Assalamualaikum and hai semua.
Nama saya Nisa berumur 27 tahun, bekerja dalam sektor swasta dengan basic RM1.3k sahaja di negeri Pantai Timur. Bukan tak pernah bersyukur tapi kadang letih dengan gaji sendiri.
Saya graduan degree di IPTA, alhamdulillah start kerja lepas habis intern seminggu terus dapat kerja. Apa yang dapat dibuat depan gaji RM1.3k bersih hanya dapat RM1100++ sahaja.
Dengan pendapatan tu saya bagi parents RM250, PTPTN RM166, plan internet RM70 (sekali dengan ibu), minyak kereta ulang alik dan RM210 (pinjam kereta parent sahaja),
Belanja dapur lagi, sebab saya anak sulung kadang-kadang belanja adik-adik dari shopee barang under RM30 sebulan. Part mana saya nak saving??
Saya ada menggunakan saving untuk saya jadi agent jualan satu produk local, tapi untungnya tidaklah banyak sangat maximun untung sebulan pon saya boleh dapat RM100 sahaja,
Untungnya alhamdulillah saya nak saving untuk masa akan datang, tapi kadang-kadang terguna jugak bila ada sales sesuatu.
Sepanjang saya kerja 4 tahun (2 company swasta) saya takde beli apa-apa yang istimewa untuk diri sendiri,
Kadang-kadang tengok orang lain bercuti sana sini kita pon nak jugak tapi bajet ciput sahaja memang tak mampu, kereta family pon boleh digunakan untuk jarak dekat sahaja.
Saya juga sedih sebab saya tak boleh mewahkan family sendiri, padahal parent dah susah jaga dari kecik, tapi saya tak mampu beli apa-apa pon, perbelanjaan rumah pon saya beli setakat saya mampu je.
Kadang saya persoalkan kenapa hidup macam ni, nak lepaskan keperluan diri sendiri pon tak mampu macam mana nak bina keluarga sendiri.
Saya dah ada boyfriend, tapi saya memang rahsiakan dari family sebab saya tahu family akan suruh kahwin kalau tahu saya ada someone special. Parents mana bagi anak keluar selalu kan sampai malam kadang-kadang.
Bukan tak nak kahwin tapi memikirkan ekonomi saya, saya takut tak mampu nak bina kehidupan since boyfriend pon gaji lebih kurang je dengan saya. Saya tak mahu bakal anak saya lahir dalam kehidupan saya susah.
Tapi ibu saya dah paksa saya cari boyfriend memandangkan tahun ni dah masuk 27, haha.
Tapi bagi saya kahwin bila dah betul-betul bersedia, bab ni boleh sabar jap kot bagi saya, tapi bagi ibu saya macam saya kena cari jugak tahun nii, cakap dah ada calon kan takut kena paksa.
Saya hanya mahu pendapat pembaca sekalian, macam mana saya nak dapat income lebih, patut ke saya berhijrah ke luar negeri?
Atau kenalkan jela calon boyfriend kat ibu saya? Kahwin settle? (tu pon kalau bf ada duit nak kahwin laa). Lepas tu hijrah sama-sama??
Family saya bukan dari orang senang, tapi alhamdulillah makan pakai sentiasa cukup.
– Nisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit