Masyarakat Yang Kontras

Saya sudah bosan menonton atau membaca cerita tentang konfrontasi suami – isteri.

Kadang kepala saya jadi sakit kepala apabila membaca dan menonton cerita yang menelanjangkan masalah rumahtangga.

Macam biasa, kalau tak pasal kahwin paksa, mesti suami – isteri curang.

Dan seperti biasa, mesti orang tua sebelah suami-isteri / kawan sekerja / kawan sembang akan bagi nasihat motivasi seolah-olah dialah terpaling suci; langsung tiada ujian diberikan Tuhan ke atasnya atau keluarganya.

Masalah rumahtangga yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan hanya perbincangan suami-isteri, semakin lama semakin membesar apabila campur tangan orang ketiga.

Lebih parah lagi ada yang termakan dengan dakyah daripada pengamal perubatan tradisional, konon-konon ada orang yang menghantar sihir.

Jika benar orang tua / kawan / jiran / pawang tradisional boleh menyelesaikan masalah rumahtangga, sudah tentu ilmu munakahat itu tidak ada dalam kitab Feqah.

Dalam munakahat, Ulamak muktabar telah menggariskan panduan kepada pasangan yang berumahtangga apabila berlaku permasalahan dalam rumahtangga.

Dalam kursus pra perkahwinan juga, kita para suami / isteri sudah diberikan pendedahan tentang pentingnya menjaga keaiban para pasangan masing-masing,

Dan sebelum masalah kita dibawa ke Kaunselor, hendaklah diselesaikan dengan kaedah yang terdapat dalam silibus pra perkahwinan.

Suami jangan menceritakan kain dalam isteri dan isteri juga jangan mudah menelanjangkan kekurangan pasangan dengan orang luar.

Ironinya meja perbincangan di antara suami – isteri yang berseteru seolah-olah tidak dipedulikan lagi.

Golongan seperti ini suka mengambil jalan singkat dengan menceritakan kepada manusia yang tidak boleh memegang rahsia dengan baik; mulut tempayan.

Dewasa ini, membuka aib / pekung pasangan sudah menjadi rutin harian bangsa saya. Seolah-olah dialah terpaling tersakiti berbanding penganut agama lain.

Dan lebih menyedihkan lagi, atas nama ‘content’ (kandungan), tanpa bersalah suami-isteri bangga bergaduh, bermusuh dan mendedahkan di khalayak bahawa mereka sedang bercerai.

Kadang saya berasa hairan. Mengapa individu seperti ini mahu dijadikan idola sebagai ‘Content Creator’ (pencipta kandungan) sedangkan video / cerita yang dihasilkan memberikan pengaruh yang negatif kepada pengikut (follower) mereka.

Dan adakah melihat kehancuran / keruntuhan rumahtangga seseorang salah satu bentuk kepuasan ?

Jika benar, ianya satu cara untuk mendapatkan kepuasan, teruskan lah menjadi batu api apabila pasangan suami-isteri menghadapi krisis.

Dan jika yakin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keburukan pasangan, teruskan meluah.

Semoga anak-anak anda tidak meniru apa yang kita telah sajikan kepada mereka, tanpa kita sedar.

Nampak sangat kita sebenarnya masih kecelaruan identiti (Pengamal sunnah) sehinggakan kita terlupa dengan hadith Nabi Muhammad s.a w bermaksud,

Anak-anak ibarat kain putih yang bersih. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), kedua-dua ibu bapanyalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

(Hadis Riwayat Bukhari).

– Taufix Skilo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *