Masih Sayang Bekas Kekasih

Nama aku Nurra (bukan nama sebenar). Aku berumur 22 tahun, penuntut salah satu universiti di Selangor.

Aku mempunyai teman lelaki yang aku kenali atas pilihan keluarga, aku namakan dia Imran. Penuntut universiti juga di Negeri Sembilan.

Awalnya aku hanya patuh atas pilihan keluarga. Ibuku memperkenalkan aku dengan Imran pada tahun 2021, kerana dia tidak berkenan dengan bekas kekasihku yang sewaktu itu masih lagi teman lelaki ku yang aku namakan Shafiq.

Shafiq hanya lepasan SPM, kami bercinta dari zaman sekolah. Sejak aku tingkatan 2 lagi. Dia tidak melanjutkan pelajaran kerana atas kekangan wang dan masa. Dia anak sulung dan harus menanggung ibu dan adik adiknya yang masih kecil.

Ibu aku ni pulak tak suka lelaki yang tak berpendidikan. Atas sebab itu dia jodohkan aku dengan Imran.

Aku pada awalnya akur kerana pada masa itu pun aku tak nampak masa depan aku dengan Shafiq. Yelah hubungan hampir 8 tahun, tapi si Shafiq ni masih takde simpanan kahwin, cakap pasal kahwin banyak kali tapi action macam takde.

Aku buka hati untuk Imran. Aku putuskan hubungan dengan Shafiq. Aku beritahu Shafiq tentang Imran. Of courselah Syafiq tak boleh terima.

Tapi nak sedapkan hati dia aku cakap dekat Shafiq yang kami masih boleh berkawan. Sampaikan kata kata tu makan diri aku sendiri.

Imran ni aku boleh kata lelaki yang baik. Jauh lebih baik dari Shafiq. Imran seorang yang menjaga solat, sedangkan Shafiq ni bila kali terakhir dia solat pun aku tak pasti.

Boleh kata Imran ni seorang yang berpegang pada agama lah. Imran ni pun dari keluarga yang boleh kata senang jugaklah.

Sepanjang kami berkenalan, setiap minggu dia akan datang jumpa aku. Dari Negeri Sembilan ke Selangor. Perempuan mana yang tak cair dengan effort kan. Tak pernah miss walaupun satu weekend untuk berjumpa dengan aku.

Cuma si Imran ni satu lah, kalau dalam phone dia sangat la orang cakap dry texter. Kiranya masa yang aku luangkan bersama Imran hanya on weekend.

Kalau weekdays tu dia lebih banyak luangkan masa dengan kawan, game dan aku tak pasti apa lagi. Sebab kami memang jarang text on weekdays.

Mula mula aku sedapkan hati, mungkin dia pun student, tahun akhir pulak tu. Busy la kot kan. Tapi bila dah setahun macam tu, aku mula rasa sunyi. Sepi, macam kosong.

Aku mula terfikir sendiri. Takkan dalam masa 24 jam dia, takde sikit pun masa untuk text aku? Call aku? Dia akan text aku pagi untuk wish good morning, dan malam untuk bagitahu dia dah nak tidur. Kalau call pun, ada la kadang kadang.

Aku jadi tak tahu apa aktiviti seharian dia sampai takde masa langsung untuk update aku ataupun check aku. Sampai la satu hari aku tanya, seharian dia buat apa. Dia kata dia selalu habiskan masa dia main game bola.

Haha, tak tahu aku nak react apa. Kadang sampai 2-3 pagi main game bola. Nak text aku yang ambik masa beberapa minit pun tak boleh?

Aku tak salahkan Imran seratus peratus. Mungkin aku tak biasa. Sebab hubungan aku dengan Shafiq sebelum ni sangatlah clingy.

Shafiq tu kalau ada masa free dia akan call aku. Dan Shafiq ni jenis yang akan prioritise aku dalam segala hal. Dia akan ketepikan semua benda, untuk dahulukan aku.

Shafiq ni kalau tengah main game pun, dia sanggup berhenti kalau aku perlukan apa apa. Jadi aku dah terbiasa dengan hubungan yang clingy.

Aku jadi bosan, rasa kosong bila dengan Imran. Hati aku berbolak balik. Bila dah setahun bercinta dengan Imran, dia pun cuma datang jumpa aku sebulan sekali. Dari setiap hujung minggu, jadi setiap hujung bulan. Makin sunyi lah aku.

Kadang kadang rasa macam tak ada boyfriend. Bila tengok story Imran. Dia keluar dengan kawan kawan dia pulak on weekend. Terasa jugak lah aku. Dahla weekdays tak layan aku, aku sedapkan hati sendiri. Mungkin weekend ni dia datang. Tapi tak.

Shafiq pulak tak pernah miss text aku tanya khabar apa semua. Awal awal tu aku tak layan sangat sebab aku fikir aku nak fokus dekat Imran.

Tapi bila Imran pun dah layan aku macamtu. Aku tewas. Aku dah selalu text, call dengan Shafiq. Cuma jumpa aku tak berani lagi lah.

Berbulan bulan aku layan Shafiq through phone call and text. Hati aku jadi rindu. Aku dah lama tak rasa dimanjakan, diutamakan. Shafiq je selalu buat aku rasa macamtu.

Aku sedih, Shafiq selalu ada. Dia banyak kali ajak keluar, aku bagi alasan sebab aku takut. Tapi bila dah lama lama, hati aku pun semakin rindu.

Aku setuju untuk keluar dengan Shafiq. Bila berdepan dengan Shafiq, baru aku tahu yang aku tak boleh lupakan dia. Lelaki yang tak pernah belakangkan aku. Selepas dari itu, kami kerap berjumpa.

Imran pun dah semakin jarang jumpa aku. Sampai dua tiga bulan tak jumpa. Aku gunakan kesempatan itu untuk ke rumah Shafiq.

Sampai lah satu masa, aku terlanjur dengan Shafiq. Aku tak tahu nak describe macammana. Aku tak tahu sama ada aku rasa bersalah atau aku rasa seronok. Yang aku boleh pastikan, aku rasa bahagia dengan Shafiq.

Aku tahu aku tak boleh nak putuskan hubungan dengan Imran. Ibu aku akan mengamuk besar. Sebab plannya tahun depan dah nak langsung majlis kahwin memandangkan aku dan Imran akan habis belajar tahun depan.

Tapi perasaan aku dengan Imran kosong. Aku jadi serabut kalau fikir pasal tahun depan dah nak kahwin. Aku tak nak hilang Shafiq.

Shafiq pun sampai cakap dekat aku, dia sanggup teruskan hubungan sulit kami berdua walaupun aku dah berkahwin nanti. Aku jadi buntu.

Aku sayang Shafiq tapi aku tak mampu nak putuskan hubungan dengan Imran..

– Nurra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *