Seronok aku baca confession sister yang jumpa jodoh kat Tinder dan akhirnya dah nak kahwin dah. Ada yang aku baca komen, dah give up nak cari pasangan, aku pun lebih kurang macam tu la…
Okey sebelum aku mulakan cerita, aku perkenalkan dulu nama aku. Nama aku Aleya, berumur 31 tahun. Aku ni civil servant. Bercakap pasal jodoh, aku dah bercinta banyak kali. Tapi satu pun tak lekat. Kadang tu aku patah hati tak usah nak cakap la. Ada tu dah nk kahwin dah, last minute tiba-tiba dia berubah.
Nak dijadikan cerita, lepas aku clash hari tu, aku ada baik dengan sorang lelaki ni. Aku suka kawan dengan dia, tapi perasaan aku memang tak boleh nak terima dia lebih dari kawan. Dia pulak syok gila kat aku.
Aku kesian, tapi aku tak boleh nak terima orang just because aku kesian or sebab aku desperate nak kahwin. Aku tak boleh nak paksa diri. Orangnya baik, tak tinggal solat. Tapi ada beberapa sebab yang menyebabkan aku tak boleh nak terima langsung.
Sebab yang pertama, sebenarnya ada sekali tu dia call aku, cerita pasal masalah kawan dia yang curang dengan bini and kantoi. Dalam conversation tu dia ada tersebut satu perkataan lucah body part wanita.
Bukan dia nak mencarut aku tau. Tapi bagi aku macam not nice and aku sangat tak suka. Tapi aku tak cakap. Cuma start tu aku dah macam tak suka langsung. Bagi aku dia boleh cakap berlapik lagi.
Yang kedua, dia umur dah 30 lebih, tapi suka pergi race motor dengan kawan-kawan dia. Pastu dengan bangga cakap dengan aku. Bagi aku usia sebegitu dah tak sepatutnya terlibat dengan aktiviti macam budak baru nak up.
Ada sekali aku berkias, aku cakap kalau laki aku, aku tak suka terlibat benda macam tu. Dia boleh tanya kenapa kat aku balik. Aku diam jelah.. malas aku nak layan.
Yang ketiga nya, aku rasa sangat kejam fikir macam ni.Kadang-kadang aku rasa aku jahat. Sebabnya aku rasa dia macam tak kisah pasal masa depan. Sekarang ni dia tak kerja tetap. Kerja pun kejap ada kejap takde. Tapi dia macam tak kisah pun kadang ada duit kadang tak.
Aku pulak bukan jenis nak harta dia, aku sendiri pun ada kerja. Tapi kalau boleh aku nak yang kerja tetap. Tak semestinya kerja kerajaan. Aku tak nak di usia yang dah tak berapa muda ni kalau ada anak, anak aku susah. Aku dah pernah susah. Aku tak nak anak aku susah lagi.
Ada lagi satu, dia ni macam jenis tak faham bahasa kadang-kadang. Aku at least perlukan pasangan yang faham kerja aku. Aku memang busy orangnya. Dia pulak bila whatsapp aku, kalau aku cakap aku busy, aku harap sangat orang faham and bagi ruang.
Ini tak, aku dah cakap pun still dia keep on texting aku benda tak penting non stop kalau aku tak reply. Aku annoyed gila. Dia dah perangai budak baru nak bercinta. Which aku rimas. Waktu aku kerja pun whtsapp benda ntah apa-apa.
Sekarang aku dah tak tau nak buat apa. Aku memang tak ada hati langsung kat dia. Tapi aku tak tergamak nak patahkan hati orang macam orang patahkan hati aku. Tapi aku memang macam dah give up nak berpasangan.
Korang rasa aku jadi tak suka dia just sebab aku dibutakan oleh kerjaya dia ke? Mata duitan ke aku ni?
– Aleya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit