Pengenalan. Aku Mia kategori M40. Sudah berkahwin dan ada anak sepasang. Suami kerja sebagai Manager di syarikat swasta dan aku kerja sebagai perunding professional.
Long story short, suami aku hilang kerja, aku pon hilang kerja.
Kami ada komitmen rumah, kereta, asbf, takaful hibah, medical kad, ptptn. Kesemuanya dalam RM2k lebih. Tak termasuk keperluan susu dan pampers anak.
Terus terang boleh gil4 untuk nak fikirkan semua tu. Masih cuba bertahan. Ya Tuhan, kuatkan kami.
Bukan tak cuba untuk cari kerja. Ya belum berhenti mencuba pon. Moga ada rezeki buat kami. Simpanan dah habis. Dah setahun cuba bertahan.
Suami sekarang kerja sebagai runner. Hanya lepas untuk keperluan anak saja. Tetap syukur, alhamdulillah.
Rumah dah disewakan, syukur juga dipermudahkAn urusan ni, alhamdulillah. Yang lain kami hanya mampu menutup mata. Medical kad lapse, takaful hibah and so all… Ya Allah moga ada sinar buat kami.
Sekarang menumpang rumah orang tua. Ini juga rahmat dan ujian buat kami. Bila jauh wangi, dekat2 busuk. Begitulah ringkasnya. Kami tebalkan muka, tebalkan hati demi anak2.
Bermula episod aku menjadi surirumah untuk seisi keluarga besar sambil dibebani hutang dan keserabutan kepala yang amat.
Anak dalam tempoh melasak menyepah. Ini rumah orang. Ya bukan rumah kami. Pasti ada yang tidak selesa. Rumah yang dulunya sentiasa kemas, sepah tak sampai seminit.
Aku yang dikategorikan sebagai suri rumah tentunya ‘expected’ untuk ambik alih kerja2 dirumah. Mengemas, memasak, jaga anak. Sedangkan dalam kepala serabut.
Misal kata aku jadi suri rumah yang tidak perlu fikirkan bayaran2 bil tertunggak, panggilan bank tiap2 bulan,
Pasti aku rasa adil dengan pandangan mereka yang menganggap aku sekarang suri rumah. Tidak bekerja.
Alangkah indahnye kalau aku boleh akhiri semua ni. Orang luar dibantu. Tak bolehkah sekurang2nya support mental aku yang sedang sakit ni. Tak bolehkah tolong jangan menambah sakit ni.
Aku ada terbaca kisah pasangan suami isteri dan anak yang tinggal dalam kereta selepas keluar dari rumah orang tua mereka. Sejujurnya aku pon terasa seperti tu.
Lebih baik menyelamatkan emosi dan mental aku daripada terus mnjd beban orang lain. Aku lose. Aku lah loser paling malu dihadapan anak2. Ya Tuhan apa perlu aku buat.
Aku tak pernah meminta bantuan kewangan dari sesiapa. Selagi anak2 diberi makan. Aku boleh bertahan lapar.
Mak ayah aku banyak beri bantuan pada orang luar. Alhamdulillah. Sekurang2 mereka dah bantu anak sendiri untuk berteduh, tumpang makan. Biarlah aku hadap.
Aku tak perlukan kalian faham cerita aku. Biarlah hanya mencari coretan kekuatan untuk aku terus kuat. Doakanlah kami. Doakan kami diberi jalan keluar untuk semua ini.
– Mia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit