Assalammualaikum Dayang Senandung di confession, (https://iiumc.com/jodoh-sukar-kerana-hodoh/).
Saya nak komen sangat dekat confession awak haritu. Saya dah taip, tapi saya padam. Nak reach out pada Dayang Senandung pun saya tak tau macam mana. Jadi saya tulis confession ni.
Saya masa sekolah dulu gemuk, gelap, hidung ‘bunga’ siap pakej bongkok lagi. Bab bergaya memang tak ada dalam buku sebab family susah jadi pakailah baju sama saja berulang ulang.
Masa sekolah kawan semua ada boyfriend, tapi saya tak pernah merasa pun. Di body shaming oleh jiran lelaki sebaya selalulah. Nasib baik Allah bagi kecik kecik dulu hati kental menghadap ejekan.
Lepas SPM, saya sambung belajar dan adalah berchatting. Masa itulah saya kenal beberapa kawan di alam chatting ni dan salah seorangnya ialah E.
Saya macam awak juga Dayang Senandung. Ramai kawan yang baik baik dengan saya tapi ada masa saya ni perahsia. Tak terluah nak berkongsi dengan kawan kawan, lagi lagi bila ada masalah.
Jadi dengan orang yang saya chatting ni la saya akan sejujurnya meluahkan masalah. Nak kisah apa, bukan kenal pun di alam nyata dan saya pun tak pernah teringin nak jumpa diorang.
Cumanya saya letak boundary. Nama penuh, tempat tinggal, di mana belajar dan course apa takkan sesekali saya share dengan orang yang kenal sekadar berchatting ni. E cuma kenal saya dengan nama samaran yang ada dua aksara sahaja.
Masa tu pulak saya diuji dengan isu membabitkan ahli keluarga jadi dengan E saya hari hari bersms meluah bukan saja hal sedih tapi hal gembira saya
Lama lama saya rasa suka pada E dan saya rasa E pun sama. Cuma saya tak ada nak buat kerja gila nak confess yang saya suka dia.
Tapi lepas dekat setahun berbalas sms, saya bagitahu E nama penuh saya. Dia jadi orang pertama yang saya chatting yang tahu nama penuh saya.
Yang buat saya jadi nak bagi nama penuh saya tu sebab dah beberapa kali saya bagitau dia saya ni gemuk, gelap, tapi dia masih nak berkawan.
Kemudian kami saling add di Friendster. Saya letak gambar ramai ramai di profile dan hanya bagitau saya yang bercermin mata.
Beberapa hari kemudian baru saya perasan rupanya seorang lagi kawan saya dalam gambar kami beramai tu pun bercermin mata dan dia duduk di depan dalam gambar tu.
Jadi saya dah risau sebab takut E ingat yang di depan itulah saya sebabnya kawan saya tu langsing, putih dan comel hahaa. Macam mana kalau E tetap bersms dengan saya sebab menyangkakakan yang langsing, putih dan comel itulah saya?
Tapi bila bagitau pada E. Dia tanya saya, adakah saya yang bercermin mata di belakang bergambar sambil buat simbol tangan tu? Sebab dia dah agak itu saya. Yela agaknya kena la dengan description awal yang saya gemuk, gelap dan pemalu hahaha.
Kami terus berkawan dan dia kemudian ajak saya berjumpa. Saya pergi ditemani dua sahabat saya. Takutnya nak jumpa E sebab itu juga pertama kali saya buat kerja gila jumpa orang yang saya kenal bermula chatting semata.
Masa berjumpa E terkejut sebab saya kurus. Sewaktu ada isu keluarga macam saya cerita awal tu, saya jadi sibuk ke sana sini jadi masa tu saya ambil kesempatan berdiet, bersenam dan turun 20 kg.
Tapi saya tak pernah bagitau E saya dah kurus. Jadi bila kami berjumpa, dia tak sangka saya dah mengecil.
Dan yang penting pada saya, walaupun menyangkakan saya masih gemuk (beza dengan E yang kurus dan tinggi) tapi dia masih nak berjumpa saya.
Berkali selepas tu bila mengenang balik kami berjumpa buat pertama kali, dia akan ulang apa yang dia cerita pada kawannya pasal saya. Katanya dia tak kisah la saya gemuk ke gelap ke sebab dia dah suka pada saya.
Cerita saya berjumpa E buat kali pertamanya tu ialah cerita 18 tahun yang lalu dan E sekarang adalah suami saya :)
Sungguh jauh lagi perjalanan kami ni dan saya yang kurus semasa berjumpa E pun dah 2,3 kali gemuk dan kurus balik hahaha.
Cuma saya nak bagitahu pada Dayang Senandung (dan hal yang sama saya bagitahu pada sahabat saya yang masih belum bernikah lagi)
Memang ada lelaki yang menilai lebih dari hanya sekadar rupa dan kurus gemuk badan kita. Berusahalah dan berdoa selalu.
Apapun jodoh ni rahsia Allah. Cantik atau tidak bukan soalnya. Mungkin perihal berjodoh ni tak Allah tentukan untuk kita, tapi Dia bagi yang lain yang lebih lagi rupanya kita perlukan.
Saya doakan Dayang Senandung terus kuat menempuh kehidupan. Abaikan kata kata orang sekeliling yang tak membantu kita untuk jadi versi diri kita yang lebih baik.
Awak kena jaga diri selalu okay. Happykan diri. Hargai mereka di sekeliling yang baik baik tu dan semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik baik aamin. Teruskan jaga diri awak okay.
– J (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit