tu rumah dulu. Saya hanya menumpang. Nama pun anak angkat kan.
Hanya dapat harta warisan. Bukan harta yang diusahakan sendiri. Tapi diusahakan ibu bapa saya dulu yang bekerja keras untuk bina rumah tu.
Kalau dulu arwah ayah selalu pesan untuk jangan membazir, kena simpan untuk masa depan. Jadi macam mana ye kawan-kawan? Ada yang sama situasi macam saya?
Adakah patut saya ubahsuai rumah untuk kebaikan saya atau biarkan persekitaran rumah sama untuk kenangan dan jimat wang. Namun saya akan sering teringat akan segala memori manis pahit?
Mohon pendapat semua, terima kasih.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit