Sekarang umur saya 34. Tapi sampai sekarang saya masih ingat kejadian2 yang berlaku ketika saya berumur 3 4 tahun. Dan sampai sekarang saya masih mencari jawapan atas beberapa kejadian2 yang pernah berlaku tu.
Kejadian pertama :
Masa tu saya umur 3 tahun, mak dan ayah tinggal di Taman Keladi, Sungai Petani. Semua kejadian ni berlaku masa saya tinggal di situ.
Masa tu saya ada kawan satu budak lelaki. (Saya perempuan) dia selalu bermain dengan saya. Main dalam pagar rumah. Sebab mak saya tak bagi saya keluar dari pagar. Ada penculik mak saya kata.
So sejak saya pindah sana.. Dia kerap datang dalam pagar main dengan saya.
Tapi dia tak bercakap.
Dia anak jiran sebelah. Saya tahu sebab dia selalu datang rumah sebelah tu. Kadang2 dari tembok boleh nampak dia duduk kat kawasan rumah tu. So tau la tu rumah dia.
Tapi yang peliknya, hanya dia saja yang tak pakai baju berbanding adik beradik dia yang lain.
Tapi adik beradik dia tak main dengan saya.. Dan dia pun tak main dengan mereka. Kami selalu main berdua ja.
Bila saya keluar dari rumah main dekat garaj, dia akan ada dah tunggu saya. Kami selalu main mainan saya. Tapi dia tak pernah bawak mainan dari rumah dia.
Saya masih ingat. Ada sekali tu ada kenduri kat kawasan tu. Mak saya dan mak dia pergi sama2. Dia pun ikut. Tapi dia ja tak pakai baju.. Macam selalu la..
Dia selalu hanya berseluar pendek oren, kepala botak. Tapi dia sangat baik walaupun dia tak bercakap. Dia faham apa yang saya cakap.
Saya jugak tak pernah nampak dia berkomunikasi dengan family dia, atau family dia berkomunikasi dengan dia.
Bila dah besar2 ni saya terfikir. Adakah sebenarnya budak tu hanya nampak di mata saya ja?
Sebab masa umur dalam 5 tahun. Kami dah pindah ke butterworth. So segala kawan2 di sana putus macam tu saja. Saya sempat ada sana 2 tahun macam tu ja la.
Kejadian kedua :
Rumah saya depan taman mainan. Petang2 bila ayah saya balik kerja, dia akan bawak saya main di taman mainan.
Saya suka main buaian. Tapi masa kecik saya agak pendiam, penakut dan pemalu.
Satu hari ayah letak saya dalam buaian dan dia bersembang dengan kawan dia sedikit jauh dari saya.
Masa tu datang 2 orang kakak menghayun buaian saya. Sorang kiri sorang kanan. Depa senyum sambil hayun. Sambil kata saya comel la. Tanya nama saya la. Saya hanya diam.
Dalam fikiran saya, biasa la orang2 dewasa kan suka budak. Saya hanya diam. Sebab teringat nasihat parents, don’t talk to the strangers.
Padahal saya memang berat mulut nak bercakap. Tapi saya macam malu2 la dengan depa. Depa ada usap2 rambut dan pipi saya.
Lepas tu ayah datang ajak balik. Kakak2 tu bye2 saya.. Saya pun bye jugak. Ayah pusing tengok saya bye2 sapa. Dia tanya bye2 sapa tu. Saya kata kakak2 tu. Tadi depa hayun adik.
Tapi ayah diam ja lepas tu. Ayah saya kerja shift. Kalau dia kerja pagi ja dia biasa bawak saya bermain. Hari lain saya tak jumpa ayah sangat.
So ada sekali masa saya main kayuh basikal dalam pagar, kakak2 tu datang ajak saya main buaian.
Saya kata nak tanya mak dulu. Kononnya sebab dah kenal kakak tu kan. So berani la nak ikut. Padahal saya pun tak pasti kenapa saya ikut..
Mak saya masa tu sibuk kat dapur. Saya tak pasti dia dengar ke tak. Sebab kadang kalau budak2 main depan rumah saya, mak bagi jugak la bermain. So maybe mak fikir saya main depan rumah kot.
Saya cuma cakap kat mak. Mak orang nak pi main tau. Lepas tu saya terus pergi.
Kakak2 tu hayun saya dalam buaian macam selalu. Saya memang suka main buaian. Even dah besar2 ni pun, saya suka duduk dalam buai.. Rasa macam healing sangat.
Ada satu perasaan aneh setiap kali saya duduk atas buaian. Seolah2 hanya bunyi alam saja yang saya kedengaran.. Saya seolah2 seperti di dunia lain.
Balik pada cerita tadi. Lepas tu dengar mak pangil. Sebab dah petang.. Saya kata kat kakak2 tu nak balik. Sebab mak pangil..
Kakak2 tu turunkan saya dari buaian, hantar depan rumah. Lepas tu depa kata esok kita main lagi tau. Saya kata ok.
Saya yang pemalu pendiam tu jadi selesa la dengan depa tu. Lepas tu kerap la kejadian tu berulang. Tapi mak saya mungkin tak perasan saya pergi main kat padang.
Tapi kalau budak botak tu datang, kakak2 tu tak datang.
Dia macam satu rotation. Budak botak tu pun selalu datang main pagi2 dalam 10 lebih ja dengan saya. Dia jarang datang main petang..
Kakak2 tu selalu datang petang2 bawak saya naik buaian.
Satu hari mak ternampak saya main buaian. Sebab dari rumah boleh nampak taman tu. Mungkin mak tengok saya tak de depan rumah. Dan ternampak saya kat padang mainan tu.
Tiba2 mak panggil, tapi sambil mak menuju ke padang tu.. Mak saya sangat garang. Gaya dia nampak marah la.
Terus dia pukul saya. Dia marah sambil heret saya balik rumah. Dia kata berani betul pergi main sorang2. Kalau jatuh ke orang culik ke macam mana.. Lebih kurang macam tu la mak saya bebel.
Saya menangis la. Saya kata saya dengan kakak tu.. Mak saya kata kakak apa. Dah pandai menipu pulak sekarang ni. Macam tu la. Sambil pukul saya.
Mak saya kata lain kali kalau nampak saya kat taman lagi sorang2, mak nak letak api.
Lepas tu 2 3 hari tu, kakak2 tu datang lagi. Depa ajak pergi taman. Saya kata mak tak bagi. Ada la depa pujuk kejap ja. Nanti sebelum mak nampak depa hantar balik. Tapi saya kata takut mak letak api.
Lepas tu depa pergi la. Tak ajak dah.. Cuma kadang2 kalau ayah balik kerja. Saya kata nak pergi taman. Masa tu ada la kakak2 tu datang. Senyum2 kat saya.
Kalau ayah hayun saya, tak de orang lain. Depa tak datang dekat. Just lambai dari jauh2 ja..
Tapi kalau ayah sembang dengan kawan dia, atau ayah jauh sikit dari saya, baru depa datang dekat. Hayun saya.
Kejadian ke 3 :
Kejadian yang sampai sekarang saya cari jawapan.
Ada satu hari ayah bawak saya naik moto. Ayah memang kadang2 suka bawak naik moto. Tapi kali ni ayah bawak pergi satu tempat ni.
Tempat tu sangat besar. Dia macam tempat simpan2 kuda. Dalam tu ada banyak kuda. Dan banyak patung2 kuda jugak. Macam replica kuda.
Best gila tempat tu. Pintu gerbang dia pun ada lambang kuda. Lepas tu ada orang bawak kuda jalan. Ada yang tengah sikat rambut kuda.. Ada tengah mandikan kuda.
Tak tahu la tu tempat race kuda ke, tempat penyimpanan kuda ke.
Ayah macam ada kawan kat situ..
Ayah bersembang dengan kawan dia.. Sambil saya berjalan keliling sana. Tempat tu sangat menakjubkan.. Saya tak reti nak explain macam mana. Tapi rasa best gila.
Orang2 kat sana macam terhibur tengok saya lari sana sini. Tempat tu sangat baru dan unik kat mata saya. Sampai rasa macam tak nak balik. Ayah kata nanti dia bawak lagi.
Tapi sekali tu ja ayah bawak ke situ. Lepas tu kami dilanda musibah. Rumah Taman Keladi tu kena lelong.
Kami terpaksa pindah ke Butterworth. Dan tak pergi dah situ. Ayah pun dah meninggal lepas tu.
Tapi insiden2 tu selalu fresh dalam mind saya sampai sekarang. Saya selalu tanya dekat mak.
Apa nama tempat yang ayah bawak saya pergi naik moto yang ada kuda banyak. Ada replica kuda besar2.
Mak kata ayah tak berani bawak saya naik moto jauh2. Dia selalu bawak dekat2 ja.. Kalau jauh sikit mungkin Taman Jubli tu. Mak kata situ pun ada kuda.
Saya ada pergi tengok sana.. Tapi tu bukan yang saya pergi. Tempat tu sangat terasing. Dia sangat luas. Taman Jubli ni macam bercampur banyak benda. Macam untuk orang umum.
Tapi tempat yang ayah bawak tu macam private place. Saya tak rasa orang awam boleh masuk. Mungkin sebab ayah ada kawan so dia bawak saya ke situ.
Suasana dalam tu masih segar dalam ingatan saya sampai sekarang. Tapi sampai sekarang saya tak jumpa lokasi tu.
Adakah apa yang saya alami masa kecik tu bukan real? Tapi sumpah, saya tak menipu apa yang saya cakap tu its really happened.
Saya selalu cerita kat mak pasal kejadian2 tu.. Mak pun tak tahu nak komen apa dah.. Sebab mak kata ayah kalau bawak jauh sikit Taman Jubli ja.. Selain tu main kat taman mainan depan rumah tu.
Ada sapa2 yang arif boleh bagi pendapat pasal hal ni? Adakah saya termasuk dalam alam jin macam kata kawan saya.
Mungkin orang2 yang saya jumpa tu tak wujud. Tapi tempat yang ayah saya bawak mesti wujud.. Tempat tu ayah yang bawak kot.. Tak kan ada benda menyamar macam ayah pulak.
Nak tanya ayah pun dah tak boleh. But still I looking for the answer. Kawan saya kata lokasi saya cakap tu macam ada di KL.
Dia sebuah hotel.
Tak mungkin ayah bawak saya pergi KL naik moto dari Sungai Petani. Tapi dah besar2 ni banyak kali saya cuba nak pergi hotel tu tapi tak berjaya.
Lokasi tak dapat jumpa. Tak dapat booking on9, call hotel tu tak pernah berjawab. Tapi melalui imej2 hotel tu dari google, saya yakin tu bukan tempat ayah saya bawak.
Kot2 ada orang Kedah yang tau wujud ka lokasi tu. Boleh tinggal komen..
– Puteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
hotel banyak patung kuda..Golden Horses Palace
Imaginasi jer tu, jgn layan sgt, jangan terlalu fikirkan, takut nanti jadi delusi