Assalamualaikum semua.
Thank you IIUM Confession sebab sudi ‘publish’kan coretan aku kali ni. Aku mungkin tak reti nak menaip semua ayat penuh dalam bahasa ibunda kita ni, tapi kalau ada campur bahasa sikit tu, aku mintak maaf awal-awal dulu.
Masa aku taip ni aku baru je lepas print resume dan aku ingatkan mak aku dah tidur, rupanya dia keluar bilik kemudian pergi ruang tamu. Satu je soalan dia, “Kamu ni nak jadi apa sebenarnya? Asyik tukar kerja je… Tengok macam kakak, dah tahu nak jadi apa, sekarang dia dapat apa dia nak..” Aku dah rasa tak senang duduk, rasa macam nak printer ni guna speed Usain Bolt je, nak suruh cepat habis print semua yang aku perlukan.
Tapi aku jawab jugak soalan mak aku tu. Nur dulu kan nak belajar IT, tapi end up ambik course jadi cikgu. Rasanya rezeki bukan dekat dua-dua tu, sebab tu sekarang masih mencari apa yang sesuai. Dalam aku jawab tu, aku sedih. Sungguh aku sedih. Kalaulah aku boleh teruskan dengan apa yang aku idamkan, kalaulah aku tak perlu ikut cakap orang ambik course jadi cikgu dulu, kalaulah aku ambik bidang IT sekarang, mesti aku bukan dalam keadaan sekarang ni. But after all, He is the best planner. Betul tak?
Aku rasa tak selesa dengan keadaan aku sekarang ni, aku sedar aku tak patut buat macam sekarang, asyik mencari apa yang sesuai untuk aku. Tapi, tak salahkan kalau kita terus buat macam tu sampai kita dapat apa yang kita cari? Aku tahu satu hari nanti aku kena letakkan titik noktah atas apa yang aku buat sekarang ni, keep on job hunting.
Hari-hari aku mintak dekat Allah supaya tunjukkan jalan dan ruang untuk aku dapat kerja sesuai dengan keadaan aku sekarang. Jujur aku mencari kerja yang fleksible untuk aku sekarang ni sebab hujung minggu aku pun padat. Jadi aku tak dapat nak bagi komitmen kalau aku terpaksa kerja hujung minggu jugak. Bukan aku nak jadikan itu sebagai satu alasan, tapi untuk perihal macam ni kita sendiri yang kena cari jalan penyelesaian. Aku adalah pekerja pada hari biasa dan pelajar pada hujung minggu. Nasib baik belum berumahtangga lagi, kalau tidak… bertambah panjang lagi kisah ni nanti.
Aku tahu mesti akan ada yang mengata alah, belum kahwin, belum ada anak, benda macam ni senang je nak handle. Tapi jawapan cliché yang aku nak bagi, setiap manusia kat dunia ni Allah dah tulis jalan hidup dia berbeza-beza. Jadi, mungkin dugaan aku macam ni sekarang, dugaan orang lain Allah bagi macam tu, seriously tak sama.
Tapi satu benda yang aku bersyukur sangat-sangat, rezeki untuk pergi temuduga tu tak putus. Aku ada baca dekat page iium ni, sampai saat ni masih ada yang menunggu panggilan temuduga, masih ada yang usaha untuk mencari, sedangkan aku? Allah bagi ruang, tinggal aku kena bahagikan masa untuk hadir dan andai diterima, semua atas kehendak aku untuk pilih mana yang aku rasa terbaik. Aku percaya Allah nak bantu aku sekarang, sangat-sangat percaya. Dan yang paling besar peluang Allah bagi dekat aku sekarang ni, temuduga untuk jawatan di sektor kerajaan. Korang doakan ye semoga ada rezeki untuk aku.
Cuma yang aku nak kongsikan dekat sini, kerana dhuha aku peroleh peluang dan zat rezeki untuk temuduga ni. Mungkin untuk peluang lain, belum sampai masa Allah nak bagi. Tapi aku sangat-sangat bersyukur sebab sekurang-kurangnya masih ada sinar untuk aku.
Buat mak,
Nur tak mintak benda lain. Hari-hari Nur doa supaya Allah bagi Nur peluang untuk buktikan pada mak yang Nur pun mampu capai apa yang selayaknya Nur dapat. Mungkin Nur tak dapat nak teruskan dengan cita-cita Nur. Tapi selagi kudrat masih ada, selagi Allah masih bagi peluang, Nur akan teruskan jugak misi mencari ni. Nur akan buktikan pada mak yang Nur boleh.
Sebab Nur masih belum ada peluang nak banggakan mak :'(
InsyaAllah mak, satu hari nanti dengan izin Dia.
Akhir sekali, aku doakan jugak yang mana masih mencari kerja sekarang akan dapat pekerjaan yang diidamkan, kuatkan diri dan cekalkan hati.
Yang menanti sinar,
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit