Hi assalamualaikum nama aku loq. Bukan matmaslan. Asal kl tapi study di sebuah universiti di tanah borneo. Harini aku nak cerita pasal diri aku. Pengalaman hidup aku sebagai sorang introvert. And lagi satu sebelum apa apa hal introvert pun reti bab bab humurous ni okay hehe cuma dia tak reti nak tunjuk je. Aku taktau nak mula macam mana. Tapi aku sedar bila perangai aku ni bila aku masuk satu mrsm ni waktu aku Form 4. Sebelum tu aku sekolah asrama lelaki dekat tengah bandar kl. So memang takde bergaul rapat dengan perempuan.
Bila aku masuk mrsm ni sumpah memang aku culture shock betul. Dengan studynya, jadual sehariannya and pergaulan dia. Pergaulan dia bukan maksud open macam tu. Maksud aku, aku kan jarang nak berkawan dengan perempuan so macam tak selesa bila ada perempuan tak kenal nak dekat dengan aku. Serious aku dekat rumah pun bukannya ada kawan sangat. Yelah duduk asrama bila masa naik cari kawan dekat rumah. So aku ni memang takut la bila ada perempuan cuba nak dekat dengan aku. Tapi takdelah sampai tahap aku jadi gay pi minat lelaki. Minat perempuan tu memang la cuma aku memang takkan start conversation dulu.
Pernah ada sorang ni aku tak rapat dengan dia lepastu dia boleh selamba pergi duduk sebelah aku. Berborak macam takdehal. Tangan aku memang tak payah cerita la. Berpeluh satu hal lepastu mengigil macam kena parkinson. Aku pernah cerita dekat parent aku. And dorang faham yelah dah dorang sendiri hantar anak dia masuk asrama lelaki ni la akibat dia. Hahaha. So dipendekkan cerita perangai aku memang berubah 180 darjah. Dari seorang yang periang jadi pendiam. Pendiam sikit la. Dulu bergelak sakan sekarang macam cuak cuak sikit.
First 6 months dekat mrsm tu sumpah itu pertama kali aku bergaul dengan perempuan yang matang. Aku belajar apa dorang nak apa dorang benci. Btw siapa introvert mesti tahu ni. Introvert suka belajar by memerhati and mendengar. Aku perati member member aku yang couple ni. Apa makwe dorang suka yalah twitter fb insta kan ada. So aku baca dari situ. Dorang merengek nak itulah nak inilah. Lepastu aku pun jenis pendengar yang baik. Dekat situ pun aku belajar dari cerita dorang. Kejap kutuk kejap sayang. Last last break jugak. Kahkah takdelah gurau je.
Then after a year, sedar tak sedar aku slowly jadi wise dalam bab relationship huhu. Kalau aku cakap ni mesti korang tak percaya. Aku tak pernah couple seumur hidup aku. Cinta monyet tu adalah tapi cuma bertahan sampai darjah 4 je sobs sobs. Aku mula pandang jauh. Apa guna couple bagai nak rak, rak pulak runtuh. Baik aku cari bini terus. Buang masa je couple tapi takde fikir pasal masa depan asyik dok fikir relationship goals. Surprise itu ini last last tak kemana. Kalau yang memang ada komitmen nak pergi jauh tu memang aku tabik. Tapi jarang la couple dari sekolah boleh tahan sampai boleh kahwin.
Then aku cuba slow slow build relationships dengan perempuan. Dulu dari tak boleh nak bercakap asyik tergagap je sekarang dah boleh diajak berborak. Cuma kelemahannya…. aku memang tak boleh eye contact dengan orang yang aku tak rapat. Tapi kalau interview kalau ada lelaki haaa yang tu jelah aku pandang mata dia. Hahahaha
Bila jadi introvert ni susah. Orang taktau pun kau introvert. Kadang kadang dorang ingat kita sombong. Jarang bercakap. Lagi parah kalau introvert yang rabun. Dahlah rabun tak nampak orang tu lambai lepastu kita pulak taktau nak senyum ke tak, dah sah dah la dorang fikir aku ni sombong. Tu baru bab pandang belum bab whatsapp call apa semua. Species macam aku ni aku jenis takkan start dulu. Lagi satu ni pun rasa kalau aku sebut mesti korang tak percaya jugak. Seumur hidup aku, aku tak pernah call lebih dari sejam. Parent aku pun paling lama aku call rasanya 40 minit je. Tu pun sebab aku homesick masa form 1 dulu kahkah. Mungkin sebab cara parent aku besarkan aku, aku pun jadi macam ni. Tapi serious la. Introvert ni lebih banyak terima whatsapp, mesej, call banding hantar kat orang. Hahaha.
Last but not least, serious hidup sebagai introvert adalah sikit serupa macam hidup guna moto “pergi mampos”. Cuma aku ni sebab tak disengajakan je. Bila ada tengah mengamuk ke sedih ke. Aku lebih suka perati dari cuba pujuk dan sebaliknya. Aku lagi suka kalau dorang ni biarkan aku macamni je. Sebabnya aku tak reti nak menerima. Kang orang salah tafsir lagi huhu. Tapi yelah deep dalam hati aku nak jugak secebis affection and compassion. Hahaha okay la cukup sampai sini. Gerak lu
– loq
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit