Masihkah Ada Syurga Buat Kami

Hai. Aku Tulip, umur 27 tahun. Masih bujang. Merupakan anak sulung dan ‘breadwinner’ dalam keluarga. Aku cuma nak bercerita, sebab aku ta kada tempat nak meluah.

Aku ada banyak kisah kalau nak cerita, keluarga ku yang bercerai berai sewaktu aku 14 tahun. Tinggal ibu sekejap kemudian tinggal dengan ayah kemudian lari rumah, then tinggal balik dengan ayah.

But now tinggal dengan mak pula. Kehidupan ku berpindah randah.

Sepanjang melalui proses tersebut sehingga kini aku banyak terluka. Banyak kali aku ingin menamatkan hidup ku, tapi kasih sayang Allah menghalang aku berbuat demikian.

Itu lah sedikit mengenai latar belakang ku. Namun yang aku ingin ceritakan kejadian masa kini.

Aku tidak tahu kenapa ibu menjadi seperti sekarang. Ibu mungkin tertekan, tapi ibu tidak tertekan sendirian. Aku dan adik-adik juga tertekan dengan perjalanan hidup masing-masing

Ibuku mempunyai sifat suka menghukum, suka berburuk sangka, apabila marah suka memaki dan menghamburkan kata2 yang tajam.

Adik aku yang ketiga nama dia melati. Ibu selalu menuduh melati menggodam laman sosial ibu, tuduh melati gunting baju ibu, tuduh melati rosakkan barang ibu, tuduh melati buang ubat2 ibu.

Melati kata dia tak pernah buat semua tu dan melati bersumpah, aku percayakan melati sebab dalam diam aku menyelidiki melati agar penilaian ku terhadap ibu dan melati adalah adil

Tiap kali ibu marahkan melati ibu mesti akan sebut s*al, anak derhaka, kurang ajar, masuk neraka. Ibu selalu menyindir melati, dan aku selalu pertahankan melati sehinggakan aku yang bergaduh dengan ibu.

Ibu menganggap itu semua rancangan melati, ibu anggap melati sengaja provok dia dengan cara rosakkan barang ibu dalam diam, hack fb ibu supaya ibu marah dan aku mempertahankan melati

Akibat tidak tahan kerana kejadian sebegini berulang2 sehingga 3 tahun lebih. Melati telah keluar dari rumah pada bulan januari tahun ini

Tapi ibu masih sama, ibu masih menuduh melati hack fb ibu. Ibu masih menyumpah melati.

Ibu pernah cakap dia tidak akan pernah maafkan melati sampai dia mati sekalipun, ibu cakap dia dah tak anggap melati anak dia

Aku sebagai seorang kakak memang sangat kesiankan melati, tapi aku tak mampu buat apa-apa. Aku cuba jelaskan pada ibu tapi ibu tekad melati anak derhaka

Aku juga selalu diderhakakan. Ibu cakap aku masuk neraka.

Ya, aku suka lawan cakap ibu. Sebab ibu provok aku. Aku punya la takut melawan ibu sebab aku tak nak gaduh dengan ibu. Aku sangat takut sampai la aku ada simptom2 ketara pesakit anxiety.

Sehingga pagi semalam ibu memburukkan melati sambil cakap,

“Musuh kita ni orang dekat dengan kita, kawan kita berbual musuh kita”. Aku pun cakap, “Kalau macam tu kita semua tak boleh tinggal sama-sama takut jadi musuh”

Ibu sebelum itu yang memang marahkan melati bertambah marah sambil cakap,

“Lari la kalau nak lari, kalau tahu macam ni baik aku tak ada anak, menyesal aku ada anak, kalau tahu begini baik tak ada anak. Tahu dulu aku bunuh je”

Perkara tersebut buat aku sedih sepanjang hari walaupun bukan kali pertama aku mendengarkan ayat2 tersebut.

Perkataan s*ial, anak derhaka, anak takguna, kurang ajar, masuk neraka, tak terhitung banyak nya menjadi santapan aku dan adik beradik

Aku terfikir masih kah ada syurga untuk kami. Ada tahu ibu mungkin depresi, ibu 2 kali gagal dalam perkahwinan nya.

Dan sekarang masih aktif mencari pasangan hidup yang baru walaupun sudah berusia 49 tahun.

Jangan cakap seek help or cari psikiatri sebab saya tak mampu. Gaji saya hanya cukup untuk perbelanjaan bulanan, bayar sewa rumah, bayar bil, simpanan hanya sedikit.

Maaf kalau confession aku berterabur, aku hanya ingin bercerita, kerana aku masih tidak menemui titik kelegaan walaupun puas menangis semalaman.

Doakan aku dan keluarga aku menemui kebahagiaan kerana perjalanan kami penuh dengan duka. Kisah yang aku ceritakan hanya 1/5 keperitan yang aku hadapi.

Semoga Allah memberkahi kita semua…

– Tulip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *