Salam Lebaran semua,
Hari ini, izinkan aku luahkan sedikit rasa yang telah lama terpendam.
Aku anak kedua daripada empat beradik, aku ada seorang abang dan dua adik lelaki.
Kisah yang ingin aku kongsi ini berkaitan dengan abangku dan isterinya, yang juga merupakan sahabatku sewaktu zaman belajar dahulu.
Niat aku waktu itu sangat murni — sebab abang masih bujang, saya rasa patut kenalkan dia dengan kawan saya yang memang ada semua ciri-ciri ideal: bijak, pandai masak, rajin, jimat cermat. Ciri-ciri idaman setiap ibu mertua, kan?
Selepas beberapa bulan, mereka mendirikan rumah tangga. Tapi siapa sangka, perkahwinan itu menjadi titik mula episod mencabar dalam hidup aku sebagai seorang adik ipar dan bekas sahabat.
Aku namakan kakak iparku sebagai S.
Pada awalnya, selepas berkahwin, mereka tinggal bersama keluarga kami. Aku pula merantau bekerja jauh di selatan.
Dalam tempoh itu, perlahan-lahan aku mula nampak sisi S yang aku tak pernah jangka. Berbeza benar dengan sahabat yang aku kenal dulu. Mungkin dia berubah, atau mungkin itu adalah dirinya yang sebenar?
Setahun pertama selepas tamat pengajian sarjana, S masih belum bekerja. Ibu aku memang sukakan wanita bijak, katanya senang nak didik anak-anak. Mungkin itu salah satu sebab ibu menerima S sebagai menantu.
Tapi dalam tempoh itu, S tak langsung membantu dalam urusan rumah. Ibu kata, “Alah, dia masih baru kahwin, kena beri masa.” Ibu bersangka baik katanya, mungkin belum biasa lagi dengan suasana rumah kami.
Namun selepas setahun, tiada sebarang perubahan. Apa sahaja yang kecil pun perlu disuruh dan diajar. Ibu dan ayah pernah menegur, namun dengan nada lembut. Bila ditegur abang, dia hanya menjawab, “Siapa yang carikan?”
Masuk tahun kedua, S sudah bekerja. Namun tanggungjawab di rumah tetap tidak dihiraukan. Aku mula menerima mesej daripada ibu hampir setiap hari, meluahkan rasa sedih dan letih. Aku cuba bantu, menasihati abang agar memperbetulkan keadaan. Tapi sikit pon tak berubah.
Beberapa perkara yang menjadi ‘red flag’ sepanjang tiga tahun ini:
1. Suka membandingkan diri dengan ibu “Kalau ibu boleh buat, kenapa saya tak boleh?”
2. Mengeluh selepas buat kerja rumahkenapa hanya dia, bukan abang atau adik yang lain?
3. Balik kerja terus masuk bilik, jarang bercampur dengan keluarga.
4. Bila kena tegur, terus update status “Life is so hard, I’m the victim! Sering ‘update’ status seolah-olah dia teraniaya bila ditegur.
5. Boros — sering beli barang dan minta suami bayar.
6. Jarang masak untuk suami, ibu pula yang terpaksa memasak walau penat balik kerja.
7. Kalau ibu mengemas, dia akan tanya kenapa tak ajak kemas sama-sama.
8. Dapur sering dibiarkan bersepah selepas memasak.
9. Pernah salahkan ibu sebab bantu carikan kerja kononnya suasana tempat kerja ‘toxic’.
10. Yang paling win selama 3 tahun Ramadan berturut-turut, hanya bangun untuk sahur selepas ibu siap masak.
11. Tak ukur baju di badan sendiri. Apa yang ibu ada dan beli, dia pun nak
Abangku ada juga beri sedikit wang kepada ibu setiap bulan, tapi jumlahnya… hmm, biarlah rahsia. Yang pasti, komitmen abang sangat minimum. Rumah dan kereta pun dah free. Gaji lebih banyak digunakan untuk kehendak sendiri dan memenuhi kemahuan isteri.
Segala bil seperti elektrik, air, unifi dan barang dapur masih ibu dan ayah yang tanggung. Itu belum cerita bab makan — mewah sungguh.
Kini, ibu dan ayah hanya berharap abang dan S dapat keluar rumah dan mula hidup berdikari. Segala kemudahan sudah disediakan , ibu dah sediakan rumah, perabot, semua sudah lengkap.
Aku bukan nak buka aib sesiapa. Tapi ini jalan terakhir aku selepas teguran demi teguran. Aku sayang hubungan kami, sebagai adik dan kawan. Aku cuma nak minta doa dan pendapat korang.
Semoga hati mereka terbuka dan ibu tidak terus-terusan terluka serta letih menanggung beban emosi.
Semoga Allah mengampuni segala kesulitan dan memberi ketenangan pada ibu. Semoga Allah memberi kekuatan untuk ibu terus bersabar.
Selamat Hari Raya korang maaf zahir dan batin. Semoga lebaran ini membawa sinar baru dalam keluarga kami. Doakan ya!
– Matchmaker (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Better klau abg n kakak ipar tu dduk di tempat lain, supaya ibubapa tu dapat hidup ‘selesa’, tanpa ada rasa ‘sakit hati’ dgn perangai anak-menantu tu, esp. klau dah ada ank nt, lg kelam kabut jdi nya.. kadang2 bla dah ada semua kemudahan, mrk lupa nk melaksanakan tggjwb masing2.., itulah perangai manusia.. kesian kat mak ayah yg dah penat bekerja, nk buat kerja rumah pulak.. cuba mak atau ayah tu slow-talk dgn abg awk, klaw dgn menantu, nt ‘sentap’ pulak.. wallahu a’lam
aku dah kawin 21 tahun, anak 5 orang. aku nak komen skit. aku tak rasa kakak ipar ko salah. ko tau sebab apa? sebab duduk sekali. kena duduk asing. logik la takkan nak semak2 ramai2 kat dapur lagipun bukan rumah dia. beli barang memang la kena guna duit suami. dia pun kerja, letih juga. abang ko pun tak kata apa, ko ngan mak ko pulak lebih2. pada aku mungkin sebab duduk sekali semuanya bau taik. cuba duduk jauh jumpa sekali sekala. baru boleh bau bunga.
Setuju.. Patutnya abg tu amik tanggungjawab duduk sendiri. Tak payah menyemak rumah mak ayah. Belajar pikul tanggungjawab.
Kakak ipar bukan malas.. Tapi bila duk rumah mak mertua auto jadi tak pandai nak masak.
Boleh pulak mak mertua jenis suka berbasi.. ‘ehhh tak payah la susah2, biar mak buat’..
Menantu pulak jenis lurus bendul.. Dah mak mertua cakap tak payah tolong masuk bilik je la.. Apa lagi..
Dalam hal ni, abg dia yg bersalah.. Bila duk rumah sendiri baru bini dia fully function.
Asyik salah kan orang, siapa cari kan.. Habissss siapa yg nak kawennn??
Dia kannnn.. Apaaa daaa
Ats dnia ni mne blh dpt sume mnde, ad mnd kte dpt ad mnd kte xdpt. That’s life. Bak kata gattuso, “sometimes maybe good, sometimes maybe sheet”
Lepas S tu blah dari situ amanlah kehidupan uols…
Menantu vs mertua jgn la duk sekali atau dekat2..bau tungkik.
S tu pun sejenis sentap dan tunjuk memberontak even baik cmne pun mak ayah ko sebab dia rasa dia ada keistimewaan sebab ko yg pilih dia..patut ko tegur dia la apa nak takut sgt.
Lagi2 lps baca status dia tu ko balas aje lah balik apa yg x puas ht cuba cerita.
Kalau aku jd ko..mahu aku ganyang S tu suruh berambus dgn abg ko sekali..dasar taik punya kwn.Puohhhh