Masih Adakah Sinar Harapan

Assalamualaikum guys, ok terlebih dulu aku nak bagitau lah yang sinar harapan dalam tajuk confession aku ni tak ada kaitan dengan hal jodoh,

Alhamdulillah aku dah ditemukan jodoh dan dah pun berkahwin, anak sorang. Alhamdulillah dalam hal jodoh aku tak ada apa masalah pun.. Syukur.. Hehe.

Sinar harapan yang aku maksudkan ni adalah berkaitan dengan hala tuju aku dalam mencapai impian. Terus terang, masa aku kecik sampai awal remaja aku memang tak ada impian pun.

Tapi bila dah menjelang dewasa ni dan menanggung sebuah keluarga, sedikit sebanyak kadang-kadang tu aku mengalami masalah dalam hal material dan kebendaan.

Sebelum ni aku bekerja saling silih berganti tempat kerja, ada juga kerja yang aku dapat gaji kecil dan ada juga gaji cukup2 makan, malah ada gaji yang sangat cukup dan selesa, tapi entahlah…

Masa bujang dulu aku boleh tahan kerja, ot, shif ganti2.. Tapi bila dah ada keluarga dan anak ni, aku jadi malas nak kerja rajin2, asal habis kerja saja rasa nak balik cepat saja, mungkin ni la kot naluri kebapaan yang dah ada keluarga kan.. Hehe..

Tu lah mungkin dah berkeluarga ni aku rasakan aku dah mula letakkan family sebagai keutamaan, masa bersama keluarga menjadi keutamaan,

Aku jadi tak suka sebab nak cari duit punya pasal masa dengan anak bini boleh dikatakan 30%, 70% masa dihabiskan untuk kerja dalam sehari..

Bayangkanlah kalau aku kena tempuh keadaan ni sampai aku pencen.. Aku tak sanggup..

Dengan tu, aku pun cari jalan untuk bekerja sendiri, aku pun buat bisnes, konon boleh jadi bos boleh tentukan bila bila masa nak kerja, bila hari nak cuti ikut suka aku. Aku pun dah lepaskan kerja aku yang lama untuk buat bisnes.

Tapi, tulah dalam bisnes ni ada untung rugi, cashflow bermasalah, duit salah kira, macam2 hal tentang akaun dalam bisnes, kalau ada untung pun kira jadi gaji la, kalau takda tu tak ada lah, dalam kerja sendiri ni pun aku lah kuli aku lah bos.

Sedar tak sedar keadaan aku bekerja sendiri ni lebih consume masa aku berbanding aku kerja makan gaji dulu, malah aku rasa aku lagi penat kerja sendiri, aduiii.. Dah macam salah percaturan pulak.

Tapi, memang impian aku nak jadi seorang usahawan pun, aku memang dah tak letak target nak kerja makan gaji sampai pencen, setidaknya aku ada satu bisnes yang aku pegang sampai boleh diwariskan kepada anak keturunan, tapi tulah,

Mungkin aku masih baru dalam berbisnes, kurang pengalaman dan ilmu sampai aku nampak bisnes yang aku tengah bawa ni tunggang langgang.

Sebelum tu memang aku dah buat macam-macam bisnes dan kebanyakan bisnes aku gagal, belajar melabur, ada yang menjadi, tapi buat masa ni aku boleh katakan masih terumbang ambing bisnes aku.

Kadang tu aku terfikir betul ke jalan yang aku pilih ni, rasa nak buat kata putus berhenti lah kejar impian nak jadi usahawan, tapi hati aku kuat katakan inilah impian yang aku impikan.

Memang kalau sendiri dah cuba ceburi bidang usahawan ni aku sendiri saksikan ianya tak mudah dan sangat mencabar. Sampai aku sendiri jadi takut nak teruskan berbisnes.

So, aku harap kalau sesiapa yang pernah alami pengalam macam aku dan berjaya atasi masalah ni, sudilah berkongsi di ruangan komen supaya terpancar kembali sinar harapan aku ni,

Atau sesiapa yang dah berjaya jadi usahawan berjaya aku minta tolong share kan tips dan pengalaman korang atasi masalah dan terus kuat untuk berbisnes.

Serius, aku kini ibarat dah henti tengah jalan dan terpegun sebab dah takut nak kedepan…

Aku dah cuba dapatkan nasihat dari keluarga dan rakan2, tapi kebanyakannya nasihatkan aku supaya berhenti saja kejar impian aku ni.. Aku terima nasihat mereka, tapi aku secara peribadi tak bersetuju..

– Rahman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *