Hi semua. Aku baca dua confession malam ni, https://iiumc.com/aku-lelaki-
Haah ni nak cerita pasal jodoh lagi. Aku masih mencari, umur nak 29 lagi beberapa bulan. Aku lebih kurang sama macam Mamat dengan Kakak, risau tak laku ke aku ni.
Aku baca semua komen komen dari dua confession ni, macam biasa jumpa yang membantu dan memberi semangat. Then teringat kisah aku.
Masa nak masuk umur 27 aku dah mula risau pasal jodoh. Aku mula mencari jodoh dengan download apps dating.
Platform aku lebih kepada apps dating disebabkan aku kerja luar dari negeri aku, tiada rakan sekolah atau satu universiti dekat sini dan ditempat kerja aku kebanyakan lelaki dah berkahwin dan dah berpunya.
Aku ni dari zaman sekolah rendah dan menengah dan masuk zaman universiti, cikgu dan lecturer kata study dulu nanti masa kerja mesti jumpa. Aku pun percaya, haha.
Aku on off dengan apps dating kejap install and kejap uninstall and delete and restart semula. Aku seorang yang bangun kerja, makan dan balik rumah dan repeat setiap hari dan lagi lagi duduk sewa bujang macam tu lah rutin harian.
Aku akan mulakan dengan lelaki pertama aku kenal. Aku namakan N kenal end 2018. Dia ni sekejap je chat dekat apps, die terus bagi number phone. Kami sebaya dan dia pun jenis workaholic.
Pagi memang jarang contact malam saja kitorang contact and pertama kali jumpa dia pun waktu malam. Tiada apa yang terjadi aku tahu baik buruk. Lama aku kawan dengan dia ni sampai early this year.
Aku percaya dia ni sebab dia tolong aku masa ada satu malam tu tiada siapa yang boleh ambil dan grab pun dah tunggu lama tapi tiada sebab dah lewat malam.
Ni aku baru balik dari kampung. Dia confess dia tunang orang lepas 6 bulan kami kenal. Dia boleh cakap tunang dia baik and dia tak dapat apa yang dia nak.
Aku stalk habis sampai jumpa family dia but end up tak jumpa pun tanda tanda dia tunang orang. Aku perempuan aku faham perasaan perempuan. Aku stop contact dan block dia even aku tak sure dia tunang orang ke apa.
Kedua, aku namakan R, kenal end of 2019, kami sebaya dan katanya parent dia pun dah tanya pasal jodoh. Aku chat lama dekat apps sampailah dia kata chat Whatsapp boleh call.
Dia ni aku dah stalk memang sah bujang. Aku nak lupakan N sebab tu aku nak kenal dengan R. Dia ni bantu aku masa rumah aku ada masalah.
But then aku nampak status IG dia dengan salah satu kawan aku, eh tempat macam sama. Then aku tanya kawan aku tu apa relationship dia dengan R. Dia kata kawan sekerja but then keluar berdua.
Kawan aku ni tak tahu pun aku kenal dengan R masa tu dan aku tak tahu R tahu ke tak aku kawan dengan dia. Aku bukan jenis suka update sana sini. Nampak disitu Tuhan tolong aku. Rasanya dalam 5 bulan macam tu juga bertahan then lost contact.
Jap nak bagitahu, aku dengan N masih contact masa dalam kenal R, dia cari aku dekat FB suruh unblock, haha.
By the way aku duduk rumah sewa sendiri dan aku tiada kereta, aku bergantung dengan public transport dan grab teksi saja memandangkan kawasan rumah aku banyak facilities dan mudah gerak kemana mana. Bukan keperluan untuk ada kereta buat masa sekarang.
Okay yang ketiga aku namakan A kenal hujung tahun 2019 sampai PKP pertama. Benda sama dengan R aku kenal dia sebab aku cari orang baiki ada masalah dekat rumah aku.
Oh ya, rumah sewa aku maintenance sendiri, just claim dengan tuan rumah. But then aku tak claim pun sebab tak perlu bayar.
A ni pakej tolong aku baiki dengan ambil aku masa dah lewat nak balik. Aku lost contact dengan dia sebab dia nak tidur dengan aku. Dia ni muda setahun dari aku dan muka elok nampak je nerd aku ingatkan elok perangai but then hmm.
Masa PKP tak boleh keluar pun dia gigih pergi rumah nak hantar makan nak makan sama. Tapi masa tu aku WFH aku tak layan. Kerja penting bagi aku, haha maaf.
Next, aku namakan F kenal bulan 10 2020, Sangat muda dari aku. Masih belajar. Dia keluar dengan aku dia jujur bagitahu mak dia nak jumpa kawan perempuan. Dia ni lebih banyak bercerita pasal family dan study dia. Aku pun cerita more to pasal kerja. Kami selesa berkawan.
Masa ni aku dah malas cari sebaya ke muda setahun ke, aku kawan je dengan muda 6 tahun. Dulu aku selalu cakap aku tak suka yang muda sebab tak matang lah apalah, haha.
Aku ada tanya kalau lebih dari kawan then dia kata kawan saja dan tak bersedia. Aku kena reject, baiklah.
Oh ya dari kenal R sampai F, aku dengan N masih berhubung by chat or call sahaja, last jumpa dia masa aku kenal A.
Memandangkan tiada tanda dia ni tunang orang aku kawan lagi dengan dia dan sekadar bertanya kabar. Aku dengan dia on off block then dia sampai buat fake profile lagi suruh unblock, haha.
Dia ada bagitahu aku kenapa aku tak confess dengan dia, dia ingatkan cuma berkawan not more than that. Dia ke lambat pick up atau aku yang lambat bertindak, entahlah.
Aku just cakap kau kan dah ada tunang. Last dia call aku last month guna number lain. Aku buat tak kenal tapi aku cam suara dia.
Aku stop semua end of january tahun ni. Aku on off juga pasal jodoh sebab busy kerja then layan K drama, banyak lagi list drama tengah tunggu turn. Aku ada istikharah dengan semua lelaki aku kenal di atas ni but still not the one.
Masa raya, PKP 3.0 tak boleh balik kampung. Aku restart dekat Dating apps dekat FB ni. Aku banyak baca komen dan baca cerita jumpa jodoh dekat apps dating, sebab tu aku pun cuba, mungkin dia ada dan aku kena cari.
Aku banyak kali doa semoga selepas ni dipertemukan dengan sebenar benar jodoh aku, aku dah penat dan tak tahu mana dan macam mana nak cari lagi.
Aku usaha perbaiki diri. Aku tahu dari dosa dosa aku yang dulu sampai sekarang masih belum bertemu jodoh. Aku dah minta parents doakan aku.
Aku tahu ada akak akak yang dah lebih 30 still tak jumpa jodoh, jalan hidup kita tidak sama but yang pasti ada hikmah tersendiri kan.
Tahun depan dah 30, cut off aku nak kahwin 28 but then lagi beberapa bulan nak 29 T.T . Doakan aku jumpa the real one. Thank you semua.
– Cherry Blossom (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit