Masih Perlu Untuk Susah Sama-sama Ke?

Aku seorang anak perantauan. Aku juga merupakan seorang anak keempat daripada lima adik-beradik, yang lain dah kahwin, tinggal aku dan adik sahaja belum (adik aku masih bersekolah).

Aku adalah tulang belakang keluarga aku.

Kedua orang tuaku masih ada. Tetapi itulah, aku hidup ni seolah-olah tak ada kewujudan tanggungjawab seorang ayah untuk menunaikan nafkah kepada anak dan isterinya.

Kakak dan abang aku dah taknak ambil tahu soal makan minum dalam rumah tu.

Aku yang jauh ni lah bekerja keras untuk terus menyara ibu bapa dan adik aku.

Aku tak kisah, sebab aku rasa itu tanggungjawab aku sebagai seorang anak, walaupun aku tahu sebagai anak perempuan aku tak perlu pun buat semua ni.

Aku start merantau bila aku dah habis sekolah. Terus aku bekerja siang malam aku dah tak kenal, asalkan aku dapat senangkan mak bapak aku.

Dalam aku bekerja di perantauan ni, aku kenal seorang lelaki yang sekarang ni dah pun jadi buah hati aku..

Aku sayang sangat dekat dia sampaikan aku sanggup korban macam-macam hal. Asalnya aku bekerja di sektor swasta. Tapi, Mr love aku ni terlalu minat dengan business.

Jadi aku pun support dia. Buruk baik dia aku je tahu. Tak pernah aku burukkan dia depan family aku.

Dah almost 6 years aku dengan dia bercinta. Family aku pun kenal dia, family dia pun kenal aku. Susah payah kami, jatuh bangun semua sama-sama.

Dia lelaki yang baik. Selalu ajar aku ilmu kehidupan yang kadang aku sendiri tak terfikir. Cuma satu je yang aku tak berkenan.

Dia terlalu obses dengan hobi dia sampaikan dia lupa aku pun perlu ada hobi untuk aku buat bila aku ada masa lapang (weekend).

Aku tak tahu aku ni terlalu baik atau aku terlalu banyak berfikiran negatif. Dia seolah mengongkong aku tak perlu berkawan dengan orang, ala cuti kerja duduk je la rumah tak payah gi jalan-jalan ke apa.

Semuanya berubah 360 darjah bila aku start berhenti kerja sektor swasta tu then tolong dia meniaga.

Aku tak tahulah aku yang jahat ke fikir dia macam lupa diri. Hal kahwin dah berapa kali tangguh, cancel. Alasan dia nak focus business dulu lah.

Pastu baru ni mak bapak aku pulak kecoh suruh aku balik kampung kerja biasa-biasa je. Ya Allah sakitnya dada ni fikir itu ini.

Aku ni kerja penat sangat, semata-mata nak suap nasi dalam mulut diorang. Diorang senang-senang je cakap macam tu macam ni.

Actually kitorang dah ada duit tau nak kahwin, dah plan pun dengan family aku.

Tiba-tiba mak bapak aku buat perangai macam tu pulak. Dia pun guna alasan ni untuk postpone lagi pasal kahwin.

Aku ni bukan apa, family dia tu macam dah berbulu tengok kami ke sana ke sini tanpa ikatan yang sah.

Aku pun ada maruah. Niat aku nak tolong dia untuk terus berjaya dalam business. Tapi aku ni macam bodoh pulak dekat sini.

Apa patut aku buat ya? Perlukah aku buang masa lagi dekat sini.

– Awin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. dear anon,
    Do not ever do a wife’s duty in the price of a girlfriend.
    if he wanted to, he would.
    boleh dah slow slow lepaskan hubungan yang tak kemana ni.

    regarding your parents,
    masih boleh slow talk dan bincang elok2 apa yg you wanted to achieve in life. kalau perlu reset, then pls do so.
    life is too short to fulfill everyone’s expectations on you.

    let go and let God.

  2. awk , saya tak rasa hubungan ni akan sampai ke perkahwinan , kalau duit dah ada , kenapa lelaki tu masih bertangguh ? maknanya dia masih 50/50 nak jadikan awk pasangan hidup , atau dia rasa bila ada duit banyak dia mampu dapat perempuan lain.

    nnt dh kahwin awk nak ke duduk rumah je tak ke mana2 ? carilah pasangan yang menghargai kita , bukan kita yang lebih menghargai dia. balik bincang baik2 dgn parents awk , dorg tahu apa yg terbaik.

  3. Pegi la bincang dgn bf awak tu, tnye kami buat apa. Kami tak kenal dia. Kaum pmpuan duk berzikir “Communication is key” konon. Last2 tanya netizen. Bagi la dia limit masa sampai bila je nak couple. Klau lepas limit tu dia takde action, cau je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *