Dari mata yg melihat dan menilai. Perbezaan suasana wad kanak-kanak dan wad orang dewasa (mention to warga tua, ibu bapa yang sakit)
24/12/18
Dah 5 hari berkampung dalam picu, teman Little M yg terkena virus RSV… Bukan penyakit yg nak dicerita, tapi penjagaan orang sakit. Di wad kanak-kanak takde satu pun anak ditinggalkan tanpa penjaga, mostly parents ade menemani, cuma jika benar ada masalah, akan ada penjaga bernama Kakak, abang, makcik, pakcik, atuk atau nenek…
Takkan ditinggal anak itu bersendirian, akan diusahakan untuk menemani… Seorang pekerja lupa yg cuti dibekukan kerana akhir tahun, seorang pekerja bercuti lupa percutian yg sudah ditempah, seorang pekerja lupa pada shift yg ditetapkan, semua dilupakan demi menjaga insan bernama anak yg memerlukan.
Terpancar wajah wajah gusar, wajah wajah sedih, doa sepanjang hari, tak kira agama bangsa semuanya sama demi insan bergelar anak. See anak anak lihat pengorbanan ibu bapa kalian.
Dec 2012-Dec 2013
Kami diuji dengan arwah mak terkena minor stroke dan membawa kepada lumpuh, half body mak dah tak berfungsi atau kata lain separuh badan telah mati… Tanak citer journey jaga mak because Alhamdulillah kami dapat jaga mak.
Tapi nak cerita ragam anak menjaga parents. Ramai jer anak anak bertangungjawa, jaga parents, ramai aku jumpa. Teringat satu brother nama abg taufik dia jaga mak die kami panggil mak long, tak kenal pun tapi da berjiran kt wad jadi rapat… Aku tengok the way abg taufik jaga mak dia sampai along cakap kalau dia nak kau dik aku soh kawen terus.
Ya Allah lembutnya dia jaga mak dia. Bersih kemas sgt. Kami sama sama jaga mak. Bila side abg taufik nak kluar dia minta side aku jaga both, bila side aku nak kluar aku minta abg taufik jaga mak… pergi makan atau solat, kadang lapo p cari jajan jap. Tapi masih ada segelintir anak anak yg lupa tanggungjawab.
Haaa ni nak citer tadi mukadimmah jer …
makcik A : makcik A tiba tiba nangis mak jenab apa lagi kepoh kepoh tanya “nape awak nangis”… Rupanya makcik tu tapi da panggil nurse cuma nurse sibuk haritu lupa hal makcik A ni. Mungkin da gatal, tak selesa, penjaga mana “anak anak sibuk kerja tak dapat jaga”… Mak suruh aku tolong… Sambil aku cuci makcik A nangis katanya malu. Aku pujuk cakap takper makcik janji bersih.
Makcik B : pun sedih sedih ngadu kat mak aku ckp da brape hari tak mandi, seronok nya kene air… Mak aku pun sedih sedih mintak aku mandikan. Sambil mandi pun sedih sedih makcik tu seronok kene air… Haiii dgn aku sedih sedih …
Makcik C : terjerit jerit sakit belakang rupanya hasil pakai pampers lama sangat, ini normal ea luka terbentuk sampai boleh makan sebahagian daging, mak aku pun ada tapi along beli plaster ubat mahal jugak tp demi mak beli jelah kat farmasi.. Aku ckp makcik tu soh anak die beli ubat yg mak aku pakai sbb hospital just buat dressing jer… Rupa nya “makcik da bgtau anak makcik sbb mak kamu bgtau tp anak makcik cakap mahal”… “Cik anak makcik kerja apa”,,, “anak makcik pegawai bank”…. Damn kami tak kerja makcik along resign 24hours nak jaga mak aku, nangis nangis Aku terbaca notis berhenti kerja along… 4 beradik… Yg kerja cuma angah dan suami long (syg abg ipar terbaik)… Struggle hidup kat jb ni yg serba mahal… Tp bole korek duit beli ubat mak… Alang n aku masih belajar di ipta…
Pakcik D : hospital HSI mmg campur ea wad dia lelaki perempuan… Beza lorong je… Satu section 4 org yg mane tahu keadaan HSI boleh lah dpt gambaran… Pakcik D panggil aku “nak tolak pakcik keluar,pakcik nak balik aku pun sorong lah ke pintu tengah sorong kene tahan rupanya pakcik D lom bayar. Pastu pakcik D bebel “aku bukan tanak bayar masa aku sakit orang hantar aku ta bg duit aku anta beg kosong je, ni aku nak balik tumpang pakcik Z nnt aku dtg lah bayar”… Bila tanya anak, anak die cakap sibuk… Aku pun berasap terus call anak pakcik tu Warden Penjara berdekatan… Mmg bergaduhlah “apak kau tunggu dari pagi bawak ke petang kau gerak datang pun tidak eiiii bukan dahhh”
Kalau aku cerita tak habis weiii, aku rasa if ade nurse atau Dr yg baca mesti setuju… Yg mane lepas tangan tp suka menyalahkan, yg mana mmg ta amik tau langsung even pampers mak pak pun takde, yg mane kaki komplen tp sentuh mak pak pun takde aiiii banyak… Point satu jer “tanak jaga”…
Guys sepanjang jaga mak ade beberapa aku nak highlight:
1) Mak cakap mak malu kalau angah atau alang mandikan even angah alang ta kisah, tapi mak perempuan… Anak pun dia malu apatah nurse nak buat.
2) Mak tak selesa kalau tak kemas, sepanjang usia dia bersiap mandi, gosok gg, potong kuku,,, time die sakit dia tak mampu so kita buat… Potong rambut dia.
3) Dia nak berbeli, mak aku nangis nangis nak pamoga dgn selipar bunga bunga sebijik wehh macam aku kecik nangis nak tora tora.
4) Mak pak kita manja, cuma ada ragam,,, macam kita yg ade ragam tersendiri… Belajarlah ragam mereka mcm mana… Mak aku pattern manja takley sorang katanya hospital banyak hantu… Yg kelakar mak katarak tak nampak pun…
5) Orang tua ni sakit mcm kita masa kecik.
Ending dia, harini sambil jaga anak aku, aku sendiri n sambil melihat how struggle parents pujuk anak, sabar tabah kuat… Tp why masa aku jaga mak, bnyak yg aku nampak mengeluh, biar… Tak kisah n so on… Mak pak cuma sepasang satu jer kita dapat takde ganti… Semoga anak mummy “the M” boleh jaga mummy daddy macam sibling mummy… Mcm abg taufik…
Nota kaki : struggle nak kawen orang yg mcm angah, alang and abg taufik, aku mmg take care giler cari suami, sbb along cakap “nak cari suami tengok cara dia layan mak dia”… Alhamdulillah bila bertemu dgn daddy “The M”… Aku faham nasihat along… Because abg ipar aku juga dikalangan orang like angah, alang n abg taufik…
Yang kepoh bercerita,
Anak yatim piatu
– Mummy The M
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit