Assalamualaikum semua…
Ya masih ada lelaki – suami – yang baik. Cuba jangan takut untuk berumahtangga. Kalau ada yang tak kena, baikilah dgn berhikmah. Tapi kalau jenis nafkah tanggungjawab pun kelaut, mata keranjang, panas baran, berdoalah semoga Allah guide kita dalam hal rumahtangga. Mengadu pada Allah lebih baik drpd mengadu pada manusia yang kita tak tahu isi hati masing2. Sedangkan Pencipta kita tahu semuanya sebelum kita buka mulut lagi.
Saya surirumah dengan 2 orang cahaya mata penyejuk jiwa. Berkahwin pada umur 26 dan berhenti kerja setelah dikurniakan anak pertama. Suami tak suruh berhenti tapi sangat galakkan. Saya cuma berniat mahu tumpukan perhatian pada anak dan suarakan pada suami. Allah maha Mengetahui lalu ditunjukkan jalan dipermudahkan semuanya.
Masa baru kahwin, saya tak tanya banyak kat suami tentang nafkah bulanan. Suami yang masih awal dan pada mulanya rasa buat apa nak bagi saya duit lagi walhal gaji kami hampir sama. Saya tak kisah pun sebab dah ada income sendiri. Tapi suatu hari semasa melawat ibu mertua ada bersuara suruh suami bagi sikit pada saya. Mana ibu tahu entah..kami tak sebut lansungpun tentang ni.. mungkin naluri keibuan memberitahu kot kan. Suami pun bagi lah dalam 300 pada saya menjadikan total income saya lebih byk drpd dia, hehe.
Nampak macam suami jenis berkira kan? Tapi tak. Sejak saya berhenti kerja, suami dapat kerja lain yang membolehkan dia bagi nafkah bulanan kurang sikit drpd gaji saya dulu. Kadang2 kalau dia tahu saya ada guna duit simpanan saya utk bayar makanan ke apa.. hujung bulan dia tambah lagi seratus dua.
Kerja rumah? Suami secara jujurnya bukan jenis mengemas sejak bujang.. standard perangai oranglaki lain lah.. tapi kami perlahan2 berubah sikap. Saya pun sejak jadi surirumah ni baru belajar mengurus rumah sesempurna boleh. Walaupun surirumah, suami kata tak kisah pun rumah sepah. Tapi kita tak suka la biar rumah sepah2 kan. Dah tu kata saya tak payah susah2 masak.. boleh order je makanan. Kalau saya masak kurang rasa..dia tak komen banyak. Dia makan gak. Tapi kalau laju dia tambah dan habiskan.. sedap la tu. Selalu lepas makan dia akan cakap “thanks masak.. sedapp”. Kalau saya kata tak sedap, masak tak jadi.. dia kata “ok la tu” pastu dia suggest la apa2 improvement .. ada time saya kat dapur dia datang tlg tambah rencah rasa, tlg kacau lauk, sibuk tolong potong2 bahan masak sambil tgkkan anak2. Baju dia semua dia tak kisah kalau saya tak iron.. Tapi takkan nak take advantage pulak kan.. pandai2 la jaga keperluan suami.. gitu.
Pernah saya tidurkan anak2 sampai saya sendiri tertidur. Tapi suami kejutkan saya dgn bawak berus gigi siap mangkuk kosong dgn cawan berisi air utk kumur. Padahal bilik air langkah tiga empat kaki sampai dah. Pinggan mangkuk dalam sink pun dia suruh tinggalkan. Malam sebelum tidur dia tolong settle. Habis periuk semua dia basuh padhal di rumah mak ayah dia ada orang gaji. Dia tak dibiasakan pun dgn kerja2 ni.
Kalau dgr anak terjaga tidur.. dia bangun tlg attend anak kalau nampak saya sibuk buat benda lain.. Paling penyabar dgn perangai saya dan anak2 dan selalu tegur kalau nampak saya nak marah anak. Kalau saya emosi teruk, dia pilih utk diam je. Kadang2 dia bawa anak2 keluar pergi kedai sebab nak bagi saya sendiri. Kalau dia tidur, dia bingkas bangun kalau kami perlukan apa2, sepatah kata tak mengeluh walaupun mengantuk.
Suami bukan jenis sweet talker. Bukan jenis bagi bunga ke hadiah2 ke. Saya pun tak harap dapat apa2. Saya plak tak kisah lansung tentang tarikh2 harijadi atau anniversary. Selalunya suami insist pergi makan luar sbb nak igt special date.. walaupun saya rasa better makan kat rumah..boleh save. Jadi bila tengok pasangan2 yang tunjuk sweet dpt surprise bagai tu sikitpun saya tak terkesan sebab suami punya “sweet” cara tertentu lebih preferable dalam hidup saya. Cara masing2 la kan..
Hal2 personal macam password, bank akaun, henfon laptop semua dia tak rahsiakan apa2 drpd saya. Kalau perlu bayar apa2 dia dahulukan duit dia dan selalunya refuse nak ambil kalau saya nak guna simpanan saya. Secara jujurnya jadi surirumah ni saya lagi byk menyimpan drpd masa kerja dulu mana pegi tah duit gaji yg saya dapat huhu..
Kami pernah diuji jatuh bangun macam oranglain.. tapi we keep it to ourselves, pun macam most married couple did. Bab makan ke apa dia tak berkira. Dia akan kata “ada la rezeki lain tu” dan memang sungguh.. sepanjang kahwin ni rasa serba cukup walaupun tak mewah.
Sungguh saya rasa tak ada pengganti dah suami saya ni. Ada je perangai yang kita tak kenan tapi itu kita hadap la sebab mana ada yang sempurna secara total kan? saya sendiri pun banyak kelemahan. sifat/sikap tak sempurna tu la yang suami isteri kena tolak ansur, baru lah saling melengkapi.
Apapun hormatilah keluarga mertua sebab mereka adalah insan2 penting bagi suami. Bagi kata2 penghargaan kat ibubapa mertua sebab didik insan jadi seorang yang kita pilih jadi pasangan hidup. Elakkan “evil eye” dengan tak tayang macam2 sweetness kat media sosial. Biarlah artis buat.. takkan kita nak ikut sama. Yang kita tak suka, cuba tolerate/tutup mata sebab yang kita suka ada beribu macam lagi.
Pasangan kita, pakaian kita. Maaf salah silap dalam menulis. Terima kasih bagi saya peluang dapat saya kenangkan balik apa jasa2 suami. Semoga yang baik2 saja buat pembaca semua.
– Isteri Mr F.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit