Masih Adakah Peluang Ke Syurga?

Aku Ayam. Bulan puasa baru ni aku banyak refleksi diri.

Aku perasan daripada kecil aku tak de kawan.

Dari zaman sekolah sampai ke universiti, aku tak de kawan rapat untuk kongsi cerita, untuk dipercaya. Sekadar kawan bergurau (mungkin untuk jaga hati), lepas tu hilang.

Dari kecil, sampai lah besar, perkara sama berlaku. Baru ni pun aku gaduh dengan member.

Hubungan sesama manusia aku tak cantik.

Bukan setakat dengan kawan, tapi dengan orang keliling, dengan pensyarah, bos, junior, senior, rakan sekerja..

Kadang2 aku belanja diorang makan dan bagi hadiah, dengan niat semoga hubungan tu lama, diberkati, ada manfaat, tapi tu lah, tetap tak jadi apa.

Aku cuba berusaha nak jadi baik. Ubah sikap. Tapi perkara sama tetap berlaku.

Aku ada terbaca, satu daripada jalan nak masuk syurga, kena jaga hubungan dengan manusia.

Aku selalu doa nak masuk syurga. Syurga paling tinggi. Nak syurga tanpa hisab.

Tapi masih ada peluang ke untuk orang macam aku nak dapat manfaat tu?

– Ayam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. First
    1) perbaiki solat.
    2) Cuba selawat sekurangnya 300 kali sehari. 5 solat waktu × 60 selawat paling kurang.
    3) Amalkn ayat 4 surah Yusuf. Niat dalam hati agar Allah permudahkan urusan dengan manusia. Ayat ni bukan saja menarik jodoh yg baik tapi boleh tarik orang yg baik.
    4) Buat baik dengan ibu bapa dan haiwan. Nur( cahaya kat muka akan lebih terlihat pada pndgn org yg baik).

    Bila kamu jumpa org baik, jgn take for granted. Bersyukur dan berbudi bahasa. Bila jumpa org yg baran atau jenis pentingkan diri, cukup ckp elok2 dan jaga jarak. Untuk elakkan kamu jafi marah dan rasa nak melawan. Kalau bos complain ckp kerja teruk ke apa, jawab dulu ok bos. saya check balik.
    Saya rasa kamu ni ok ja cuma mungkin mudah trigger dgn amarah dan provokasi org lain. Slow² berubah jadi lagi better. Semangat.

  2. Kena perbaiki niat jadikan menolong orang tu untuk dapat redha Allah, bukan untuk dapat manfaat dari orang.. Takut nanti orang tu tak balas budi kita, atau dia dah makin busy dgn hidup dia tak dapat spend byk masa kat kita, kita pula jadi sedih dan kecewa.. masa tu syaitan akan mula hasut kita untuk ungkit2 kebaikan yang kita dah buat kat orang tu…

    Kalau kita niat utk redha Allah, walaupun orang tak balas budi, orang tak spend masa dgn kita, kita akan rasa tenang sebab kita tahu Allah yang akan balas kebaikan yg kita buat kat manusia tu. Cara Allah balas tu hanya Allah sj yg tahu, mngkin dia bagi kita susah jatuh sakit, mungkin dia bagi kita sentiasa rasa cukup rezeki.. Mungkin dia bagi kita selalu dapat lampu hijau kat trafik light..
    Atau kadang2 bila kita dlm kesusahan, Allah akan datangkan orang yang kita tak kenal pun untuk tolong/mudahkan urusan kita.. Itu pun salah satu cara Allah balas kebaikan kita dengan orang.. Tak semestinya bila kita tolong orang2 yang kita dah kenal lama, orang2 tu yang akan tolong kita nanti… Boleh kalau nak minta tolong dr dorang, tapi kita kena bersedia dengan apa jua kemungkinan respon dorang. Kalau dorang dapat tolong, alhamdulillah. Kalau dorang tak dapat tolong, takpe kita berlapang dada dan beredar. Jangan sampai jadi pergaduhan..

    Atau Allah akan balas kat akhirat nanti dengan syurga asbab kita menolong/berbuat baik/memudahkan makhluk Dia yang lain tanpa kita mengharap balasan dari orang tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *