Masih Tak Ada Apa-Apa

Hi semua. Kenalkan nama aku Pingu. Aku dah 5 tahun grad. Tapi masih tak ada apa-apa sekarang.

Maksud aku aku pernah bekerja sebagai customer service di ibu kota tapi hanya sekejap dengan gaji yang agak lumayan.

Namun, aku berhenti disebabkan ayah aku marah walaupun aku sudah bergaji tapi masih meminta wang kepada ayah aku untuk membayar rumah sewa. Aku cuba untuk berjimat namun ternyata susah sekali.

Pencapaian kerja aku jugak agak teruk dimana aku sering bertukar-tukar pekerjaan semasa setahun aku berada di ibu kota.

Aku cuba paksa untuk bekerja walaupon aku sentiasa berasa stress disebabkan masalah dengan orang-orang di tempat kerja.

Setahun aku di ibu kota, sudah 4 kali aku bertukar kerja dan rumah sewa. Setiap kali aku bertukar kerja aku akan bertukar rumah sewa.

Aku sudah cuba sedaya upaya aku untuk kekal pada satu pekerjaan tetapi mesti saja ada manusia di tempat kerja yang cuba sabotaj atau buli aku.

Itu yang membuatkan aku sangat stress dan sering bertukar kerja.

Ketika di universiti akhir tahun aku ada mengambil ubat di hospital swasta disebabkan aku didiagnos schizophrenia. Namun, aku yakin aku sudah sepenuhnya sembuh dan telah berhenti mengambil ubat tersebut.

Ketika aku bekerja di ibu kota, sering kali juga aku terpaksa ke hospital kerana ingin berjumpa doktor.

Stress tu datang hanya sekali sekali, bukan selalu aku pon tak tahu kenapa.

Aku rasa sangat tidak berguna apabila aku mampu untuk bekerja dari segi fizikal tetapi aku tak mampu mengawal emosi yang terlalu stress apabila bekerja,

Yang kadang- kadang terjadi apabila aku mengahadapi apa-apa masalah di tempat kerja sama ada dimarahi oleh kawan sekerja atau dibuli.

Akhirnya pada umur aku awal 30-an, abah aku menyuruh aku pulang ke kampung dan hanya menyuruh aku untuk bekerja di rumah iaitu menjual kucing british short hair.

Kata abah, lebih relaks dan untung. Aku mula bosan dan teringin semula untuk bekerja dalam bidang aku.

Aku sedih bila aku lihat kwsp aku kurang dari 10k dan aku rasa seperti tidak berguna. Aku ni boleh dikatakan setiap kerja yang aku buat tidak lama dan aku cepat bosan. Semuanya tak menjadi melainkan aku kerja di bawah orang.

Aku ada juga membuat kerja menjual secara online juga sangat lambat progress. Aku buntu dari mana aku nak mendapatkan wang untuk aku simpan di hari tua.

Ada kawan-kawan aku yang telah bekerja dan mereka kekal pada pekerjaan. Ada yang telah berkahwin dan mempunyai ramai anak tapi aku masih di takuk lama.

Aku sebenarnya jaga solat juga bukan aku tak solat tapi kenapa aku tak dapat macam orang lain dapat malah adik aku juga telah berkahwin dan sekarang menguruskan perniagaan isterinya yang boleh dikatakan agak maju.

Aku pula seperti orang kurang upaya yang sampai sekarang diberi wang oleh abahku.

Ibu ku sering berkata aku harus terus makan ubat dan apabila aku sudah betul2 sihat aku boleh bekerja tapi aku rasa sampai bila pun aku tak boleh bekerja kerana aku yang begitu introvert disebabkan penyakit aku yang lepas.

Sampai bila aku hanya perlu duduk di rumah dan menguruskan kucing bsh?

Aku sering terpikir masa depan aku. Siapa yang akan menjaga ku kalau aku tidak berkahwin nanti.

Aku dapat rasakan tak ada siapa pon mampu menjaga aku sebaik ibu dan ayah aku. Aku bercakap begini kerana banyak yang telah berlaku 5 tahun lepas ketika aku sakit.

Aku pernah menghancurkan semua almari dan cermin di dalam rumah ku kerana aku menyangka ibu ku sering menyakitkan hati aku. Semua telah pecah ketika itu aku sangat marah pada semua orang.

Aku sudah lama duduk dalam rumah dan tidak bergaul menyebabkan aku susah untuk berkawan dan bekerja bersama orang.

Sekarang aku sudah semakin pulih, namun aku buntu dengan jalan hidup aku yang seperti tidak ada apa-apa walaupun hari-hari aku sekarang aku sering mengemas rumah, bilik dan menolong ibu bapa ku dengan kerja rumah.

Ayahku pernah berkata jika dia dah tiada nanti, harta dia cukup untuk aku dan aku boleh tinggal di rumah tinggalan family ini. Alangkah sunyinya hidupku.

Aku sedar susah untuk aku disukai lelaki dan aku merasakan aku ni sukar untuk mendapat jodoh.

Walaupun aku agak ada rupa namun jarang sekali aku disukai sesiapa. Setiap hari aku akan berfikir yang aku akan hidup keseorangan sampai bila- bila.

Doakan aku untuk lebih maju pada masa hadapan. Aku teringin untuk hidup normal seperti orang lain.

– Pingu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *