Masihkah Ada Harapan?

Aku Cumi Cumi, bukan nama sebenar. Awal 30an, lawa lagi, mempunyai kerjaya dan 2 orang cahaya mata.

Terpanggil untuk meluah sesuatu yang kian menghantui diri ini. Mencari teman sekapal dan jalan penyelesaian.

Aku dikategorikan sebagai careless. Nama lain, cuai. Tak pun, ambil mudah. Ya, itu aku.

Tapi masalah ini kian menjadi jadi selepas aku melahirkan anak ke dua. Adakah betul mitos mitos urat putus ketika melahirkan anak tu betul.

Apa yang membuatkan keadaan ini lagi teruk, apabila suami aku turut merasakan masalah cuai ini beban yang sangat besar. Boleh di katakan boleh bergaduh besar apabila terjadi kecuaian dari pihak aku.

Jadi aku list kan, apa yang di katakan cuai tu.

1. Apabila aku berbual dengan seseorang yang bertambah2 topik yang tidak aku gemar, hanya 10% saja aku boleh tangkap dan nak paham. Selainnya aku hanya berpura2 macam orang pandai memahami dan mengelamun.

2. Aku sering lupa nk tutup pili air, suis lampu, kunci pintu kereta. Ini kalau terjadi memamg perang dunia lagi la dengan suami sebab dia mr perfect.

3. Kalau ke tempat kerja, dalam seminggu ada saja aku boleh lupa macam macam. Hari lupa bawa telefon, esok bawak bag, etc.

4. Aku memamg cepat lupa lauk lauk dalam peti apa yang ada, lauk mana untuk esok. Jadi memang kelam kabut kadang2 bila barang dapur tak de sebab habis.

5. Aku pernah lupa bawa kunci rumah sewaktu kami sekeluarga holiday. Lastly pintu rumah kene di kopak sendiri untuk masuk ke rumah bila balik dari holiday tu, sebab nak pergi hardware dah pukul 3am.

6. Aku pernah lupa nak bawak bag duit waktu pergi jalan jalan, ic tak bawak, kad vaksin tak bawak, end up semua nya jadi spoil dan bertambah spoil bila suami ku dah mula marah.

Dan banyak lagi lah kealpaan aku tanpa sengaja oleh otak ku ini yang kian merosot. Tambah2 kalau benda yang kene gegas, nak kena siap cepat cepat. Memang ade lah barang yang akan tertinggal.

Jadi, aku nak mintak pandangan korang macam mana aku nak hadapi situasi ini. Memandangkan suami aku dah makin fedup dan meluat gayanya dengan sikap aku.

– Cumi Cumi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *