Matang

Salam semua. Aku Pie, gadis berumur awal 30 an. Harini aku nak berkongsi kisah aku dengan semua mengenai “Matang”.

Aku dibesarkan dengan 3 orang adik beradik dan aku adalah anak sulung. Ibu bapaku kawin pada usia yang muda. Jadi, pada tahun sekarang, mereka dalam lingkungan awal 50 an. Agak muda dari rakan rakan ku yang lain.

Kisahnya bermula ketika adikku yang kedua dilahirkan. Apabila kami beranjak usia 8 tahun & 9 tahun. Kami terpaksa memaksa diri kami untuk menjadi matang seawal itu. Kerana apa? Kerana ibu dan ayahku sering bergaduh.

Ketika mereka bergaduh. Pastinya mereka akan mengajak salah seorang dari kami untuk mengikut mereka. Bagi menenangkan diri.

Terpaksa menjadi “diari kecil” bagi mereka, mendengar luahan walaupun ketika itu. Aku tidak mengetahui intipati apa yang mereka luahkan. Ada kalanya, asbab pergaduhan mereka…

Kami sering dijadikan tempat untuk dilepaskan segala carutan. “Kau ikut perangai bapak kau!” “Kau sama tak guna” “Kau dah besar kepala sama macam ibu kau”. Segalanya telah aku dengar sejak di zaman sekolah rendah.

“Matang”. Pada usia berapakah seseorang dewasa itu sepatutnya digelar matang? Ataupun keadaan manakah yang boleh menggelarkan seseorang itu matang?

Sering aku lihat kanak kanak masa kini yang terpaksa matang sebelum usia. Menghadap ibu bapa mereka yang sumpah seranah mereka, menjadikan mereka tempat lepaskan geram dengan mengeluarkan kata kata cacian.

Pernah ke ibu bapa ku berfikir perkara dan perkataan yang dilontarkan kepada kami ini. Akan memberikan impak pada masa hadapan? Aku rasa tidak pada ketika itu.

Kerana pada usia 50an ini juga, setiap kali aku pulang ke rumah. Aku pasti mendengar perkara yang sama. Jadi, aku fikir “Matang” itu bukan diukur pada usia.

Aku dan adik berhasrat untuk tidak menjadi seperti ibu dan ayahku. Kami berhasrat akan terus bersikap “Matang” dan tidak akan mengulangi apa yang dilakukan ibu ayahku.

Kerana pepatah hidup ini seperti roda, tidak lagi boleh digunakan. Kerana kita sendiri mampu mengubah kitaran roda tersebut jika mempunyai niat.

Doakan aku ya para pembaca. Supaya ibu dan ayahku sedar bahawa sikap mereka itu berubah.

– Little Pie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *