Assalamualaikum warga IIUM Confession ini bertujuan untuk meminta pendapat dan nasihat daripada makcik, pakcik, kakak dan abang2 yang berpengalaman dengan soal kehidupan.
Kisahnya bermula aku kenal lama dah seorang lelaki ini dan hampir 6 tahun dan aku namakan dia sebagai “Ata”.
Ata sebenarnya adalah kawan abang aku dan pernah tinggal satu taman dengan aku. Beza umurnya dengan aku, 5 tahun.
Masa zaman sekolah dulu aku selalu ikut abang2 aku pergi joging so si Ata ni selalulah join sekali so dari situ mula kenal and rapat dengan Ata. Aku pulak masatu hampir hari2 joging semata nak jumpa Ata. Hahaha.
Lama2 sedar macam masing2 menaruh hati and takdak sapa berani nak confess yala kang kena bantai pulak dengan abang2 aku sebab masatu aku sekolah lagi.
Sampaila tahun 2017 tu Ata ikut family dia pindah ke Selangor. Time tu sedih tak berlagu hahaha. Sampai aku dah tak ikut abang aku joging dah haha. Aku ingat Ata takkan contact aku dah tapi dia still contact aku.
And Ata ni memang bagus sebab time aku sekolah dulu dia takkan chat atau call aku n akan contact time weekend ja sebab dia taknak aku tidur lewat.
Masing2 tak putus2 cerita pasal perkembangan masing2 and si Ata selalu tanya kabar family aku. And kitaorang teruskan contact sampai sekarang.
Jadi cerita kemuncaknya adalah dalam 2 bulan lepas, kami berbual banyak topik malamtu sampaila si Ata ni tanya aku yang aku ni akan bersedia untuk kawin pada umur berapa memandangkan aku kan muda lagi dari Si Ata.
Then aku cakap mungkin 4-5 tahun lagi. Ata pun cakap uish lamanya, tapi duit Ata dah cukup…
Masatu aku speechless weh tak tahu nak respond apa. Sebab jujur memang aku tak bersedia lagi plus aku baru nak habiskan pengajian aku tahun depan dan tak mungkinlah aku nak kawin dalam masa terdekat.
So mula darivtu Ata selalu bagi hint nak kawin dengan aku dalam masa yang terdekat tapi aku selalu buat2 tak faham.
Aku sedar yang aku macam terbagi harapan dekat Ata and aku tahu aku tak boleh nak kawin dengan dia pada masa yang terdekat.
So apa yang aku runsing sekarang ini apa alasan yang sebaik baiknya aku boleh bagi dekat Ata tanpa melukakan hati dia. Jujur aku memang suka and mula sayangkan Ata ni.
And kalau nak ikutkan kemahuan aku, memang aku nak kawen dengan Ata tapi tapi aku tak nak selfish sebab takkanla aku nak suruh dia tunggu aku 4-5 tahun lagi semata nak kawin dengan aku. Dia pun dah 25 sekarang.
Mak aku pulak sekarang ni tak sihat, so takkanla aku nak kawin and tinggalkan mak aku pulak.(fyi mak aku ibu tunggal). Mak aku pernah cakap nanti aku kerja bawak la dia tinggal dengan aku. Nanti bawak mak jalan2.
Banyak lagi yang mak aku harapkan dari aku memandangkan aku anak bongsu and anak paling rapat dengan mak. So situation sekarang memang nampak kan memang tak boleh. First piority mestila mak aku.
Memandangkan, aku pun takdak saving lagi, nak kawin bukannya pakai daun. Tak kerja lagi, kereta pun takdak lagi. And aku sedar time muda2 ni la kena asah skill and cari pengalaman.
Kalau ikutkan semua orang teringin nak kawin kan, seronok tengok orang lain ada partner.
Tapi aku sedar reality kehidupan berpasangan tidaklah seindah seperti kita tengok di Instagram. Bila nak kawin semua kena prepare dari segi fizikal dan mental.
And kalau yang belum bersedia, maka disitulah konflik rumah tangga terjadi. Jadi sebelum nak kawin ambillah masa untuk berfikir, adakah kita benar2 sudah bersedia atau hatinya sahaja yang sudah?
Ehhhh aku pulak yang bagi nasihat…
Sebagai penutup luahan, tolonglah bantu aku macamana nak explain dekat Si Ata ni yang aku ni belum bersedia untuk kawin tanpa menghiris hati sesiapa sebab Ata ni orang yang baik even mak aku pun suka.
Terima kasih kerana sudi baca confession aku ni ya, maaf jika ada terkurang apa2 sesungguhnya aku hanyalah seketul manusia.
– Warda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit