Masuk Asrama atau Tidak?

Assalamualaikum. Anak aku tak lama lagi nak sekolah menengah. Aku tak tahu keputusan untuk tak hantar ke asrama ni betul atau tak untuk anak aku sebab dia ada minta untuk duduk asrama. Anak aku perempuan.

Aku sebenarnya secara personally tak nak dia duduk asrama sampai lah lepas SPM. Ni berdasarkan pemerhatian aku dan pengalaman aku.

Sebagai permulaan, aku cerita dulu background. Adik beradik atas aku semua sekolah SBP dan MRSM. Tapi time aku, mak aku minta stay sekolah kat rumah, sama juga dgn adik-adik aku. Masa tu arwah ayah aku dah meninggal dunia.

Pertama, orang kata bila duduk asrama, jadi lebih berdikari, lebih berdisiplin. Ni aku rasa tak semestinya. Abang aku bila balik dari asrama, sebakul baju kotor dia bawa balik, yang susah disental pulak tu. Kiranya weekend balik untuk bagi baju kotor kat mak aku untuk basuh.

Sampai sekarang perangai tak reti urus sendiri.

Kakak aku pula dan abang aku yang lain juga, bila balik rumah, macam balas dendam tidur. Mak kata biarlah, penat belajar kat sekolah.

Sudahnya memang diorang tak bantu buat kerja rumah. Macam prince dan princess pula sampai habis cuti sekolah. Kami adik-adik ni dikerah untuk mereka pula.

Kakak aku sampai sekarang haram masuk dapur. Dulu masa sekolah alasan penat belajar, sampai sekarang patutnya tak ada alasan lagi.

Akhirnya anak-anak dia memang susah nak dapat makan air tangan mak sendiri. Anak dah berderet pun, masih lagi membuta ke tengahari.

Dari segi berdisiplin, abang dan kakak aku biarkan anak-anak diorang tidur lambat, siang hari tidur, malam main pc dan game. Macam tak ada apa yang abang dan kakak aku belajar pasal disiplin masa sekolah asrama dulu. Padahal, masing-masing produk SBP dan MRSM.

Dalam hal ni, mak aku yang belajar setakat SPM ni lebih berdisiplin dari segi urusan rumah dan pelajaran anak-anak.

Pasal pelajaran lah mereka dapat kerja yang elok sekarang ni, tapi bila dah ada anak-anak sendiri, aku tengok masing-masing buat tak kisah pasal pelajaran anak sebab mak ayah nya konon dah kategori “affordable”.

Anak malas belajar pun tak pe, mak ayah mampu tanggung kalau nak ke swasta sskalipun.

Kedua, orang kata duduk asrama ni boleh belajar bersosial, bermasyarakat. Aku rasa lebih kepada belajar untuk survival.

Di asrama, kau nak hidup, kau kena respect senior, kalau tak kau kena buli. Kau kena pandai nak hidup bila berhadapan dgn rakan-rakan yang “strong character”.

Bila kau dah diberi macam satu restu untuk dapat satu geng yang “strong”, kau ada tiket untuk buli dan peer pressure orang lain. Kau juga kena pandai untuk cari kumpulan kawan.

Kalau kau beg to be different, nasib kau lah. Kalau kau mental strong, kau boleh survive sampai habis SPM. Kalau tak, menangis-menangis dan kau ciptalah drama untuk mak ayah kau keluarkan kau dari asrama.

Perangai berkumpulan dan pembuli ni, biasanya terbawa-bawa sampai ke universiti dan sampai ke tempat kerja. Bagi aku, ini bukan hidup bermasyarakat.

Kau tak boleh hidup dgn jati diri kau sendiri sampai terpaksa “follow” geng-geng yang strong character ni walaupun ternyata apa diorang buat tu salah.

Aku sekolah harian. Masa kat universiti, 80%-90% pelajar course aku adalah daripada SBP dan MRSM.

Aku saksikan sendiri budak sekolah harian yang kena buli hanya sebab kau tak join all these groups’ stupid action. Aku sendiri pun pernah kena juga. Pernah kena dipulaukan sampai aku habis degree.

Tapi aku ni jenis keras hati. Aku buat tak tahu je. Dalam ramai-ramai tu, ada juga yang simpatisan. Depan geng, diam tak cakap apa. Tapi belakang geng, diorang bagi kata semangat dan sokongan pada aku.

Sebab apa? Takut diri sendiri dipulaukan lah, walaupun tak setuju dgn tindakan mereka yang lain. Kiranya apa, nak survive, kau kena belajar jaga periuk nasi sendiri.

Ini ke hidup bermasyarakat? Aku rasa macam munafik ada lah. Sebab kau nak survive, kawan kau buat kerja bodoh dan jahat, kau tutup mulut. Lama-lama geng yang strong character ni dominon, masa tu kau tegur apa sekali pun tak jalan.

Geng ni rasa dia berkuasa dan terbawa-bawa character tu tanpa rasa bersalah. Sebab tak ada orang tegur. Cikgu mana tau, warden mana kisah. Sampai dah kerja dan jadi orang tua, macam tu lah masih perangai dia.

Bila kerja, kau jadi orang yang ikut sahaja sampai perangai buli tu terjadi di tempat kerja. Aku masa kerja pun, pernah kena pulau dan budak-budak yang pulau aku ni semua geng asrama.

Tapi aku jenis tak peduli. Sebab aku yakin rezeki tu Allah yang bagi. Aku takkan please golongan yang buat jahat semata-mata nak hidup. Aku lebih risau pandangan Allah kat aku.

Bila dah kerja, kau tak boleh buli macam sekolah dan asrama dah. Cara bulinya lain sikit masa kerja. Disebabkan perangai aku yang tak nak follow, berbululah mereka ni.

Padahal masa aku sekolah harian, aku tak jumpa la perangai macam budak sekolah asrama ni. Maybe sebab kat rumah, ada mak ayah yang boleh tegur lagi.

Ketiga, orang kata duduk asrama ni especially SBP dan MRSM, kau boleh jadi orang berjaya dan leader. Aku tengok budak course aku, 30%-40% missing in action.

By the way, aku grad oversea. So yang tau negara mana tu taulah. yang repeat year, takyah cakap lah. Ni semua budak SBP dan MRSM.

Yang survive sampai grad, aku rasa adalah separuh daripada jumlah pelajar. Bila aku kerja, aku jumpa ramai budak sekolah harian, yang lebih berjaya.

Apa yang kau belajar masa SBP dan MRSM ni very berstructure dan bagi aku, kau tak boleh expect that this life is in structure macam kau kat sekolah. Faham tak maksud aku?

Kau boleh excel, sebab kau ada cikgu-cikgu yang bagi latih tubi, yang boleh bagi info untuk kau berjaya di alam universiti, kau ada infrastructure, ada kemudahan sekolah dan sebagainya.

Tapi yang sekolah harian ni, mereka kena survive. Pandai-pandailah cari cikgu tuisyen, cari latihan, cari info daripada sekolah lain.

Cikgu kat sekolah, tak semuanya macam cikgu SBP dan MRSM yang sememangnya dilatih. Setahu aku cikgu MRSM dan SBP ada link each other, boleh dapat soalan spot exam.

Aku ni pun dapat pergi oversea, aku cari info sendiri. Badan kerjaya ke, badan kaunseling ke, tak feed that info. Setakat ceramah motivasi adalah. Aku juga bukan anak cikgu. Miskin dan anak yatim pula tu. Sumber maklumat aku very limited.

Aku dengan tak malunya tanya seorang teacher sekolah aku sebab aku tahu anaknya sambung belajar ke oversea. Aku follow nasihat teacher tu, kat mana nak tengok iklan pengambilan lepas spm.

Alhamdulillah rezeki aku lah kiranya berjaya dalam interview ke oversea. Kawan-kawan aku yang sekolah harian pun ramai yang jadi doktor, cikgu, engineer dan sebagainya.

Kawan-kawan oversea yang background SBP dan MRSM ni ada yang stuck in their life sekarang ni, aku tak nak sebut detail. Sebab rezeki ke depan kita tak tahu.

Tapi just nak bagitahu. SBP atau MRSM bukan penentu masa depan kau. Tapi kau ada peluang yang sangat besar untuk berjaya sebab semuanya dah disediakan oleh cikgu dan kementerian, tinggal kau nak pilih je.

Keempat, duduk asrama ni kau lebih cenderung dapat pengaruh rakan sebaya. Aku ambil contoh abang aku, hampir drop universiti, kawan dengan geng merokok sampai abang aku merokok.

Kakak aku pula sibuk bercinta dan bonceng dgn lelaki ke sana sini. Abang aku yang lain pula kena buli, end up jadi pembuli sampai hampir kena buang sekolah.

Mak aku masa tu rasa hopeless. Mak aku pernah cakap, dia rasa menyesal pula hantar anak sekolah asrama. Hari-hari mak aku termenung, tak lalu makan, teringat anak-anak.

Solat dan doa kat anak. Bila kau jauh dari mak ayah, siapa paling dekat dgn kau? Mesti lah kawan. Sebab tu bila time aku, mak aku tak bagi aku pergi asrama. Walaupun aku dapat tawaran SBP dan MRSM.

Mak kata biarlah dia boleh jaga anak sendiri dari dekat. Alhamdulillah aku dgn adik-adik still boleh score exam, semuanya masuk universiti.

Mak aku pun boleh pantau adik-adik lelaki aku, dengan siapa mereka berkawan. Sampai sekarang mak aku regret sebab abang-abang aku merokok asbab follow kawan masa sekolah asrama.

Kelima, bila kau duduk asrama, kau tak dapat hayati kesusahan keluarga. Abang dan kakak aku selalu telefon minta duit kat mak. Punya mak aku susah hati, tak bagi duit kang, takut anak-anak buat benda tak baik, nak bagi duit, kami kat rumah pun hidup sekadarnya.

Aku tengok abang dan kakak aku sampai sekarang hidup lavish. Membazir lah senang cakap. Aku dan adik-adik dulu masa sekolah malas nak cerita lah kisah susah dulu, pendek kata, makan, pakai semua sekadarnya.

Abang dan kakak aku pula berkawan mostly anak orang senang juga lah di MRSM dan SBP. Kalau susah pun, masing-masing berlumba nak tunjuk senang.

Nak makan pizza hut, kfc, nak ada handphone canggih. Padahal duit PTPTN. Semua nak follow kawan. Tak sedar betapa survive nya mak fikir pasal duit.

Masa aku universiti pun, aku tengok mostly macam tu lah. yang sekolah asrama ni follow kawan-kawan. Sibuk beli barang branded, aim nak beli itu ini, bukan keperluan pun. Aku dan dua tiga kerat sekolah harian ni, buat tak kisah je.

Ye lah macam aku memang kategori susah, kawan-kawan aku yang sekolah harian pun sama. Dapat biasiswa, duit tu guna untuk bantu keluarga. Untuk diri sendiri ni jatuh nombor kedua. So kitorang ni bukan jenis suka spend. Takde nak fikir beli itu ini.

Keenam, kau mungkin tak berapa rapat dgn adik beradik. Sebab perangai senior junior kau terbawa sampai kat rumah. Kau buli adik-adik kat rumah.

Sebab kau kat asrama, kau survive nak hidup, kat rumah pun kau buat benda sama. Adik-adik yang tak follow kau, kau cari adik-beradik yang boleh sokong kau dan pulaukan adik-beradik yang tak sokong kau.

Kalau adik-beradik yang tak sokong kau, terpaksalah dia kena tutup mulut dan diam. Kadang-kadang bila dah duduk asrama, kau lebih rapat dgn kawan, daripada mak ayah dan adik beradik kau yang lain.

Sebab tu lah aku tak suka perangai budak asrama, toksik. Bukan tak ada yang baik, tapi yang baik ni selalunya kena diam dan tak melawan.

Biasanya tak popular dan orang tak heran atau sedar kewujudannya.

Aku kalau boleh nak anak-anak aku kenal dan rapat dengan adik beradik sendiri. Aku nak pantau prestasi akademik, sahsiah dan akhlak mereka sendiri. Aku nak anak-anak tahu betapa susah mak dan ayah dia cari duit, hantar dan ambil mereka sekolah hari-hari.

Aku nak tegur mereka kalau mereka buat salah, aku nak peluk mereka hari-hari, aku nak figur mak ayah tu lagi besar daripada kawan-kawan.

Lepas SPM nanti, anak aku nak pergi belajar mana sekalipun aku tak nak halang dah. Nanti mesti dia rindu kat rumah, dia akan balik juga.

Kalau dah selalu spend time kat asrama, dgn kawan-kawan, dari kecil lagi, kau tak nampak dah kepentingan rumah, kau selesa hidup kat luar. Kau tak perlu dah mak ayah, kau tak perlu dah adik-beradik yang lain.

Aku rasa anak aku nak duduk asrama sebab rasa macam cool duduk asrama. Macam aku dulu, ada rasa macam tu lah. Rasa cool budak asrama sebab ada baju uniform, balik asrama bawa beg, daftar pergi bawa baldi semua. Ada geng kamcing kat asrama. Cool lah nampak.

Aku pernah minta nak duduk rumah sewa dengan kawan-kawan since mak aku tak bagi duduk asrama, aku test sebulan dua masa form 5 tapi lepas tu aku taknak dah. Taubat.

Baik aku duduk rumah, aku hantu tengok tv. Segala mak nenek cerita aku tengok dulu, Pi Mai Pi Mai Tangtu, Spektra, CSI, La Usur Padora, Yo Soy Betty La Fea, Rosalinda, Marimar, GTO, winter sonata, autumn in my heart, F4 dll. Syok lah duduk rumah.

Bila-bila masa aku nak tengok, bila-bila masa aku nak tidur, bila-bila masa aku nak belajar, aku boleh tentukan sendiri. Aku nak tidur tutup lampu ke, nak bangun buka lampu ke, tak payah kisah siapa-siapa.

Rasa freedom. Bila mak bagi aku pergi oversea lepas form 5, mak kata dia tak risau kat aku dah sebab tahu aku pandai jaga diri.

Alhamdulillah 4 tahun kat oversea, aku survive. Habis juga degree. Tak ada terlibat kegiatan tak bermoral, walaupun peluang untuk terpengaruh tu besar.

Dengan bebas giler tak ada pemantauan mak ayah. Aku juga masih suci, walaupun kalau nak buat maksiat tu bila-bila masa boleh, sebab tak ada siapa tahu. Nak berpeluk, berkepit, semua boleh.

yang dari lelaki jadi perempuan, yang dari perempuan jadi lelaki. yang kulit hitam jadi putih melepak. yang hidung penyek jadi mancung.

Nak bersekedudukan. Nak sewa sekali lelaki perempuan. Eh duduk oversea tak ada orang kisah.

Tapi aku dgn ilmu agama kat sekolah, dengan didikan mak, aku tahu halal haram. Dengan kepercayaan dan doa mak, aku berjaya harungi peer pressure kena pulau, social pressure yang tak ada ramai kawan melayu, language barrier nya lagi.

Kalau nak ikut, boleh je kena depression ke apa. Tapi mungkin sebab umur tu dah matang, alhamdulillah boleh lah survive.

Aku risau umur 13 tahun tanpa pemantauan dan perlindungan mak ayah, lain yang diharapkan, lain pula jadinya. Apapun aku rasa apa-apa pun balik kepada mak ayah juga.

Ni pandangan aku lah. Mungkin yang ada pandangan lain, boleh lah lontarkan. Aku nak tahu juga. Especially yang dah ada anak yang sekolah menengah dan dewasa. Supaya aku boleh tengok balik betul ke tidak tindakan aku ni.

Mana-mana mak ayah semuanya nak terbaik untuk anak. Kalau pilih asrama pun, sudah tentulah keputusan terbaik untuk dia. Let’s don’t judge ok. Keluarkan pendapat masing-masing saja. Dan kita buat penilaian masing-masing.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *