Mata batu

Hi, assalamualikum pembuka bicara untuk aku mulakan cerita ahaks! Pertama sekali terima kasih kepada confessor ‘Kanser Mata’ telah membuka hati aku untuk mencoret dan menceritakan kisah rahsia kehidupan aku selama 20 tahun. Aku adalah seorang gadis hehehehe.

Ketika umur aku 4 tahun keluarga aku telah terlibat dalam kemalangan dan mengakibatkan mata kanan aku termasuk serpihan kaca cermin hadapan kereta. Keluarga aku yang lain (mama, abang, kakak, nenek dan makcik) hanya mengalami cedera ringan sahaja tetapi aku tidak. Selepas kemalangan, aku dikejarkan ke hospital. Mata aku telah dibersihkan dan dijahit (bukan kelopak mata tapi dalam mata aku dijahit sebab doktor ingin melihat perkembangan dan pada masa doktor jahit tu mata aku masih boleh bergerak). Keesokkan harinya, mata kanan aku mula membusuk dan menyebabkan doktor mengambil keputusan untuk membuang mata kanan aku sebelum bahagian lain dijangkiti kuman.

Doktor meminta keizinan mama aku untuk membuang mata kanan aku dan mama aku membenarkan tapi paling sedih mama aku sanggup nak ganti mata dia dengan aku (Ini makcik aku yang cerita pada aku). Tapi doktor bagi nasihat kalau nak ganti, kemungkinan mama aku tak akan diterima kerja (Oh ya, aku kehilangan ayah masa aku berumur 2 tahun). Jadi, mama aku jadi ketua keluarga.

Nak tak nak, mama akur dengan permintaan doktor. Dan mata kanan aku dibuang dan diganti dengan mata palsu (Bahasa kasar orang selalu ejek aku ‘mata batu’ dan take time juga nak buat mata palsu sebab kena tunggu bahagian dalaman mata aku baik dahulu). Dan jadilah seorang kanak-kanak perempuan OKU. Waktu kecil aku tak indah macam kanak-kanak lain, aku sering diejek dengan panggilan ‘mata batu’ / ‘juling’. Juling ni sebab mata palsu aku pegun, tak bergerak. Mata kiri sahaja yang bergerak jadi bila aku cakap dengan orang sambil gerakkan mata ikut tingkah laku orang, orang ingat aku juling sebab mata kiri ke lain, mata kanan ke lain. Haaaa, faham dak?

Masa sekolah rendah terutamanya aku diejek habis-habisan sampai pergi sekolah pakai cermin mata yang mama aku belikan (cermin warna biru cair) sebab aku mengadu aku malu nak pergi sekolah. Mama aku selalu pesan kat guru kelas suruh aku duduk depan sebab aku tak nampak. Aku malu bila aku jadi perhatian kat sekolah. Aku selalu bawa tisu kehulu kehilir sebab bila kau pakai mata palsu, mata kau kerap berair ada tahi mata tau (Actually cecair macam nanah tapi dia tahi mata hahaha). Kalau kes confessor ‘Kanser Mata’ terpusing masa tengah borak, aku pula terpusing sebab aku gosok mata dalam kelas dan tiba-tiba cikgu BM aku tegur kenapa mata aku terpusing (Semua guru yang mengajar aku tahu aku OKU). Dah satu kelas tengok aku, terus berlari pergi toilet betulkan mata hurmmmmmmm.

Aku ingat lagi mama aku pesan, ‘Adik janganlah malu. Nak buat macam mana, dah Allah bagi adik jadi macam ni. Adik kena lah kuat. Kat luar sana ada lagi yang istimewa dari adik. Kalau adik tak suka, adik doa banyak-banyak supaya Allah ganti dengan benda baik untuk adik’.

Alhamdulillah, sejak sekolah menengah perasaan malu dalam diri aku dah berkurang. Aku tak kisah orang nak ejek aku apa (Tak kisah tu yang jadi gangster sekolah masa sekolah menengah). Lepastu orang tak puas hati tulis belakang pintu tandas nama aku siap panggilan ‘mata juling bajet’ tu hahahaha sedih hidup aku.

Dah masuk universiti ni, bila kadang-kadang orang tanya, ‘Kenapa dengan mata kau? Sakit ke?’. Aku tak tahu nak jawab apa, aku hanya mampu senyum je. Aku tak berani lagi nak cerita kat orang. Nak cerita kat bakal suami satu hari nanti macam manalah. Silap hari bulan hantaran jatuh kang kalau dapat tahu aku cacat hahahaha. Nak jumpa kawan-kawan yang aku kenal kat media sosial pun aku malu.

Ini takdir aku. Aku tahu, Allah ambil mata kanan aku sebab nak ringankan aku dari dosa dosa mata yang aku lakukan kat dunia. Buat ibu bapa yang ada anak macam aku ni mahupun kekurangan fizikal yang lain, bersabarlah kerana Allah itu Ada. Allah tak ganti dengan nikmat fizikal, tapi mungkin diganti dengan nikmat yang lain.

Aku pun dah jarang diajukan soalan pasal mata kanan aku mesti sebab orang tak perasan, sebab hari-hari lepas solat mesti aku doa supaya orang tak perasan mata kanan aku tau sebab aku tak sanggup nak cerita kekurangan aku. Aku tak suka orang kesiankan aku hehehehe kalau mama aku kesiankan aku pun aku marah tau! Lagi satu, mesti bantuan makeup juga buat orang tak perasan mata aku. Aku makeup bukan nak mengurat lelaki tau, aku makeup sebab nak tutup kekurangan aku lah. Tapi taklah makeup tebal macam yang kamurang bayangkan! Hahaha

Kadang aku terfikir, kalau aku ada mata kanan mesti aku lagi berlagak (Hahahahahahaha). Tapi abang aku kata aku kuat semangat, dah lah perempuan lepastu takda mata. Tapi aku tetap bersyukur dan berterima kasih kat Allah, Alhamdullilah, perjalanan hidup aku takdalah teruk mana. Kalau dia tak ambil mata aku, aku tak tahu lah aku jadi apa sekarang. Entah-entah jadi artis kot haha. Aku pun sekarang tengah belajar di peringkat ijazah sarjana dalam pendidikan. Doakan aku jadi guru ‘mata palsu’ yang akan menjadi pendidik yang berilmu dan pembakar semangat (mungkin guru kepada anak salah seorang pembaca) hehehehe. Sampai sini jelah coretan aku.

p/s: Mestilah aku ada buat mata palsu baharu tapi bukan setiap tahun, perlu lihat dari segi kesusaian juga. Tapi aku dah 20 tahun guna mata yang pertama kali buat ini sahaja sebab mata palsu baharu aku semua aku pakai tak selesa. Tajam tang sini tajam tang sana hahaha

– Gadis Mata Palsu Hati Tak Palsu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit