Masihkah Ada Rasa Itu?

Seperti tajuk, aku seorang isteri dan ibu kepada seorang anak perempuan berumur 4 tahun. Sudah berkahwin hampir 8 tahun.

Sekadar meluahkan sebab makin dipendam makin rasa down. Lately ni aku rasa makin kosong, makin tawar hati dan makin tiada rasa cinta pada suami aku.

Aku tak tahu apa yang menyebabkan rasa-rasa ini. Maaf kalau cerita berterabur, terlalu banyak yang aku pendam, sampai aku rasa hati aku dah mati.

Adakah kerana aku yang terlalu berdikari? Atau kerana dah lama berpisah tempat tidur?

Suami aku sekarang tidur di ruang tamu, alasan nya anak aku tidur buas, anak kalau dari awal diajar untuk tidur buas, lama-lama memang akan terbiasa.

Jadi natijahnya, anak aku sentiasa akan berkepit dengan aku dan kurang dengan ayahnya. Dan jika suami aku nak tidur sekali, anak aku akan mengamuk tak bagi ayahnya tidur sekali.

Suami aku pulak bila anak mengamuk, dia akan biarkan, sepatutnya pujuk la anak tu. Takde inisiatif untuk betulkan, so lama-lama aku sendiri terbiasa tidur berdua je dengan anak.

Bab kerja rumah, suami aku ada membantu tapi dlm 30% sahaja. Yang lain-lain semua aku uruskan. Bab anak memang aku 80% yang handle sebab anak asyik nak dengan aku sahaja. Dan aku sangat penat.

Kalau anak aku tantrum atau menangis, aku yang kena pujuk. Suami aku akan pujuk sekali dan kalau tak jalan dia akan biarkan anak tantrum. Kesudahannya aku yang akan pujuk.

Suami aku juga sekarang mudah marah. Aku sekarang jadi malas nak tanya apa-apa kat suami aku sebab kalau aku tak faham apa dia cakap, dia akan marah.

Aku sejenis hati tisu dan kalau dia tinggikan suara aku mudah terasa. Sebab itu aku jadi berdikari, apa-apa aku dah susah nak tanya suami aku sebab kalau tanya pendapat dia, dia akan jawab, takkan tu pun tak reti fikir, cuba la fikirkan sendiri.

Bab kewangan, kami kerja biasa-biasa ja, tapi urusan anak aku yang akan keluarkan duit dari segi taska, pampers, susu, mainan anak. Aku ok je untuk keluarkan semua itu sebab suami aku dah bayar sewa rumah, bil2 api air.

Cuma kami sekarang macam dah biasa asing-asing contoh duit belanja hari-hari, cukup tak cukup pandai2 laa masing-masing untuk bertahan sampai next gaji.

Sampai aku dah tak rasa kemanisan berumah tangga. Sebab dah takde curhat, jika ada apa-apa masalah aku akan pendam sendiri.

Entah sampai bila, aku pun tak pasti. Sekarang aku hanya follow with the flow. Tapi hati aku mati, sekarang bila bergaduh, dia akan silent treatment sampai masing-masing tiba2 akan bercakap,

Cuma sekarang silent treatment tu walau benda kecik akan silent sampai berhari-hari. Sampai aku jadi terbiasa tak bercakap, kadang kalau dia takde di rumah aku dah terbiasa.

Dia pun kalau keluar pergi mana-mana takkan inform aku. So lama-lama aku jadi terbiasa dah hidup macam ibu tunggal.

So sampai sini je la luahan aku. Ada banyak tapi nanti jadi lagi panjang. Terima kasih sudi baca luahan aku.

Hati yang mati,

– QASEH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Bahagia itu ada dlm diri sis. Jgn letak kebahagiaan itu pada makhluk. Hidupkan hati dgn bertaut pada si PEMEGANG HATI segala manusia,iaitu Allah. Mohon Allah, lembutkan hati suami sis, mohon Allah cmpakkan rasa kasih sayang, ihsan, empati dlm diri suami sis, mohon Allah segala2nya apa sis inginkan.. Allah sahaja yg boleh gerakkan hati suami sis. Jgn putus berdoa utk suami sis.. inshaa Allah semua akan baik2 belaka

    • betul2, di samping tu, busykan diri sis dgn diri sis dan anak2 supaya tak terlalu focus sangat dgn masalah tu sehingga loose track with yourself. Insya allah semua akan baik2 belaka.

    • Betul tu..doa seorang isteri ni penting dalam kehidupan rumah tangga..kena istiqomah..berdoa lah tanpa putus asa..merintih lah segala2 nya pd Allah..jgn pandang kekurangan suami sbb hidup berumah tangga kena saling melengkapi..jaga solat yg wajib,perbanyakkan bt solat tahajud..amalkan zikir bila hati terasa kosong..In Syaa Allah..kekosongan dalam hati puan akan terisi dengan ketenangan..bila kita selalu mengingat Allah pasti hidup kita tenang dan bahagia..

  2. Minta maaf, tp klaw dah kawen tu, buatlah cara org yg dah kawen.. klaw tido pon x sekali, komunikasi kurang, mmg la laki ko rse mcm nk marah jer.. soalnya, sampai bila nk jd camni, sampai dia jumpa awek baru, yg bule layan dia 24/7..? Kena buat sstu.., ank tu makin lama makin besar.., stakat besar fizikal, xpe lagi, ni dgn ‘besar kpala’ skali.. bole marah plak ayahnya nk tido skali.. dua2 kna main peranan.., sbb awk rapat dgn ank, pujuk lah dia elok2, smentara kecil ni bole lg nk pujuk n didik dia, bayngkn kalo sampai besar pon dia buat perangai macam tu.. yg si ayah pon, kna ‘bertegas’ n jgn biar je keadaan berlarutan begitu.. saya cadangkn, klaw ank tu dah besar ckit, cuba ajar dia tido d blk yg berasingan, nt dah lama2 dia biasa la, mula2 nk tido tu mngkin awk bole temankan skejap, lps dia tido awk bole tidur dgn husband di blk sendiri.., di samping tu, cuba baiki smula hubungan dgn suami tu, sbelom terlambat.., sbb kalo dia dah jumpa org lain yg bole jd ‘bedmate’ dia, awk juga yg merana nt.. n good luck.. wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *