Masih Belum Berdamai Dengan Masa Silam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Nama saya Emma. Mari mulakan…

Mesti ramai orang rindu dan suka zaman persekolahan mereka. Tapi tidak bagi saya. Saya dulu menuntut di sebuah sekolah yang terkenal dengan prestasi baiknya.

Sekolah campur di negeri utara. Saya tak ramai kawan di sekolah. Hanya 3 orang saja yang rapat. Prestasi saya boleh dikatakan bagus sebab masa tu pmr dapat 7A dan 1B. 3 orang kawan baik saya, dapat 8A dan ke Mrsm. Tinggal lah saya keseorangan.

Sekolah saya ni, bila dapat 7A dan 8A dalam Pmr, naik tingkatan 4 akan terus dimasukkan ke kelas sains tulen. Kelas sains tulen ada 4, manakala perdagangan dan akaun satu kelas.

Saya dimasukkan ke kelas sains yang kedua sebab kelas sains pertama untuk pelajar 8A sahaja. Saya langsung tak minat sains tulen tapi tiada pilihan.

Jika saya mahu aliran sastera saya perlu bertukar ke sekolah lain yang lokasinya jauh. Saya memang kurang pandai mata pelajaran matematik dan matematik tambahan.

Jadi, semasa tingkatan 5, saya terpelanting ke kelas yang paling akhir dalam aliran sains tulen. Cara layanan guru pun lain terhadap kelas akhir (tak semua guru) dan pernah dimalukan oleh seorang guru tu. Subjek matematik tambahan.

Masa Spm, saya hanya dapat 4A saja. Bahasa Inggeris, Sejarah, English For Science Technology dan Agama Islam, subjek sains lain dapat B dan C.

Matematik dapat D dan matematik tambahan dapat E. Tu cerita dari segi akademik. Dari segi sosial, saya memang takda kawan. Hidup saya zaman sekolah memang sunyi.

Sekolah saya ni, ramai anak orang elit. Jadi saya yang anak orang biasa biasa ni, takda orang nak kawan. Muka pun tak cantik, siap ada lelaki cakap hodoh.

Masa tu kan zaman abang angkat dan kakak angkat. Dan ada senior yang tahu saya suka dia, siap perli2 lagi saya.

Waktu rehat, saya jarang ke kantin (kecuali jumaat sebab ada nasi ayam). Banyak duk kat perpustakaan atau beli bungkus (macam sandwich atau karipap) makan kat taman sekolah.

Tamat saja Spm, saya tak dapat tawaran Upu. Saya masuk stpm di salah sebuah sekolah ternama juga di negeri tu. Sekolah tu saya masuk kelas biologi sebab kelas ditentukan berdasarkan keputusan Spm.

Saya selalu berdoa agar dapat la tawaran lain asalkan boleh lari dari sains tulen. Dua minggu selepas tu, saya dapat tawaran politeknik. Sijil teknologi maklumat. Saya terima tawaran dan belajar 2 tahun untuk sijil.

Saya gembira dengan kehidupan saya di politeknik. Pensyarah semua bagus, kawan pun ramai. Dan paling saya hargai dan bersyukur, tiada episod pilih kasih. Subjek saya banyak melibatkan pengiraan.

Berkat usaha saya dan tunjuk ajar pensyarah yang sabar, (siap buat kelas asing untuk saya dan kawan lain), saya dapat A untuk semua subjek yang ada pengiraan.

Selama dua tahun sijil, setiap sem saya dapat anugerah ketua jabatan dan tamat sijil cgpa 3.80. Selepas itu saya sambung diploma selama setahun @ setahun setengah macam tu seingat saya. Diploma teknologi maklumat pengaturacaraan di politeknik lain.

Pensyarah dan kawan memang baik semua. Gembira ja saja waktu tu. Setiap sem masih lagi anugerah ketua jabatan. Dan pernah satu sem dapat 4 flat. Memang banyak kenangan manis saya sewaktu di politeknik.

Selepas saja habis diploma, saya dapat tawaran kerja kerajaan gred 19. Masa ni ramai kawan melanjutkan pelajaran ke universiti.

Saya gagal dapat tawaran walaupun diploma cgpa 3.86 dan Muet band 5. Saya kecewa. Masa tu saya nak masuk Kuiitho (sekarang Uthm) sebab cita cita nak jadi pensyarah.

Semasa dalam perkhidmatan, saya melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti. Selama beberapa tahun, saya berjaya tamat seperti yang dijadualkan.

Selama tempoh tu, pernah dapat anugerah kepujian dan anugerah dekan. Alhamdulillah berjaya tamat dengan cgpa 3.58. tapi bukan ijazah kelas pertama (kena dapat 3.67 ke atas kalau tak silap saya).

Banyak kenangan manis saya di universiti. Kenangan dengan kawan kawan, kuliah, pensyarah dan penyelia yang bagus. Perjalanan hidup saya sebagai pelajar di politeknik dan universiti penuh ceria.

Dan waktu ni saya ramai kawan dan juga ramai peminat lelaki. Hehehe. Kini, saya sedang melanjutkan pelajaran dalam sarjana pula. Masih bergelar penjawat awam gred 19. InsyaAllah, suatu hari nanti ada rezeki untuk jawatan lain.

Pengakhiran cerita, sehingga hari ini saya masih kerap bermimpi berlatar belakangkan masa persekolahan peringkat menengah tu.

(Contoh, dalam mimpi tu saya gagal subjek math, saya lupa bawa buku math, dan tertidur sampai tak pergi tuisyen, lepas tu cikgu marah dan lain lain lagi).

Saya terus terjaga dari tidur. Dalam keadaan berpeluh dan jantung berdegup laju.. selepas tu baru saya lega sebab kejadian tu hanyalah mimpi. Dan saya bukan lagi pelajar sekolah.. Ya Allah, leganya.. sampai macam tu sekali lah.

Mak pernah nasihat, berdamailah dengan masa lalu dan maafkan semua. Baru mimpi ngeri tu akan hilang.

Mak kata, anak mak bukan tak pandai, cuma salah pemilihan aliran saja dan berjaya dengan cara tersendiri. Cuma cepat dan lambat saja.

Untuk pengetahuan semua, sehingga harini, jika terserempak dengan orang yang saya kenal dari sekolah tu (pelajar atau guru) saya akan elak. Saya malu sebab saya hanya gred 19.

Mereka yang sebaya saya banyak lulusan luar negara dan kerjaya hebat. Dulu ramai pandang serong sebab saya tak cemerlang Spm dan belajar politeknik dan masa tu belum ada ijazah.

Kepada semua bakal guru, nanti dah jadi guru, jangan ada sikap pilih kasih terutama kepada pelajar kelas belakang.

Jangan malukan pelajar yang lemah. Belakang parang, jika diasah tajam juga akhirnya. Tapi yang penting, pelajar kena usaha sehabis mungkin.

Dan kepada pelajar lelaki yang kata saya hodoh tu, dan senior yang duk perli, sekarang saya ada suami yang sangat kacak, baik, tinggi, bekerjaya bagus, keluarga yang kaya.

Dia langsung tak pernah kata saya hodoh, terima saya seadanya. Selalu puji saya. Pandai masak, pandai belajar. Hahahahaha.. bye bye. Terima kasih baca coretan saya.

– Emma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *