Salam Sejahtera semuanya. Nama saya Shiseirra. Saya pernah menulis sebuah artikel yang bertajuk Hati Yang Kosong di IIUM Confessions ini. Boleh baca di sini, (https://iiumc.com/ha/). Saya terbaca suatu komen yang mengatakan untuk share story apabila saya dah okay, which is I think am now, maybe :)
Dah 4 bulan berlalu sejak cerita tersebut dan sekarang ni saya sedang menjalani internship di salah sebuah hotel 5 bintang di Malaysia.
Dua minggu selepas saya tulis dan hantar artikel Hati Yang Kosong kepada IIUM Confessions, saya telah berjaya melepasi temuduga kursus perhotelan dan dipanggil untuk menyertai kursus tersebut.
Dalam tempoh masa 4 bulan ini, terlalu banyak perkara yang terjadi. Saya mendapat rakan-rakan baru.
Di samping itu, saya mempelajari bahawa bukan semua yang kita anggap kawan adalah ‘kawan’ kita (if you know what I mean). Disebabkan saya seorang yang pasif, saya hanya melihat senario-senario seharian yang terjadi.
Perkara yang banyak terjadi ialah kawan yang tikam dari belakang. Depan nampak sangat baik (dia layan orang tu dengan baik), belakang ada motif tak baik (dia burukkan orang tu di depan orang lain demi benefit dia supaya dia kelihatan better by talking behind their back especially to the managers and staff in our internship place).
Guess what? I don’t support nor do I prohibit it. I just watch and I know that ‘friend’ also talks behind my back but I just let it slide because I’m not one for argument since we are all living together in a hostel. I just want peace so I hide my feelings and just smile and treat that ‘friend’ normally.
When they say, working world are much tougher. Itu bukan gurauan. Saya merasakan betapa susahnya dunia pekerjaan apabila environment sekeliling sangat toksik.
Permanent staff tak suka budak baru, bos yang sombong, staff2 yang suka mengata, rakan yang tikam belakang dan munafik.
All of these things almost made me lost my sanity sometimes.
Saya boleh rasa depression yang saya pernah alami tu kembali tapi saya tahan sampai sekarang and act like nothing happens sebab dalam komen ramai yang advise untuk tak putus asa :)
Ada hari tertentu saya akan menangis pada waktu malam sebab saya tidak mempunyai sesiapun untuk meluahkan perasaan. I feel so lonely that time. Days like that mengingatkan saya pada masa lalu saya dan ia membuatkan saya semakin sedih.
Saya tak rapat dengan rakan-rakan sekursus saya, sebab no matter how hard I try, I am still the old me.
Tak banyak cakap, takda perasaan and pemalu (ini yang mereka cakap). Lama kelamaan saya malas nak ubah persepsi tu and just go with the flow. Tapi kami semua masih berkawan, cuma tak rapat. More like acquaintances.
I guess my depression never cured (Dia hanya bersembunyi).
Walau bagaimanapun, prestasi kerja saya sangat baik kerana diri saya semasa kerja dan selepas kerja tak sama.
Since I am in the hotel industry as front liner, saya takda masalah nak deal dengan guests dan customer service saya boleh dikatakan baik berdasarkan performance yang saya diberitahu. Markah bagi section teamwork saya adalah full mark (I was very surprised because I think I’m very bad at teamwork).
Tapi, as soon masa kerja tamat, saya kembali menjadi diri saya yang lama. Anxious, tak banyak cakap dan selalu bersendiri.
Boleh sesiapa tolong jelaskan kenapa saya mempunyai dua personaliti berbeza iaitu semasa & selepas kerja?
Oh ya, saya mempraktikkan nasihat yang netizen beri: kalau tak dapat tahan, belajar untuk rehat, bukannya berhenti :)
Setiap kali saya rasa depression saya kembali kerana hostel yang sangat toksik and saya selalu disindir rakan-rakan kerana pendiam, saya akan pulang ke rumah siblings as a form of healing :)
– Shiseirra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit