Masih Wujud Cinta Sejati

Assalamualaikum semua. Saya Ain (bukan nama sebenar) berumur 27 tahun. Alhamdulillah sudah 2 tahun lebih mendirikan rumah tangga bersama Felix (juga bukan nama sebenar). Masih belum direzekikan cahaya mata.

Maybe ada yang kata perkahwinan ini masih baru, tapi telah banyak saya tempuhi suka duka.

Pada awal perkenalan dengan suami, saya memang tiada langsung niat untuk berkahwin. Hanya berkawan. Maybe sebab kami berdua sama² datang daripada broken family, jadi kepercayaan kepada cinta dan perkahwinan itu tidak ada.

Kami berdua sebaya, dan masing-masing merupakan anak bongsu. Banyak persamaan betul dengan Felix ni hahaha..

Sepanjang perkenalan dengan Felix, memang tiada langsung bibit² cinta perasaan kepada Felix. Sebab trauma kepada penceraian ahli keluarga. Boleh dikatakan 90% family saya ada yang bercerai. Namun, kebaikan Felix saya tak nafikan.

Pergi dan balik kerja dijemput oleh Felix. Sentiasa bawa saya berjalan, dan tak lupa berikan saya duit 100-300 setiap kali berjumpa. Walaupun keluar semua guna duit dia, dia tetap hulur saya duit. Orang dah bagi kita amik je laa, hahaha

Setelah saya bertukar kerja di tempat yang lebih jauh. Boleh dikatakan 4 jam perjalanan dia tetap datang jumpa saya. Pada waktu itu, saya ingin sambung pengajian ke degree. Walaupun Felix hanya SPM namun dia tetap sokong impian saya nak belajar sehingga PhD.

Macam mana laa boleh berkawin kan kami ni, hahaha.. Ianya bermula apabila rakan sekerja saya nak masuk meminang. Haa tiber pulak kan. Then, saya kata kepada Felix, saja la nada bergurau,

“Ada orang nak meminang saya, tak tahu la nak terima ke tak. Dia seorang ustaz. Kalau awak sayang saya, awak masuk meminang saya, kalau tak saya terima je dia” hahaha padahal memang tak nak kawin pun.

Tiba² matanya berkaca. Hati saya rasa macam ehh dia ni kenapa. Takkan suka aku kot. Lepas tu dia tanya, “berapa hantaran awak nak”. Kau rasa?? Patut ke tak aku jawab.. Hahaha,

Tapi yelah aku jawab je, “seikhlas hati nak bagi berapa. Saya tak cantik, tak pandai masak, keluarga pun bukan yang bagus²” dan pertanyaan saya, “kenapa nak kawin dengan saya?”

Felix membalas, “kita berdua dari broken family, saya nak keluarga yang sempurna. Dan ia patut bermula dengan kita. Saya takkan tinggalkan awak macam mana ayah saya tinggalkan ibu saya dahulu”

Setelah itu, saya buat solat istikharah. Semoga Allah tunjukkan mana yang terbaik. Hari demi hari, rasa sayang saya pada Felix semakin menebal. Tapi saya masih tidak boleh bezakan sayang dan cinta.

Dengan lafaz bismillah, saya memilih Felix. Dengan hantaran saya 5 ribu ringgit, Felix menjadikan saya isterinya dengan perkenalan yang baru setahun lebih.

Permulaan saya sebagai isteri dan juga pelajar degree, menampakkan lebih lagi kebaikan dan tanggungjawab Felix. Nafkah saya setiap bulan 1k. Tidak termasuk barang make up, buku².

Dan dia belikan saya laptop dan phone baru untuk memudahkan saya belajar. Saya tak pernah meminta² namun semua diberikan ikhlas katanya.

Felix bekerja sebagai pemandu grab. Satu yang saya pegang, setinggi mana saya belajar, saya takkan memilih seorang lelaki berdasarkan pekerjaan.

Namun, saya melihat dari kasih sayang dan tanggungjawab. Masih saya teringat masakan saya pertama untuk Felix, “kata tak pandai masak, sedap sangat ni” hahaha saya ni degree kulinari takkan tak tahu masak hahaha..

Setelah setahun mendirikan rumah tangga, kebahagiaan saya hanya sekejap apabila Felix disahkan menghidap sakit kanser limfoma tahap 2. Kanser tersebut hampir dengan paru² dan buah pinggang.

Dunia saya macam berhenti sekejap. Saya ambil keputusan untuk drop semester namun dihalang keluarga mentua.

Ibu mentua dan kakak ipar suruh saya teruskan pengajian. Mereka akan jaga suami saya. Air mata saya tak berhenti mengalir atas setiap kebaikan mereka.

Duit belanja saya kini diberikan boleh ibu mentua dan kakak ipar. Mereka kata, “apabila Felix tak mampu nak beri nafkah Ain, nafkah itu menjadi tanggungjawab kami”

Allahu, saya tidak pernah berlapar atau tiada duit apabila suami jatuh sakit. Semoga Allah membalas kebaikan keluarga mentua saya. Keluarga saya sedikit pun tidak membantu, malah sering meminta duit daripada saya.

Setiap kali melawat ke hospital, saya akan menangis sepuasnya dalam kereta baru saya ke wad suami. Saya tak nak dia melihat saya sedih. Saya kuat untuk dia. Sakit kemoterapi yang dia terima saya saksikan.. Gugur air mata saya, doa tak henti² untuk suami.

Saya tiada siapa di dunia ini, tiada yang lebih menyayangi saya selain Felix. Dia membotakkan kepala apabila rambut semua gugur. Sedih saya melihat. Segala muntah dia, saya bersihkan. Saya jaga dia dengan baik.

Sebaik keluar hospital, dia bekerja walaupun saya menghalang. Felix kata, “saya masih ada isteri, ada tanggungjawab iaitu awak” menitik air mata saya.

Alhamdulillah setelah setahun, keadaan Felix semakin baik. Dia masih bekerja keras. Itulah Felix. Tanggungjawab pada saya tidak pernah diabaikan.

Dalam kesakitan dia masih mencari nafkah untuk keluarga kecil kami.

Saya juga membantunya mencari nafkah. Saya menjual pelbagai jenis dessert dari rumah, kek tapak kuda, brownies, cheese tart dan pelbagai lagi. Alhamdulillah sambutan agak baik. Sedikit sebanyak saya boleh membantu Felix.

Kepada pembaca semua, doakan kami berdua dikurniakan kesihatan yang baik, dan dikurniakan zuriat.

– Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Semoga dipermudahkan urusan korang berdua Aamiin.. Allah uji tp dlm masa yg sama bnyk lg rezeki kebaikan lain yg Allah bg utk sis, beruntungnyaa💙

  2. dah lama tak baca confession yg mampu buat bergenang air mata. semoga sis and husband sihat, hidup bersama sehingga hari tua.

  3. Semoga suami puan diberi kesembuhan sepenuhnya, & tiada lagi penyakit ini di badannya. Dan juga sy doakan agar puan & suami, bahagia dunia akhirat & dilapangkan rezeki. Allahumma amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *