Hati ku terdetik nak luah di sini selepas terbaca confession di link berikut, (https://iiumc.com/130am12312020/).
Mohon maaf andai penulisan aku ni berterabur dan tidak cantik.
Yes. Aku pon wanita, bekerjaya, umur menghampiri 30an dan mempunyai masalah ketagihan onani.
Bezanya aku tidak pernah lihat porn di mana mana website. Cerita yang ada adegan kissing atau seumpama dengannya pon aku akan skip scene itu. Tapi macam mana boleh berlaku?
Aku juga tidak tahu dari mana belajar onani. Ianya bermula dari perasaan ingin tahu, ingin mencuba dan rasa seronok.
Seawal 11 tahun aku sudah terjebak dengan dosa ini.
Pada mulanya aku tidak tahu yang perbuatan ini beronani. Sehingga menjengah umur pertengahan 20an barulah aku tahu yang ketagihan aku selama ni merupakan perbuatan onani dan ianya berdosa!
Sejak dari itu aku cuba untuk kurangkan, kalau dulu setiap hari, sekarang seminggu sekali, then sebulan sekali.
Bukan senang ya nak buang addiction ini, makan masa bertahun. Tapi aku masih cuba sedaya upaya.
Oh ya kan aku cakap aku tidak pernah lihat porn,
Sebab setiap kali aku cuba membuka website ini, aku akan terpalit dengan rasa serba salah yang sangat dan terfikir kalau aku mati ketika itu, sebab aku tahu melihat porn adalah dosa. Sebab itu aku tak pernah tengok.
Sama juga bila aku ‘teronani’, aku akan rasa menyesal sangat. Sebab adakalanya imaginasi aku ni agak liar dan cepat turn on.
Ya aku tahu, aku patut kahwin, tapi bukan la semudah itu, jodoh pon belum kunjung tiba.
Aku ingin sekali berkahwin, bukan kerana ketagihan onani, tetapi kerana ibadah dan ingin menyempurnakan sebahagian dari tuntutan agama.
Dan sekarang aku masih dalam fasa ingin berhenti melakukan ketagihan ini, hampir setiap hari aku akan solat sunat taubat, berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk tidak melakukan dosa ini lagi.
Alhamdulillah, aku berjaya kurangkan dan adakalanya tidak buat langsung untuk tempoh berbulan yang lama.
Aku bersyukur kerana Allah masih menutup aib aku ini dan tidak terjebak dengan maksiat atau zina. Kuncinya sentiasa doa dan bergantung kepada Allah.
So ini beberapa tips lain yang aku lakukan untuk elak dari ketagihan onani ini.
Pertama sibukkan diri. Aku pergi kerja, balik hampir malam, jadi bila badan dah terasa penat, memang fikir nak tidur saja.
Kedua jangan tidur bogel atau pakai boxer sahaja. Bunyi kelakar tapi perbuatan ini boleh triggered aku untuk buat. Even tengok badan sendiri, naked pon aku boleh turn on.
Ketiga, banyakkan hobi dan minat. Bila free memang akan terfikir untuk buat onani. So aku akan sibukkan diri exercise atau melukis sebagai contoh.
Keempat bila mana terbuat atau nak buat, hukum diri contoh derma RM50 atau istighfar 100x dan lain lain.
Kelima ramai yang cakap jangan duduk sorang, tapi susah bagi aku, sebab aku duduk menyewa jauh dari keluarga.
Keenam, banyakkan puasa sunat, aku baru saja amalkan puasa sunat isnin dan khamis, so far menjadi.
Terakhir paling penting,jangan pernah putus asa, terus berdoa dan meminta ampun dari Allah. So far ini tips yang aku gunakan.
Apa pon aku doakan kepada yang struggle macam aku supaya sentiasa diberi kekuatan. Doakan aku juga ya, aku pon insan yang lemah dan tidak terlepas dari dosa.
– Pendosa yang Ingin Berubah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit