Masih Ada Yang Mengerti

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca,

Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah bekisar pengalaman hidup saya dan ada sedikit menyelit kehidupan orang lain.

Sedikit mengenai latar cerita aku….

Aku baru sahaja menapakan kaki dalam dunia pekerjaan sebenar dalam usia lewat pertengahan 20-an. Sebelum ini, aku melanjutkan pelajaran selama beberapa tahun, jauh dari keluarga aku.

Setelah masuk alam pekerjaan, aku mengalami “shocking” di mana apa yang kau merasa proses pendewasaan semasa zaman uni, zaman sekolah hanyalah sikit berbanding dunia pekerjaan. Okay cukup sampai di situ.

Apa yang aku nak kongsikan ialah apabila kita menghadapi tekanan, tidak kira lah dari segi tekanan kerja, tekanan hubungan dengan orang sekeliling atau sebagainya,

Cuba cari terapi untuk diri sendiri, buka duduk di tampuk permasalahan. (sangat susah sebenarnya tapi cuba untuk diri sendiri)

Di sini aku nak kongsi kan beberapa tips yang aku cuba dan alhamdulilah memberikan kesembuhan sedikit tapi berpanjangan

Pertama sekali, apa yang aku cuba buat ialah dekatkan diri dengan-Nya, bercerita dengan-Nya semasa berdoa, tanamkan dalam hati hanya kepada-Nya lah kita letakan seribu juta pergantungan.

Tidak salah untuk kita mencari rakan/teman untuk meluah mendengar permasalahan kita tapi percayalah kau akan menemui ketengan apabila berbicara dengan-Nya.

Kedua, dalam kitaran sekliling aku, aku akan cuba cari side yang baik apabila berjumpa/mendengar kisah seseorang yang tanpa sengaja dipertemukan dengan kita.

Serap energi dari setiap sudut kisah orang lain untuk refleks dalam diri kita.

Paling tidak pun, dalam sosial media hari ini banyak memaparkan kesusahan orang lain (kesihatan, pekerjaan, alam rumah tangga, wang ringgit dan sebagainya)

Refleksi diri bahawa selama ini ada orang yang lagi susah hidupnya dari apa yang aku hadap selama ini.

Ketiga, cari masa untuk bersendiri (jangan terlalu lama) cukuplah untuk ambil masa menenangkab diri, dan bersangka baik dengan perancangan-Nya.

Aku berkongsi kerana aku tahu, sakitnya apabila kita berada dalam keseorangan, tiada arah tuju, hampir tersungkur dan mudah bersangka buruk dengan rencana-Nya.

Hargai diri, sayangi diri kalau tiada siapa pun mahu menyangi mu.

Love,

– Ungu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *