Untuk part I, (https://iiumc.com/kenapa-ibuku/).
Assalamualaikum and hai semua, aku Dahlia (Bukan nama sebenar). Aku telah baca semua komen2 kalian. Terima kasih atas doa doa yang kalian hamparkan kepada ibuku.
Moga mana yang baik semuanya akan berbalik balik kepada kalian dan mana yang kurang menyenangkan, aku terima pendapat kalian dengan hati yang terbuka. Moga ianya menjadi pengajaran buat kita semua.
Berbalik pada confession ku yang lalu. Ibuku telah membuat keputusan yang tepat untuk kehidupan dan kesihatan mental ibuku. Ibuku akan berpisah dengan ayahku. Melalui cara yang baik.
Walaupun tampak seperti ibu ku tidak rela dan sangat berdukacita. Ibuku wanita kuat dan beliau akan mengharungi segalanya.
Dan biarlah hari ini, aku luahkan perasaanku. Maaf andai kalian tidak selesa coretanku ini. Maaf kata kataku seperti cerpen. Kerna aku suka membaca dan terbiasa menulis begini. Tapi ini adalah kisah sebenar hidupku.
Setelah hari itu berlalu dan peristiwa hitam itu masih berlegar legar dan sentiasa bermain difikiranku. Aku, masih stuck disini. Masih berupaya untuk berlawan dan bangkit dari mimpi ngeri ini. Masih mencuba dan terus mencuba tapi bagaikan tiada kata penamat.
Sakitnya! Begini kah broken family terasa. Begini kah kehilagan sosok yang kita cintai? Terpisah diantara diam dan komunikasi? SAKIT !
Aku tak sekuat ibu, aku masih berlawan lawan dengan perasaanku sendiri. Dan, aku masih teringat kata kata ibuku “ibu rasa sedih sangat dua tiga harinie”.
Betapa ibuku cuba melawan perasaan sedih diraut wajahnya tapi tetap tidak dapat menyembunyikan nya. Melawan hari hari nya dengan secebis semangat. Menyerah kan diri pada takdir dan ketentuan Ilahi.
Ibuku kini telah sedar, tiada guna lagi pertahankan hati yang bukan ditakdirkan untuknya. Hati yang sebelum ini dijaga dengan doa dan semangat seorang ibu dan isteri. Tiada apa yang perlu ibuku pertahankan lagi.
Ibuku telah melakukan sehabis baik sepanjang kehidupan nya. Memperjuangkan,
Ibuku sudah tidak muda dan mampu lagi untuk berdiri teguh mempertahankan HAK nya. Ibuku membiarkan masa yang melakukan segalanya. Dan andai itu takdirnya, begitulah cara tuhan melorongkan nya.
Kini, keluargaku tidak akan pernah sempurna lagi. Tiada lagi ramadhan bersama, tiada lagi, “Harinie ayah masak sup ayam untuk kita berbuka”.
Tiada lagi, “adik, tolong ibu bentang tikar. Dah nak berbuka dah nie”. Tiada lagi tema beraya sedondon lengkap.
Tiada lagi panggilan dari ibuku untuk ayahku, “Abang, tolong bersihkan ayam tua tu. Kejap lagi nak rebus”. “Abang tolong angkatkan ketupat nie”. “Abangg…” “Abanggg… ” “Abanggg..” Arghhh aku rindu. TIADA. TIADA LAGI SELEPAS INI. Dan selamanya akan tiada.
Kini, tiada lagi ucapan ulangtahun “Happy birthday ayang antek ayah” “Ayah rindu ayang antek ayah”.
“Ayang antek ayah, ayah balik. Masak apa tu” “Ayang antek ayah makan apa harinie” “Ayang antek ayah sihat” “Ayang antek ayah buat apa tu?” ” Terima kasih ayang antek belikan ayah baju baru” TIADA ! TIADA LAGI SELEPAS INI.
Tiada lagi coretan pergaduhan dari ibu dan ayah. Tiada lagi gurau senda dari ibu dan ayah. Tiada lagi senyuman dan tawa ibu ayah. Tiada lagi gelagat dari ibu dan ayah. Tiada lagi kenangan kita bersama.
Semua nya seperti berlalu dan takkan pernah jenguk kembali. Dan tiada kata andai masa boleh diputarkan kembali. Semuanya telah terhenti.
Semuanya telah berlalu pergi , pergi tanpa pamitan, tanpa mengucapkan bye terlebih dahulu. Dan semuanya seperti bilik yang kosong tanpa cahaya dan gelap.
Kadang aku berasa semuanya seperti mimpi, mimpi yang buatkan aku tampar diriku berkali kali dan aku tersedar tapi masih stuck disitu. Aku selalu mencuba bangkit dari kehilangan yang bukan abadi.
Sakit bila aku tak dapat nak peluk ayahku seperti dahulu, cium pipi ayahku lama lama seperti dahulu. Dan bergurau senda macam dulu dulu. Semuanya seperti direntap tanpa belas kasihan. Kenapa dan mengapa? Aku masih tiada jawapan untuk itu.
Aku masih sukar untuk bangkit dari perpisahan bukan abadi ini. Bukan kerana aku membenci tetapi semua nya seperti asing dan terasing. Kerna aku adalah anak manja ayahku.
Dulu, aku bangga dengan ayahku walaupun ayahku cuma kuli. Tiada sesaat pun aku tidak bangga menjadi anak manja ayahku.
Kini semuanya seperti pergi tapi bukan kerana kehendak ku. Dan aku masih mencari titik permulaan kenapa ini terjadi . Tuhan, bangkitkan aku dari mimpi buruk ini.
Aku masih berharap yang ayahku akan tinggalkan semuanya dan kembali kepada kami. Menjalani kehidupan dengan kami seperti dahulu. Menjalani kehidupan sederhana kami. Biarlah tak sempurna asalkan ada. Ada seperti dahulu. Bersama tawa dan gurau senda.
Setahun lebih telah berlalu dan aku masih disini . Diruang yang aku terkunci dan kehilangan kuncinya. Sukar bagiku menghadapi nya.
Ya, seorang isteri boleh memilih suami tetapi tidak seorang anak, kerna nadinya bersatu bersama ayahnya. Ada masa aku okkey dengan semuanya tapi ada masa kenangan lama terimbas semula. Dan pasti akan ada titisan air mata. Dan sukarnya untuk aku terus bangkit dan bangkit.
Takkan ada pengakhiran dalam kedukaan ini. Hanya mampu telan dan menerima semua kepahitan ini. Dan moga aku juga tabah seperti wanita hebatku yang bertakthakan “IBU”. Moga syurga firdausi untuk mu wahai IBU.
Untuk wanita yang telah berjaya merampas kesemuanya. Tahniah untuk mu. Tidak lama lagi, kemenangan terbesar akan berpihak kepada mu. Kemenangan yang engkau tagih dan ingin raih selama ini.
Tiada cacian yang kami hamparkan untukmu. Tiada kata kata nista untuk mu. Kerna urusan kita telahpun berakhir didunia tetapi tidak di akhirat. Moga masyar menjadi bukti airmata dan kesakitan yang telah kami alami.
Moga engkau dan seluruh keluarga akan merasai apa yang kami rasai. Ketahuilah, dunia itu bulat dan akan sentiasa berputar. Tidak didunia, dimasyar kita perjuangkan. Demi titisan airmata ibu ku dan kami.
Dan kini kisahku akan berakhir sampai disini sahaja. Aku tutup buku kesedihanku bersama titisan airmata.
Pada kalian yang membaca dan memberi sepatah dua kata. Terima kasih untuk kalian dan moga Tuhan kurniakan kalian syurga tanpa Hisab. Moga kita ada berjumpa lagi dicoretanku diakan datang.
Ini bukan cerpen, ini adalah kisah nyata hidupku. Maaf kelihatan seperti cerpen. Dan Aku, bunga dahlia yang telah layu. Assammualaikum
– Bunga Dahlia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit