Assalam admin. Terima kasih kalau sudi postkan confession aku ni. Harini aku geram sangat-sangat dan ianya ada kaitan dengan tajuk aku dekat atas tu. Nak tanya pendapat korang yang bekerja lah ya. Ini aku tak relatekan dengan yang bekerja sendiri. Bekerja sendiri macam contoh kau buat online selling memang kadang-kadang kene layan customer even malam sekalipun. But its depend on the individual itself samaada ada limit masa sampai pukul berapa korang layan pertanyaan customer. Tapi yang bekerja waktu office hour ni, kita memang dah ada “jadual waktu” pukul berapa sampai pukul berapa kau kene bekerja.
Dalam hal ni aku nak cakap pasal tajuk aku iaitu “Perlukah komitmen setelah tamat waktu bekerja/on leave?”. Cuba korang bayangkan eh, suka tak kalau korang tengah rehat-rehat balik kerja penat-penat hadap jem atau korang on leave sebab sakit atau even bercuti sekalipun, tiba-tiba adalah call dari officelah, customerlah. Suka tak? Seriously bagi aku benda-benda macam ni memang akan spoilkan mood aku. Kalau sekali dua dapat call or mesej or whatsapp aku boleh terima lagi. Ini kalau dah call empat lima kali include after office hour and not to forget yang “kau on leave atau waktu tu after office hour” korang rasa benda tu acceptable tak? Tak ke korang rasa yang korang sebenarnya tengah “bekerja” cuma bukan dekat office kalau macam tu.
Aku harap semua pekerja-pekerja office hour dekat luar yang suka sangat menganggu waktu rehat orang tu boleh hadam benda ni. “After office hour/on leave adalah hak peribadi individu tersebut”. Dia nak jawab ke taknak ke itu ikut ihsan dia. Even aku kadang-kadang ada nak tanya something dekat officemate aku yang on leave/after office hour dan benda tu agak urgent, aku akan cuba cari jalan untuk tak kacau dia dan cuba solve sendiri kalau boleh.
Aku bukanlah langsung tak jawab mana-mana call or mesej or whatsapp yang related dengan kerja waktu aku on leave/after office hour, aku ok je cuma nasihat aku “berpada-pada”. Kalau benda tu kau boleh tanya after orang tu naik kerja atau keesokan harinya, please do so.
Maaf kalau nampak posting aku ni macam emotional sikit. Memang waktu aku tengah taip ni pun baru lepas setengah jam macam tu ada officemate dengan customer aku call eventhough aku ada mention yang aku on leave. And it was after office hour you know diorang call. Oklah better aku stop taip sebelum lagi panjang aku nak bebel ni.
Kalau ada siapa-siapa yang ada idea bernas untuk avoid gangguan after office hour/on leave, anda sangatlah dialu-alukan. Mana tau ada idea yang ok boleh aku praktikkan untuk elakkan “gangguan” lepas ni.
Thank you so much.
– Merely an office hour worker
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit