Masalah Sungguh

Salam warga IIUM confession. Semua orang ada masalah kan. Masalah rumahtangga, jodoh, kerja, ipar duai kawan ke apa sekalipun.

Tapi pernah tak korang ada masalah sama macam aku. 

Masalah aku kecik je tapi aku tak suka dan menimbulkan perasaan kurang senang.

Dia macam ni.. adik aku suka guna nama dan gambar aku untuk buat akaun media sosial. 

Kalau FB tu lebih sepuluh ada, belum IG ke apa tak tahulah. Modus operandi katanya nak carikan akak dia jodoh. Lawak kan.

So media sosial ni bolehlah dia berbual dengan ramai lelaki guna nama dan gambar aku. 

Gambar? Yes ! Gambar.. Tak adalah gambar bikini ke apa.. Tapi adalah dia send gambar aku tengah jalan dengan dia gambar aku dengan kucing. 

Delete akaun? Terlalu banyak akaun dan susah nak tidurkan dia (sementara) nak delete. Kadang rasa nak tidurkan dia selama-selamanya pun ada. 

Pernah delete? Ya pernah dan dia mengamuk macam apalah konon pinjam nama ada group itu ini. Bila delete senang je buat baru. 

Sekarang pukul 2 pagi dan aku sedang carik hackers untuk delete akaun2 yang aktif rancak berborak pakai nama aku identiti aku. Apa tah masalah dia.. Masalah otak agaknya. 

Berbalik kepada sebab dia buat akaun tu nak carikan jodoh katanya yelah aku kan dah tua. 

Jokes on her.. I never intend to have relationship pun. Geli tau!

Orang yang tak pernah borak dengan lelaki atau ada kawan lelaki tetiba gambar tersebar tah dengan sapa-sapa. Macam tu je harga diri hilang.. Padahal kita elok je duduk rumah tidur. 

Gaduh karang aku jugak yang salah! Mak ayah tahu je tapi dia kan adik. Adik pernah ke salah. 

Apalah agaknya kalau aku kahwin pun still dia akan guna akaun-akaun tu.

Yelah aku single pun da serupa playgirl kalau kahwin agaknya memang senang-senang kena cop curang (imaginasi sahaja) kalau aku kahwin la kan. 

Sampai sekarang tak faham apa masalah dia nak kata muka aku lawa. Muka kitaorang sama je. Sama- sama muka senduk.

Oh mungkin dia nak macam ala-ala cerita korea ke sinetron. 

“Sebenarnya saya yang suka awak bukan kakak saya!!” 

“Saya adalah orang awak suka bukan dia!!I love you!!” 

“Saya ngurat awak guna kakak saya punya nama sebab saya pemalu orangnya.. ” 

Ah anjirr.. Stres betul lah.. 

Macam mana aku dapat tahu dia guna nama aku tu, masa dia tidur aku check weh telefon dia tu pernah kantoi satu kali ingat dah taubat rupa-rupanya makin rancak. 

Sekiranya tersiar ada tak cara nak selesaikan sebelum aku tekup dia stokin busuk. Hah tengoklah tu duk gelak-gelak balas mesej sapa tah berborak tu. 

Masalah sungguh!

– Cik senduk (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. stop je lah gunakan nama awak dlm medsos, merbahayakan diri awak sendiri, apa2 nanti, awak yg kena, contoh: scammer suka sgt guna cara ni nak menipu org

  2. benda boleh gaduh buat apa nak bincang? kalau dah tahu adik tu species tak makan saman ko pelempang la dia sekali and kasi warning ”kalau kakak menggeletis nak bercinta dah lama kakak buat la, ni ko nampak ada aku terhegeh nak kat laki ke? ke kau yg hamak sgt nak berlaki dah ni?” kalau cara lembut tak jalan, mmg maki je jawapannya.

  3. Dah boleh report polis kot sis, ugut dia kata sis nak report polis, parents tak boleh tolong, bahaya sis, sekarang guna untuk menggatal, lepas ni boleh jadi guna untuk pinjam duit tah la aku kalau perangai adik macam ni memang aku tak percaya, elok sebattt. sakit pulak hati aku baca

  4. Nmpak gaya adik awk ni macam tak sedar dia telah melakukan kesalahan berkaitan media sosial..cba google akta yg ada d MCMC ke, or rujuk mne2 pihak yg ada kaitan, lps tu tunjuk n terang kat adik awk tu, klaw jd apa2 nt, awk juga yg susah, baik ‘bergaduh’ skrg dpd salah seorang dpd awak berdua akn ‘didakwa’ jika bersalah.. boleh je awk nafi yg itu bkn awak, tp nt diorang tnya, knp awk benarkan dia guna identiti awk utk kepentingan dia.. sya rse adik awk ni ada msalah identiti, sbb tu dia guna identiti org lain, maknanya dia ‘berselindung’ di sebalik org lain, supaya dia bebas nk tulis apa shj, sama la spt org yg guna akaun palsu (bkn nama sebenar), so dia bole komen atau kutuk org lain, sbb org x kenal.. klau dgn awk dia x boleh terima nasihat, cuba cari siapa yg du bole ikut nasihat (mngkin ibu or ayah, or sesiapa yg dia percaya) utk nasihatkan agar dia pdm semua acc yg dia cipta tu, sbelom perkara yg lebih buruk berlaku, cth : jika ada org yg dia hubungi tu buat report kpd mcmc or polis, mngkin dia atau awk akn didenda, hatta boleh masuk penjara klaw disabitkn kesalahan.. Wallahua’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *