Assalamualaikum, nama aku A. Mintak maaf dulu kalau ayat berterabur sebab BM, dapat B time spm dulu. Aku cuma nak cerita masalah yang aku hadapi sekarang ni. Aku ada tonsil since kecik-kecik dulu. Aku rasa tak ramai tahu tonsil ni penyebab MULUT BERBAU.
Kadang-kadang orang ingat mulut berbau sebab tak gosok gigi kan? Salah tu sebab setengah orang ada tonsil tak kira lah besar ke kecil. And Yaaa mulut aku berbau dan aku seorang perempuan… Faham tak perasaan saham jatuh bila mulut engkau berbau macam tak pernah gosok gigi setahun.
Nak bercakap dengan orang pun takut. Jangan cakap aku tak gosok gigi sehari 3 kali yaaaaa, lidah, bahagian dalam lidah pipi lelangit semua aku cuci bersih. Memang aku rasa kalau aku tak ada tonsil ni mulut aku mesti bau harum macam makan satu pokok daun pudina.
Benda ni jadi lagi teruk sebab it leads me to anxiety disorder. Aku tak boleh lalu sebelah orang sebab aku akan jadi gelabah. Aku akan fikir, ‘jap lagi mesti dia gosok hidung dia ni kalau aku lalu..’ and yesss memang setiap kali aku lalu sebelah orang, sama ada diorang gosok2 hidung atau acah2 sedut2 oksigen tu (paham tak camne tu? Hehe ) stress pikir kadang2.
Aku tak boleh duduk sebelah orang even duduk dalam kereta sebelah driver pun aku jadi takut sampai rasa hangat, berpeluh and i swear it’s not easy guys. Lagi2 naik public transport. Aku kadang2 balik rumah dari U naik ktm.
Tahu la kan dalam ktm tu macam sardin, kiri kanan orang penuh. Boleh bayang tak macam mana aku handle diri aku masatu. Aku struggle EVERY SINGLE DAY, EVERY SINGLE MOMENT untuk hidup.Tonsil aku ni walaupun kau tak bercakap, bau tu keluar melalui pernafasan dari hidung kau.
Aku memang akan berpeluh setiap kali orang gosok2 hidung atau macam sedut2 udara macam tak cukup oksigen tu. Aku akan jadi cemas sangat.
Sometimes aku akan pakai mask tapi tak membantu sangat sebab karbon dioksida yang bau taik tu lama2 akan keluar melalui lubang2 halus mask tu jugak. Tapi effect orang gonyoh2 hidung lepas aku hembuskan karbon dioksida tu lambat sikitla berbanding aku tak pakai langsung mask.
Lepastu aku perasan setiap kali rasa hangat tu datang bila gelisah aku rasa badan / kulit kepala aku pulak yang respon untuk keluar kan bau macam mane eh nak cakap, masam. Aku mandi sehari dua kali kot. Tiap kali mandi aku tak pernah missed shampoo tapi aku selalu rasa kulit kepala aku keluarkan bau busuk. Sedih, low confidence dia tuhan je tahu.
Satu lagi aku selalu kunyah gula2 getah. Kadang2 aku rasa membantu kadang2 aku rasa tak. Sebab pada aku outer part dalam mulut (bahagian depan lidah) aku je yang rasa bersih tanpa bau, tapi dekat kawasan tonsil / inner part of my tongue yang selalu bau busuk gila, aku tak boleh nak explain bau busuk dia macam mana sebab ntahla.
Memang self esteem aku down teruk la. Aku sampai rasa aku memang tak akan kawin. Weh nak kawin macam mana kalau duduk sebelah orang pun kau tak konfiden, inikan pulak nak kawin. Aku lebih prefer chatting online je sebab tak kuat nak jumpa depan.
Pernah weh dalam wayang. Aku duduk biase je tapi orang sebelah aku tutup hidup bhai. Since that aku dah tak tengok wayang :). Kadang2 aku pikir kenapa Allah uji aku macam ni. Aku tak kuat la. Nangis pasal tonsil ni aku rasa tah berapa kali dah.
Kadang2 rasa macam teringin nak terjun tingkap. Rasa macam nak end kan semua perasaan ni. Family aku pulak taktahu pun aku ada anxiety ni. Tapi mulut berbau ni maybe diorang notice but selalunya kalau aku nak cakap dengan family ni aku selalu duduk jauh2 atau time aku tengah ngunyah something.
Aku tak mampu cakap sambil pandang orang depan2 muka sebab bau mulut ni memang direct masuk dalam hidung dia laa cite dia. Mau pengsan orang tu naya beb. Aku rasa last choice operate ja. InsyaaAllah aku akan ada checkup doctor ENT nanti.
Tonsil aku ni boleh tahan besar jugakla and kerap sakit. Kadang-kadang akan keluar tonsil stone. Bau menatang tu busuk gile. Aku harap2 sangat doctor sahkan tonsil aku teruk sebab aku nak operate cepat2. Demi Allah aku teringin nak hidup macam orang normal. Aku teringin nak rasa bercakap tanpa rasa takut. Doakan aku gais.
Ohh and also aku nak tau kalau2 ada siapa-siapa yang pernah operate tonsil. Aku nak tau lepas operate tu mulut korang berbau lagi ke tak ? Thanks.
– A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit