Salam, nama saya Limah. Ini adalah luahan saya. Saya mula kenal seseorang namanya Zahid. Kami bekerja dalam bidang yang sama.
Zahid biasa biasa muka melayu gemuk hitam dan pendek tapi orangnya bijak.. Bijak dalam bekerja, knowledgeable dan sesungguhnya mulut manis.
Saya adalah rupa sikit dengan tinggi 170cm ramaila yang nak berkenalan tapi entahlah dengan si gemuk hitam pendek tu juga yang berkenan.
Mula mula kawan saja lama lama asyik whatsapp 24 jam maka bermula la cinta agung kami, kononnya.
Mula mula semuanya indah belaka dalam setahun macam tu, masuk tahun kedua Zahid dah tunjuk malasnya. Malas nak angkat call malas nak jumpa malas segalanya.
Saya layankan saja, adala dekat 4 bulan perangainya begitu, ghosting kan saya begitu saja, tau tau dari kawan tempat kerja Zahid dia dah kahwin dengan intern pejabat mereka.
Saya? Of course la terkujat tak terkata. Saya maki dia dalam text whatsapp sebab buat saya macam ni dan doakan dia mandul.
Mulut saya memang jahat tapi sebab disia siakan main senyap je dan tau tau dapat berita dah kahwin saya rasa okla tu makian saya.
Saya kemudian teruskan hidup adala berkawan dengan beberapa orang tapi tak sesuai.. 3 tahun selepas Zahid kahwin saya dapat text dari dia. Tanya khabar, kerja di mana masih single lagi tak.
Saya reply biasa biasa saja saja dan terus tanya anak dah berapa, Zahid cuma jawab tak ada rezeki. Saya dengar terus menyesal bagi mesej whatsapp sebegitu tapi Zahid cakap bukan salah saya.
Saya biasa biasa saja selepas Zahid text tapi few days after saya asyik teringat pada dia. Teringat yang sungguh sungguh tau. Makan teringat dia mandi teringat, tidur mimpi dia.
Tak tahan saya text dia bagitau rindu. Dia reply dengan kasi emoticon love.
Zahid ajak jumpa dan saya setuju, lepas tu bermula la hubungan cinta tak betul saya dengan suami orang. Saya bagi alasan saya layak dapatkan cinta Zahid sebab saya yang bercinta dengan Zahid dahulu dari isteri nya.
Kawan kawan semua marah sebab saya macam orang angau bodoh muka pun macam dalam dumia sendiri tersenyum senyum dapat text atau call dari Zahid.
Bila kami dating? Lepas ofis saya akan ke pejabat Zahid dan teman dia buat kerja disitu. Saya betul2 dalam dunia sendiri bersama Zahid macam orang angau gila bayang pun ada. Tak macam cinta kami yang sebelum ni.
Setahun benda ni berjalan dan again.. Zahid ghosting saya semula, tapi kali ni saya betul2 macam orang gila, hari hari text, tunggu depan pejabat dia, datang ofis dia dah macam psycho.
Zahid maki saya macam macam dan cakap dia nak mulakan hidup baru dengan isteri dia dan minta jangan ganggu dia. Dia juga maklumkan dia jijik dengan saya sebab nampak desperate sangat katanya.
Hari hari saya menangis teringat pada dia, kawan baik saya sampai cakap saya kena ubat guna guna sebab terlalu teruk keadaan lepas kena tinggal Zahid.
Saya ambik cuti 2 minggu tanpa gaji dan kawan bawa saya berubat dengan seorang tok imam dikedah.
Jumpa jumpa je tok imam tu kawan saya ceritakan semua. Saya angguk saja sebab dah tak daya nak ulang trauma sedih rindu pada Zahid.
Tok imam angguk, tulis ayat quran atas kertas dan bagitau amalkan ayat yang diberi setiap lepas solat. Dia juga maklumkan, cubalah lupakan Zahid tu.. Orangnya jahat.. Itu sahaja cakapnya..
Saya diberi air tawar 2 botol mineral dan kena minum setiap hari. Saya juga dibasuh muka dengan air limau nipis oleh isteri tok imam dengan bacaan alquran oleh tok imam..
Sehari selepas, lepas subuh saya baca ayat yang diberi dan minum air yang ditawar, terus menangis macam tiada hari esok dan terkeluar dari mulut saya yang sangat kecewa dan marah, saya harap Zahid mati accident.
Tapi bila sedar tak baik doa macam tu saya istighfar dan mohon Tuhan lupakan ingatan saya pada Zahid.
Alhamdulillah usaha merawat hati yang kecewa dan doa saya akhirnya dapat lupakan dia dan saya mulakan hidup baru. Sekarang dah berkahwin dengan pilihan hati dan ada anak seorang.
Tapi minggu lepas, kawan lama saya text. “Limah kau dengar berita tak? Zahid meninggal.. accident!!!”
– Limah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit