Masih Mengharap

Assalamualaikum warga iiumc. Saya terpanggil utk bercerita tentang saya bila terbaca confession ‘tidak mengapa jika tiada anak’, (https://iiumc.com/tidak-mengapa-jika-tiada-anak/). Maaf jika cerita saya panjang dan membosankan. Cuma ingin bercerita pengalaman yang dilalui sebagai hamba Allah yg diuji.

Sy slh seorang yg diuji dgn ketiadaan zuriat. Sy dh berkahwin selama 12 tahun. 12 tahun yg penuh bahagia sebenarnya, cuma sesekali badai melanda. Sy dan suami bekerja dlm bidang profesional. Boleh dikatakan mewah harta dunia..

Sy berkahwin agak lewat, 26 tahun, manakala suami 27 tahun. Puas enjoy dah org kata. Jadi kami suami isteri berhajat terus mahukan zuriat. Masa tu fikir, kahwin terus dpt anak.. tp sesungguhnya perancangan Allah tu sgt berlainan dr perancangan kami.

Cukup 6 bln perkahwinan dan belum hamil, kami terus berjumpa doctor. Setelah beberapa test dijalankan pada kami suami isteri, doktor mengesahkan saya menghidap PCOS. Suami tiada masalah kesuburan. Terdiam sekejap kami suami isteri dihadapan doktor bila dikatakan peluang utk saya hamil agak sukar.

Sy down.. saya kecewa. Terus perasaan diri tak berguna itu datang. Doktor menasihatkan kami utk meneruskan rawatan kesuburan yg menelan belanja yg bukan sedikit. Puluhan ribu.
Maka seawal itu, bermulalah rutin kami berulang alik berjumpa pakar.

Merasalah saya bagaimana sakit dan malunya saya bila ujian tiub fallopio dijalankan.. merasalah saya suntikan meransang ovari di bahagian abdomen setiap hari selama berminggu2 bila pil kesuburan tidak memberi tindakbalas yg baik. Merasa juga jarum panjang menembusi ari2 ke ovari. Seksa.. tp saya redha laluinya walau kdg2 menangis kesakitan. Yg penting sokongan tidak pernah putus dr suami tercinta.

Demi inginkan zuriat. Tidak cukup dgn perubatan moden, kami juga buat rawatan alternatif.. tapi tetap tidak berjaya. 3 kali iui, 2 kali ivf.. puluhan ribu melayang. Tak putus2 doa kami.. Tp bila Allah kata, bukan rezeki kami.. maka tiadalah..

Kata2 sinis orang sekeliling kami dah lali. Kdg2 ingin menempelak bila dikata kurang usaha, namun kami sabarkan hati. Adakah masih kurang usaha kami? Melihat kawan2 dan saudara yg baru berkahwin, terus mengandung memberi 2 rasa, gembira utknya dan sedih pada diri sendiri. Makin beranjak tahun, makin kecewa.

Syaitan pun mula menghasut, rasa Allah tak adil.. smpi satu tahap, nak solat nak berdoa.. pun malas. Jahilnya saya pd waktu itu. Sy menyalahkan takdir Allah. Tp alhamdulillah. Sy dianugerahkan suami yg kental menghadap perangai isteri. Sy dinasihat, disedarkan dari terus meratap nasib malang. Syukurlah saya tidak terus hanyut dgn kejahilan.

Kemuncak kekecewaan saya sampai apabila suami yg saya sayang sepenuh hati, yg kesetiaannya saya tak pernah ragui, mempunyai bibit2 hubungan cinta dgn seorang janda. Waktu itu saya benar2 patah hati. Namun saya muhasabah diri, saya mohon undur diri dan memberi laluan kebahagiaan pada suami dan wanita tersebut jika itu yg suami saya mahu.

Penegasan saya pd suami, saya tak akan bermadu. Sy boleh dan sgt mampu hidup sendiri, tp bukan utk bermadu. Suami bermati-matian tidak mahu lepaskan saya. Suami memutuskan hubungan dgn wanita tersebut. Itu cerita tahun ke-7 perkahwinan kami. Wanita itu pun dh berkahwin lain kini.

Sy seperti wanita lain yg patah hati, tetap bersama suami, tetap memaafkan suami tp sebenarnya saya membawa diri. Sy berusaha keras mengumpul kepercayaan semula kpd suami. Suami juga nampak berusaha keras meraih kepercayaan saya semula.

Dan sesungguhnya perancangan Allah itu sgt teratur, disaat hubungan saya dan suami masih dingin, tahun ke-8 perkahwinan, tiba2 ada hamba Allah bertanyakan adakah saya mahukan anak angkat. Dlm keadaan tidak bersedia, saya dan suami setuju menerima anak tersebut. Hy dlm tempoh 2 hari, kami membuat persiapan menerima bayi itu.

Dan kini, anak ini dah berusia 4 tahun. Cantik, lincah, sgt bijak..syukur alhamdulillah. Anak ini adalah anugerah terindah buat kami. Disayangi seluruh keluarga kami dan kenalan kami..

Sy kini pun dh redha kalau saya tidak ditakdirkan punya zuriat sendiri. Sy tidak lg berprasangka buruk dgn Allah.. saya masih tetap berusaha utk punya zuriat, tp tidaklah seagresif dulu.. saya lebih tenang..

Allah telah memberi limpah rahmat rezekiNya tak putus2 pada kami sekeluarga.. cuma belum ada zuriat sendiri sahaja. Jadi apa lg yg perlu sangkal? Tidak ada.. hanya perlu bersyukur dan terus berusaha. Sy masih mengharap.

– Puan Ai

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *