Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahun lepas saya ada post confession pasal pusat asuhan neraka.
Untuk part I, (https://iiumc.com/pusat-asuhan-neraka/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/pusat-asuhan-neraka-ii/).
Update terbaru. Saya tidak berdiam diri jika nampak kes begini berlaku. Dah jadi kes, diaorang pun dah kena buang. Tapi macam saya bagitahu sebelum ni. Saya pula di tuduh sebagai penyebab mereka kena buang, tunggang agama, tidak takut tu tipu la kan, sampai saya kena buat report untuk perlindungan polis. Sebab kena ugut.
Sekarang kalau kes ni naik mahkamah saya redha jew la. Dengar kata nak upah peguam nak saman saya bagai.. Doakan saya berjaya berjuang untuk nasib mereka. Sekarang saya nak cerita pula isu masalah di EIP atau taska yang mana mostly berlaku benda yang sama. Masalah yang sering berlaku ialah :
1) Tidak mandikan pelajar.
Mostly parents hantar anak ke taska dalam keadaan kusut masai, tidak mandi, angkat daripada katil terus bawa ke taska. Tahukah anda, tindakan anda itu boleh menyebabkan masa guru dan pembelajaran terbuang macam tu sahaja.
Pelajar bila tak mandi, di angkat daripada tidur, mesti akan tantrum. Ye la, bangun2 dah di tempat lain. Itu baru seorang, macam mana kalau pagi tu 4 orang tak mandi dan mengamuk?? Bayangkan keadaan guru nak uruskan pelajar itu semua, dengan nak sambut pelajar lain datang lagi..
Itu isu mandi. Belum lagi isu tukar pampers. Pampers tidak tukar daripada semalaman. Bila sampai kepada guru je dah bocor. Masa tu pula pelajar tengah tantrum, habis kena baju guru.. guru pun nak solat juga.
Ye, guru bawa baju salin, tapi kalau awal pagi dah kena air kencing pelajar, mesti la nak salin lagi, nak basuh badan lagi. Kita mudahkan urusan orang. Orang akan mudahkn urusan kita. Kalau pagi dah nak kena mandikan 4 orang pelajar, dah buang waktu. Kelas belajar jadi singkat. Nak tenang kan pelajar yang tantrum lagi. Bukan nya sekejap Ambil masa juga.
2) Makanan.
Jika anak2 ada masalah picky eater, sediakan makanan, jangan harapkan makanan taska, makanan yang di sediakan di taska dah di tetapkan dan dah ada menu sendiri. Jadi bila anak kita tak makan menu tu boleh pula minta pembantu guru tu masak makanan khas untuk anak kita.
Jika tiada masalah tidak apa la. Tapi ganggu juga kerja orang lain dan kos makanan yang dah di peruntukkan. Ada taska yang tak sediakan makanan sebab kes begini. Mostly anak picky eater. Jadi biar parents sediakan sendiri. Ada taska yang sediakan makanan ini kerana nak ajar budak makan makanan yang di sediakan..
3) Target.
Kalau di EIP.. selalunya guru akan target untuk settle kan sensori, behaviour dan urus diri dulu. Betul tak? Tetapi banyak ibu bapa yang tak faham konsep ini. Yang mereka tahu anak masuk sini improvement dia bercakap.
Dia tak nampak perubahan anak dia. Yang awal nya dulu dtg makan kena suap, tak pandai makan sendiri, tak faham arahan seperti duduk, buang, simpan, berpampers.. bila guru dah settle semua ni bagi mereka tu perkara biasa ja.
Tahukah anda nak toilet trained pelajar istimewa ni bukan kerja yang mudah. Guru kena main dengan air kencing dan najis pelajar hari2. Paling sedih nya. Keluar ja pintu taska, parents terus pakaikan pampers. Takut anak kencing padahal anak dia dah boleh tahan kencing more than 2 hours. Apa salahnya kalau continue di rumah.
Bila buat parents meeting, ramai yang mengaku di rumah masih berpampers. Sebab itu la anak2 susah nak improve. Dia keliru, dia dah mindset, sekolah kena begini, rumah kena begini.. tak percaya cuba tnya guru anda di taska adakah anak anda behave? Dan bandingkan pula bila dia di rumah..
Kadang guru ni pun ada salah target juga. Dia nmpk pelajar tu pandai alphabet ( padahal pandai sbb tgok youtube) dia terus ajar alphabet.
Tetapi salah cara tu. Urus diri tidak boleh lagi, duduk di meja buat kerja pun belum settle. Terus buat akademi.. ada ibu bapa yang mindset, kalau anak masuk EIP mesti boleh cakap. Isu komunikasi ni depends kpda cara dan juga murid juga. Ada murid saya 2 tahun buat training komunikasi. After 2 years baru ada words tu pun limited sangat.
Sebab tu penting majikan untuk pilih staff jangan pilih yang tiada latar belakang pasal EIP ni. Kerana kerja ini bukan suatu yang mudah.
Please ibu bapa. Banyak kan bertanya guru target dan TOLONG LA buat dan ikut apa yang guru dah buat di rumah.
Kalau guru kata off gadjet. Off la. Jangan off di sekolah sahaja. Bila di rumah tak off pun. Kenapa?? Ini pun menggaggu pelajaran anak anda juga. Guru di sekolah susah payah ajar bahasa melayu, anak tengok gadjet english. Kalau yang jenis faham dwibahasa ok la. Kalau yang jenis rigid nak english sahaja? Tak pun kalau yang jenis tengok video ganas tu. Pergi sekolah pukul pelajar..
Banyak sebenarnya isu yang mana ibu bapa tak ambil peduli. Lepas tangan kepada guru sahaja. Kepada ibu bapa bagi kerjasama. Terima kasih banyak2. Kami amat hargai kerjasama anda.
4) Jangan ikut permintaan anak.
Ada pelajar kalau tak dapat gadjet ja mengamuk. Seminggu juga kami nak training dia tanpa gadjet di sekolah. Struggle cikgu2 kena sembunyi fon. Nak guna fon dalam toilet la. Seminggu juga kami hadap tantrum pelajar2 ni.. memang penat tapi hasilnya? Pelajar2 ni semua behave sekarang walaupun kami buka muzik nursery shja tanpa video..
Biar dia mengamuk di rumah. Biar dia tahu tak semua benda dia boleh dapat.. Please jangan ajar anak rigid dengaan sesuatu, atau rutin. Kalau anak duduk di kerusi merah, esok tukar pula kerusi biru. Buat sampai dia tahu semuanya.
Ini tak ada yang ajar anak rigid rutin makanan. Pagi wajib nasi lemak, tengah hari nasi lauk ayam, malam wajib makan pizza.. anak istimewa ni terutamanya Autisme sangat senang rigid dengan sesuatu benda. Sebab tu bila kita tukar menu sahaja dia dah mengamuk.
Sebenarnya banyak yang saya nak olah. Tapi please pasal isu MANDI DAN TUKAR PAMPERS ANAK TU.. ambil berat la. Kalau la boleh buat peraturan setiap taska jangan benarkan pelajar yang tak mandi dan tukar pampers masuk ke taska.
Dan akhir sekali tolong doakan keadilan buat saya.
– Miss T (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit