20 Ogos 2023, 4:05 PM, aku baru habis menonton siri Netflix terbaru, Mask Girl sebanyak 7 episode.
Teringat masa Netflix muat naik poster Mask Girl di Instagram. Aku tersenyum.
Entah kenapa aku rasa ada kena mengena dengan kehidupan sendiri walaupun siri itu belum disiarkan dan aku tak pernah tahu tentang webtoonnya.
Dari segi pandangan mataku sendiri, aku mempunyai rupa paras yang sangat hodoh. Muka aku nampak sangat tidak simetri dengan sangat ketara.
Kulit aku acne prone skin tahap severe. Kulit aku sangat sensitif, jadi kalau ada apa-apa blemishes di kulit muka dan badan, mata orang cepat detect.
Aku mudah dibuli, dicemuh, dihina atas sebab rupa paras aku. Hidung aku typical hidung kembang, hidung jambu air. Makin hari makin kembang aku tengok.
Start dari pemakaian mask mukalah aku jadi lebih yakin untuk sorok hidung.
Kalau orang boleh sepintas lalu ingat muka seseorang yang ada rupa paras yang cantik dan kacak, begitulah aku, orang akan ingat rupa paras hodoh aku walaupun sekali pandang sebab walaupun orang tak tahu nama aku,
(Biasa orang memang akan ambil tahu nama-nama orang yang berupa paras elok je kan?), mereka ingat muka aku.
Kiranya jenis muka-muka hodoh yang orang senang ingatlah tapi sampai ku sudah tak tahu nama aku.
Mask Girl. Aku banyak topeng. Personaliti mereka agak sama.
Yang hodoh mestilah pernah ada rasa nak jadi secantik atau sekacak orang lain, kan? Tak semestinya selebriti terkenal sebab aku lebih terkesima tengok orang biasa yang cantik.
Aku ada beberapa orang kawan, kenalan, dan pembuli aku yang berupa paras sangat cantik.
Permulaan aku menjadi mask girl ni bermula apabila aku scroll gallery di handphone aku.
Aku memang save gambar-gambar mereka yang cantik-cantik ni. Tapi beberapa tahun lepas, baru aku berniat untuk jadikan mereka sebagai personaliti aku tapi berwajahkan mereka.
Aku buka setiap akaun palsu menggunakan wajah mereka sebagai profile picture. Kalau yang memang kaki selfie, memang aku upload sekali gambar-gambar tu sebagai posts di Instagram.
Kalau tengok fake account tu, memang nampak macam pemilik akaun sebenar. Ada yang terkantoi. Ada yang tidak. Yang terkantoi masih tidak tahu itu adalah aku.
Kadang-kadang kalau aku komen di media sosial tentang sesuatu topik, profile picture aku yang orang akan puji dulu. Untungnya mereka yang cantik ni.
Pernah cuba komen benda tak baik, pun ada yang backup. Siap ada suami orang yang dm lagi.
Another tempat yang senang nak pancing lelaki, di app Omi. Berderet chat masuk nak berkenalan.
Sedangkan gambar yang aku gunakan tu sebenarnya gambar kenalan aku yang dah kahwin dah pun.
Aku pilih yang paling cantik daripada yang lain sebab muka dia persis Hannah Delisha tapi versi Arab Pakistan gitulah, ikut baka ayahnya.
Misi aku yang lain ialah nak balas dendam dekat pembuli aku. Ya, dia cantik.
Aku memang aim nak takut-takutkan dia dengan mewujudkan akaun-akaun palsu ni semua.
Bayangkan betapa seramnya kalau ada akaun lain yang view story kau tapi pakai profile picture muka kau.
Profile picture tu pulak daripada story yang kau baru upload. Jadi, daripada viewers tulah kau akan detect dalangnya, kan?
Tak lama kemudian, aku tengok followers & following Instagram berkurang. Padahal aku boleh hide view story di Instagram, jadi aku masih selamat sebab aku tak diremove.
Disini, nampak aku villain kan? Bukan mangsa.
Tapi kalau nak cerita pengalaman dibuli, segala mental torture yang aku alami, akan buat aku jadi lebih geram dan berdendam dengan pembuli aku.
Misi masih berjalan dengan lancar sebab aku ada partners in crime.
Mangsa buli lain mungkin pilih untuk forgive and forget, tapi aku pilih jalan ini sebab hati aku sakit tengok pembuli ni semua bahagia dengan kehidupan sekarang. Perkara ini berlarutan sampai sekarang.
Banyak apps aku perlu buka sebab aku suka tengok notification masuk sebab orang like, comment, tag, chat aku. Rasa diri ini dipandang.
Rasa orang nak berkawan dengan aku. Kadang-kadang borak pasal lain, tapi ada je komen suruh drop skincare routine.
Ada juga akak-akak yang dm nak tanya tips besarkan aset sebab gambar-gambar kawan aku memang ada yang tunjuk aset. Tapi pemikiran aku, ni mesti lelaki.
Kalau aku dah banyak buka akaun palsu ni, susah nak husnuzon lagi-lagi kalau yang minta tips besarkan aset, buang bulu private part, etc walaupun profile picture tu guna gambar mak dan anak.
Bagaimana dengan pengakhiran semua pendustaan ni?
Aku pun tak pasti. Yang lain mungkin aku boleh buang kesemua akaun palsu mereka, tapi tidak untuk pembuli aku.
Untuk pembuli aku, aku boleh bertahan lama untuk kacau hidup dia.
– Mask Girl (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit