Masih Adakah Peluang Kedua Untukku?

Assalamualaikum warga IIUM Confession, luahan hati saya berkenaan dengan kerja.

Saya boleh dikatakan okey dalam pelajaran dan Alhamdulillah aku senang mendapat tempat untuk diambil bagi latihan industri dan bekerja.

Setelah aku habis belajar aku diterima kerja di sebuah bank dan aku ambil peluang itu untuk belajar dan menimba pengalaman.

Banyak perkara aku belajar dan aku suka kerja aku membantu orang untuk kembangkan perniagaan mereka dengan pembiayaan yang bank tawarkan pada mereka.

Cuma kelemahan aku adalah kadang-kadang aku senang kesian dengan pemohon pinjaman. Kalau boleh aku akan sedaya upaya untuk bantu meluluskan pinjaman mereka. Sudah banyak yang aku tolong.

Aku bahagia dengan kehidupan ku kerja yang bagus dengan gaji yang bagus serta keluarga yang bahagia.

Akan tetapi, aku telah melakukan kekhilafan apabila aku telah melakukan kesalahan serius berkaitan integriti. Niat ku cuma untuk mempercepatkan proses pengeluaran duit pembiayaan yang telah diluluskan oleh pihak bank.

Ketika itu aku agak tertekan dengan masalah keluarga dan tekanan dari pihal pelanggan menyebabkan aku tidak berfikir panjang.

Aku tidak pernah ada masalah disiplin walaupn sekali serta aku disenangi oleh semua orang yang bekerja dengan aku.

Walaupun begitu, rekod kerjaku selama ini cemerlang tetapi seolah-olah semua itu hilang dimata pengurusan. Hanya kesalahan pertama ku ini diperbesarkan.

Sekarang aku telah diberhentikan kerja dan menganggur. Tugas ketua keluarga diambil alih oleh isteri ku. Aku cuba meminta kerja dipelbagai tempat tetapi tidak berjaya.

Ada yang memanggil ku untuk temuduga tetapi apabila aku ceritakan kisah ku pasti aku tidak berjaya dalam temuduga itu.

Aku tidak mahu menipu sesiapa, cukup kesalahan yang aku lakukan itu menjadi pengajaran kepadaku. Tetapi apabila aku jujur susah untuk aku mendapat kerja.

Aku amat tertekan dengan pelbagai bebanan yang aku perlu tanggung sekarang.

Aku amat berharap ada pihak yang boleh menerima aku bekerja. Aku bukan seorang perasuah dan aku tidak pernah makan rasuah. Aku benar-benar tidak mahu lagi mengulangi kesalahan itu.

Aku berjanji pada diriku jika aku diterima kerja di mana-mana aku akan bekerja bersungguh-sungguh dan membayar balik segala pengorbanan isteri ku dan bahagiakan keluargaku seperti dulu.

Ya Allah bagilah peluang kedua kepadaku.

– Rashdan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *