Mat Si Kacang Hantu

Assalamulaikum.. 20/02/1989, 29 tahun yang lepas maka terlahirlah seorang hamba Allah yang terpuji lagi bijaksana maksud namanya tapi hamba Allah ni ada panggilan glamour yang melekat sampai sekarang, Mat Kacang Hantu.. hehehe..

Ok, bersampena hari lahir si mat kacang hantu ni, aku nak cerita sikit pasal dia. Aku si yang pendek tapi comel adalah adik bongsu si mat kacang hantu ni .. Kenapa kacang hantu ? Mesti korang nak tahu kan, meh aku nak cerita.. Mat kacang hantu ni adalah anak sulung dari tiga adik beradik pada pasangan Pak Amid dengan Mak Nab. Pak Amid kerja meniaga ayam dekat pasar, Mak Nab pulak menjahit baju dekat rumah jadi mat kacang hantu ni selalulah jadi posmen Mak Nab hantar baju siap orang tempah dekat rumah diorang, yang jadi masalah besarnya bila di suruh hantarnya pagi tapi sampai ke maghrib baru sampai balik rumah, apa lagi Mak Nab bukak pembesar suara dekat mat kacang hantu, memang selalu ataupon wajib la kalau di suruh Mak Nab hantar baju, begitu perangai dia.. Nak tahu mat kacang hantu buat apa ? dia mandi sungai la diknon oi,kacau lembu makan la, tak pun di pergi panjat pokok rambutan hujung kampung sana dengan geng mat hantu dia sampai pernah tuan pokok rambutan tu mengadu dekat bapak pasal mat kacang hantu and the geng selalu belasah rambutan dia bila musim rambutan, bapak dah lali dengan orang kampung mengadu domba mat kacang hantu punya nakal, bapak hanya boleh mintak maaf ja, nasihat harini elok esok buat balik, bila Mak Nab marah bapak selalu cakap “biasalah budak-budak”.. Mat kacang hantu ni nakal ja tapi tak jahat, boleh dikatakan macam-macamlah peragai mat kacang hantu sampai melekat gelaran tu sampai ke sekarang.

Aku ingat lagi, abang aku nombor dua pernah cerita, masa kecik-kecik dulu waktu mak sibuk menjahit masa tu bulan puasa nak raya, aku menangis jadi mak suruh mat kacang hantu ni buat susu dekat aku, di bantainya tepung buat susu ke aku padahal sebelum sebelum ni dia pernah ja tolong mak buat susu dekat aku, dia siap suruh abang nombor dua aku senyap jangan bagitahu mak, katanya nak buat ekperimen dan apa la malang aku yang di jadi bahan uji kaji tu, takguna punya kacang hantu nasib aku sihat sampai sekarang dan sampai sekarang dah 24 tahun mak tak tahu mat kacang hantu pernah buat ekperimen mengarut budak umur tujuh tahun buat susu ganti dengan tepung bagi dekat anak bongsu
dia ..

Bila dah meningkat usia, semua dah bersekolah, aku di sekolah rendah, mat kacang hantu dengan abang aku yang sorang lagi pon dah ke sekolah menengah, nakal si mat ni makin kurang tapi tetap nakal.. Bila waktu nak sukan jer dia dah mula runsing, apa taknya mat kacang hantu ni manusia si pembenci sukan, tak macam aku dengan abang sorang lagi, dia dah mula rancang lari pagar belakang sebab tak nak ambil bahagian dalam sukan tapi kantoi dengan cikgu dan padahnya Mak Nab di panggil ke sekolah, apa lagi balik dari sekolah kali pertama dan terakhir tengok mat kacang hantu kena bantai dengan mak.. Hari-hari sukan lepas tu dia tetap benci sukan tapi dia tak lari pagar belakang tapi sembunyi dekat tandas berdasarkan apa yang kawan-kawan dia pernah kantoikan rahsia dia masa datang beraya dekat rumah, apa punya abang laa, benci sukan teruk nak mampus, hahaha.. Bola sepak ? memang idak le si kaki bangku mamat ni..

Tapi dulu selalu kesian dekat mat ni sebab bila ada perjumpaan keluarga ja, kenduri kendara ke raya ke mesti ada spesis makcik-makcik bawang yang suka nak bezakan dia dengan anak-anak jantan diaorang dan paling geram memang tak boleh lupa siap ada pakej bodohkan si mat dekat ramai sedara-sedara, yela upsr dengan pmr masa tu si mat ni banyak main dengan nakal lagi jadi result teruk lah, itu semua jadi bahan gelak ketawa diaoranglah, bapak selalu suruh sabar,sabar,sabar ja bila orang kata dekat kita tambah-tambah lagi bila orang tu ahli keluarga tapi Mak Nab kurang sabar, bodohkan anak dia mak mana yang nak tengok ja, bom atam pon terlancar laa, hehehe..

Tahun 2006 atau 2007 tak pasti tapi masa tu mamat ni umur 17 tahun kiranya nak spm la tahun tu tapi nak di jadikan cerita bapak kemalangan jalan raya dan bapak cedera agak teruk dan doktor nasihatkan bapak rehat dan bapak banyak baring dan perlukan pertolong kalau nak bergerak dan si mat kacang hantu ni buat benda gila nak berhenti sekolah dan meniaga ayam yang bapak usahakan selama ni, asabab utamanya dia anak sulung dan tak akan nak biar mak menjahit baju sahaja dan duit takkan cukup untuk bawak bapak ke hospital dengan kos ubat,pengakugkutan, makan minum satu keluarga lagi.. Pada awalnya mak dengan bapak memang menentang tapi rupanya dalam senyap dia mintak berhenti sekolah dekat cikgu dia dan kami semua hanya tahu bila dah seminggu cikgu dia datang rumah mintak pujuk mamat ni masuk sekolah balik, rupanya dah seminggu dia tipu mak cakap ke sekolah tapi di ke pasar meniaga ayam. Mat kacang hantu dah buat keputusan dan mak dengan bapak terpaksa akur, biar dia berkorban asal adik-adik boleh teruskan sekolah, cukup makan minum(masa ni gila sedih).. Tapi waktu nak dekat spm nampak jugak si mat ni sedih, yela kawan-kawab lain nak spm tapi dia tak.. Kawan-kawan dia dengan cikgu ada pujuk untuk ambik spm tapi berdegil taknak..

Lebih kurang setahun si mat kacang hantu ganti bapak meniaga ayam dan bapak pon beransur baik dan sihat, kadang-kadang ada ke pasar untuk tolong mat meniaga. Bila dah tertulis memang itu Allah dah takdirkan sentiasa akan ada jalan menuju kearahnya, Cikgu masa mat tingkatan lima suarakan pendapat agar mat ambik spm persendirian dan dia boleh tolong mat ulang kaji jugak dan mungkin kerana dia tengok bapak pon makin sihat, kami adik-adik pon boleh membantu mak dengan bapak di tambah dengan pujukan mak dengan bapak agar mat ambik spm balik, di lembutkan hati mat menerima cadangan cikgu mat.. Siang dia berniaga dengan bapak yang makin sihat, malam dia buat ulang kaji sama ada dengan abang aku nombor dua yang turut ambik spm tahun tu ataupon dia akan kerumah cikgu untuk belajar.. Si mat kacang hantu ni bukan tak pandai tapi dia malas bak kata cikgu mat.. Berkat doa mak bapak, mat dengan abang aku nombor dua menduduki spm cuma bezanya mat ambik spm secara persendirian.. Berbulan menunggu akhirnya result Spm keluar dan siapa sangka mat kacang hantu lulus dengan cemerlang yang sangat-sangat, berkat dia berlajar bersungguh-sungguh dan berkat doa mak bapak dan ganjaran tolong berkorban demi keluarga, abang nombor dua aku pon alhamdulillah result dia, kiranya mak bapak aku memang gembira la.. Dah spm gempak kena la mintak sambung belajar kan ? tapi si mat ni pada mula di berat hati nak mintak isi sambung belajar lagi tapi dia berminat cuma dia kesian bapak, aku tahu dia rasa bertanggungjawab sebab dia anak sulung tapi cikgu mat yang selalu bagi tunjuk ajar, nasihat tu mintak mat isi untuk mintak sambung belajar lagi dan rezeki Allah, mat dapat sambung dekat Ukm, abang nombor dua aku pulak sambung tingkatan enam dan mat nak menolak pada mulanya tapi lepas dia bagitahu nak tolak tawaran tu dekat kami sekeluarga, bapak ajak dia masuk bilik, apa yang dua beranak tu sembang aku tak tahu, yang aku tahu lepas lama jugak mat dengan bapak keluar dari bilik, aku tengok mata mat merah-merah macam baru lepas menangis dan sampai sekarang bila tanya bab tu dia akan tukar topik lain, bapak smackdown dia ke? hahahah .. Akhirnya bermulalah episod mat kacang hantu yang masih lagi perangai macam hantu tapi berjaya sikit la…

Harini genap 29 tahun mat ada dekat dunia ni dan 24 tahun jadi abang adik, macam-macam mat dah lalui, orang kutuk mat, orang keji mat busuk ayam la, orang kata mat bodoh la dan macam-macam lah tapi diaorang tak tahu mat la tunjang utama keluarga, mat abang terbaik adik dengan ajim dan anak terbaik mak dengan bapak, mat bukan kacang hantu tak berguna, mat kacang hantu yang baik..

Bagi yang ada anak yang buas-buas masa kecik-kecik ni jangan la marah sangat, biasalah budak-budak, mungkin sekarang ni nampak jahat pada mata orang tapi anak macam ni esok-esok yang menyenangkan keluarga..

Mat ? Mat sekarang ada dekat Jepun dah dekat tiga tahun kerja dekat sana, lepas habis belajar dekat ukm,mat di murahkan rezeki dapat kerja dan majikan mat hantar mat ke Jepun 5 tahun untuk bekerja dekat sana, jangan mat nanti bawak balik bini jepun sudah, jenuh nak berhait-hait, hahaha.. Bapak pon dah tak meniaga ayam lagi dah, kami adik beradik tak kasi sebab bapak bukan sihat mana pon, Mak Nab masih dengan aktiviti menjahit beliau tapi tak ambik tempahan dah, cuma menjahit sekadar suka-suka hilangkan bosan katanya.. Abang aku yang nombor dua dah jadi cikgu berkat bebelan mat yang nak tengok adik-adik berjaya, abang aku yang tu sekarang berada nun jauh di Sarawak dan aku baru habis belajar duduk rumah lepak-lepak cari kerja..

Selamat Hari Mat Kacang Hantu ..

# dulu ada awek reject mat sebab mat jual ayam sebab tu sampai sekarang mat tak kahwin-kahwin lagi kot eh? hati terluka, hahaha.. sapa sapa yang single tu say hi sikit kot boleh buat kak ipar, tak menyesal punya sebab mat tall, dark
and handsome, hahahah

– adik mat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit