Terima kasih sudi siarkan confession aku ni. Aku tau kat sini ramai orang bijak pandai yang boleh bagi nasihat kat aku dan dia.
Baca tajuk tu terkejut kan? Actually aku pun terkejut.
Baru-baru ni aku ada benda tak puas hati dengan suami aku. Salah satunya aku geram dia asyik layan movies mat saleh yang dalam tu mesti ada scene perempuan seksi. Ofkos la tengok kan semua babak.
Hati aku rasa tak seronok sebab aku teringat ustaz Adnin ada cakap dalam satu video dia tu, dia kata orang yang dalam hati dia takde rasa marah, benci terhadap maksiat ni bahaya, takut iman takde dalam hati sebabnya,
Berdasarkan hadis nabi saw,
“Jika kamu melihat kemungkaran cegahlah ia dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan lisan, jika tak mampu juga cegahlah/bencilah dalam hati, dan itulah selemah-lemah iman.”
Jadi aku risau la perkara ni berlanjutan. Haritu dah la pernah kantoi tengok movies perempuan tayang buah d*d* dia keseluruhannya pulak tu. Takkan la suami aku tutup mata pulak kan part tu? Mesti lah tengok punya.
So bila kantoi dia asyik layan movies mat saleh lagi, aku annoying. Mula lah pergaduhan dan aku bila dah stress tak tau nak luah kat siapa, aku jadikan lah Allah tempat aku meluah.
Malam tu aku amalkan tahajjud. Doa pada Allah, luahkan segalanya kesedihan dan kesusahan yang aku alami,
Sebab aku sedar takkan ada manusia yang paham pun masalah aku dan kesedihan aku ni. Tak caye nanti tengoklah komen yang muncul, mesti akan sebut juga / bash apa yang aku alami.
Jadinya malam kedua pun aku bangun nangis-nangis real punya nangis weh. Aku ngadu semua kat Allah. Sakitnya hati aku tengok suami macam tu macam ni.
Aku doa juga kat Allah yang aku bersyukur ada suami.. tapi aku minta Allah perbaiki suami aku mana yang terkurang di mata aku, malahan aku pun doa supaya Allah jadikan aku isteri solehah dan penyejuk mata pada suami ku.
Nak dijadikan cerita, esok pagi lepas solat subuh tu, suami aku tanya aku.
“Malam tadi berapa lama solat tahajjud? Macam lama je…”
Aku jawab,
“Mana ada bangun..”
Pastu suami aku balas balik,
“Oh tu orang lain la kot yang bangun malam tadi.”
Pastu dia ada nak ajak borak dengan aku sebab dia tahu aku masih marah kat dia.
Dia pun cakap macam-macam.. pastu aku pun cakaplah kat dia, takpelah aku jadikan Allah je tempat luahan aku selepas pada ni, aku takkan kacau hidup dia lagi bla bla.. sebab aku tau takkan ada siapa memahami aku walaupun suami aku sendiri pun.
Pastu korang tau dia jawab apa?
Dia kata,
“Abah (bapak dia) pun selalu bangun tahajjud, tapi buat jugak kat mama (mak dia) macam tu..”
Maksudnya dia nak kata amalkan tahajjud pun bukan boleh buat kau baik, solehah, dan takkan boleh ubah perangai seseorang tu pun…
Aku pun jawab,
“Mungkin abah tak menangis kot masa tahajjud.”
Dia kata mana tak nangis.. abah jenis yang selalu menangis kalau berdoa.
Aku dengar tu terus aku rasa dia nak perli aku ke? Sebab malam tadi aku pun menangis dan aku rasa dia dengar tangisan aku kepada Allah.
Terus aku kata kat dia maksudnya baik takyah amal tahajjud la kan sebab yela perangai kita ni tak leh ubah pun walau amal 10,000 kali tahajjud tanpa henti.
Dan aku rasa down terus. Rasa macam ermm betul jugak, penat-penat bangun bersengkang mata setiap malam nak tahajjud tapi takde bagi makna pun dalam hidup aku. Baik aku tidur je.
Kesan dia esok tu memang aku tak dapat bangun tahajjud pun. Mindset aku meletakkan kebenaran terhadap pernyataan suami aku tersebut.
Memang bodoh juga aku ni dan ternyata syaitan pun dah memang la kot masa ni kan. Bergembira je dia tengok perdebatan aku dengan suami aku tu.
Aku stop kat sini dulu confession aku. Aku cuma nak tanya pandangan korang terhadap isu tahajjud ni. Aku yakin kat sini ramai orang berilmu.
Tolong bagi aku nasihat. Sebab setahu aku bukan ke suami yang perlu mendidik isteri jadi hamba Allah yang bertaqwa?
Bukan ke itu termasuk dalam nafkah batin? Kalau pemimpin pun macam ni, boleh ke isteri tu jadi hamba yang solehah atau dia pun akan terikut ikut acuan didikan suaminya?
Bantu aku guys.. aku pun bukan sempurna. Banyak cacat celanya. Baru nak jadi solehah, dah kena kecam. Thanks korang.
– Dedaunan berterbangan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit