Dua hari lepas anak saudara perempuan saya bernama Has dari Shah Alam datang ke rumah saya di Alor Setar kerana kebetulan dia ada urusan di Perlis. Has datang bersama suami dan tiga orang anak tirinya, anak tirinya yang bongsu masih menyusu botol. Anak kandung Has seramai 4 orang tak ikut mereka dalam trip ke Utara.
Suami kepada Has kahwin dua, Has isteri pertama. Hubungan Has dengan madunya sangat baik macam kakak dengan adik. Anak-anak mereka walau berlainan ibu juga sangat rapat, tak seperti adik beradik tiri dalam cerita Melayu atau Indonesia yang penuh hasad dengki. Malah setiap hujung minggu ketiga-tiga anak tiri Has akan tidur di rumah Has yang mereka panggil “Mami” (ibu kandung pula mereka panggil “mama”). Bila saya tanya anak-anak tiri Has sapa yang lebih mereka sayang sama ada Has atau ibu kandung mereka, mereka cepat menjawab: “mami!!”, merujuk kepada Has. Mana tak sayang, sejak kecik Has yang jaga anak tirinya bagai anak sendiri, ditatang bagai minyak yang penuh..
Walaupun Has adalah anak saudara saya, tapi jarak umur kami tak jauh beza sangat, malah kami kawin cuma jarak selang setahun. Hubungan saya dengan Has sangat rapat sejak kecik dan oleh itu bila suami Has mula-mula cadang nak kawin dua dulu saya rasa sangat tak selesa. Tapi sekarang bila lihat betapa rapatnya Has dengan anak-anak tiri dan madunya, baru saya sedar saya sangat tersilap bila dulu pernah tak bersetuju dengan perkahwinan kali kedua suami Has.
Has adalah anak kepada kakak sulung saya. Kakak saya pula bukan kakak seibu sebapa kerana dia adalah anak kepada isteri pertama ayah saya, saya pula anak kepada isteri kedua ayah. Bagi orang luar mereka kata kakak saya tu kakak tiri tapi bagi saya dan saudara-saudara seibu sebapa, kami tak pernah menganggap ada ‘tiri-tirian’ dalam hubungan kami adik beradik.
Ini kerana dari kecik hingga sekarang saya tak pernah terpikir sekalipun kakak sulung saya tu kakak tiri. Ini kerana hubungan kami adik beradik sejak kecik sampai sekarang tersangatlah rapat walaupun lahir dari ibu yang berbeza.
Masa kecik kakak saya itulah tempat saya mengadu masalah, dialah yang menghantar saya ke sekolah, dialah juga yang rajin menyuap saya makan. Sebab tu tak heran kalau anak-anak kakak termasuk Has sangat rapat dengan saya kerana saya tak pernah sekalipun terpikir ibu mereka adalah kakak berlainan ibu.
Kakak saya tu pula pernah berkawin 3 kali, mungkin telah begitu Allah tentukan takdirnya. Anak-anak kakak, semuanya 8 orang walaupun berlainan bapa tapi semua mereka sangat rapat. Seperti hubungan saya dengan kakak, mungkin anak-anak kakak dari 3 bapa yang berbeza itu juga terlupa bahawa mereka adalah saudara tiri berlainan bapa!!
Saya ada seorang abang yang juga seperti kakak pernah berkahwin tiga kali. Dan seperti kakak, semua anak-anak abang walau berlainan ibu sangat rapat, mungkin mereka juga seperti saya selalu terlupa bahawa mereka pernah ada saudara tiri!
Bila kadang-kadang saya tengok cerita di TV mengenai ibu tiri yang jahat, bapa tiri yang jahat atau saudara tiri yang jahat, saya selalu tanya isteri: betoi ka ada ibu tiri atau bapa tiri yang jahat di dunia ini? Atau cerita di TV tentang ibu tiri, bapa tiri atau saudara tiri yang jahat itu sengaja diperbesar-besarkan? Ini kerana pengalaman saya sendiri tak pernah ternampak ada ibu tiri dan bapa tiri yang jahat..
Sampai sekarang saya percaya kalau ada ibu tiri atau bapa tiri yang jahat, mereka jahat bukan kerana status mereka sebagai ibu tiri atau bapa tiri, tapi mereka jahat kerana mereka sememangnya jahat, itu saja…..
Orang yang dah tertulis dalam azali jahat selamanya ini, kalau mereka tak jadi ibu tiri atau bapa tiri pun mereka tetap jahat juga. Sebab itulah ada bapa yang sanggup rogol anak kandungnya sendiri, sebab dia memang bapa ayam yang jahat lagi durjana. Bapa ayam yang jahat ini jika dapat anak tiri, dia pasti akan perkosa anak tirinya. Dia perkosa anak tirinya bukan kerana budak perempuan itu anak tirinya, tapi kerana dia sendiri memang jahat…
– JABIHA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit