Hi readers. Its me again Anne. Hari tu aku ada buat confession berkenaan isu nafkah suami kan. Korang leh baca kat by klik link ini, (https://iiumc.com/materialistik-ke/).
Aku baca semua komen komen korang. Terima kasih pada yang mendoakan aku. Aku sangat hargai sokongan moral korang sampai bila bila. Aku risau juga bila aku publish confession, nanti yang komen semua onion army. Tapi takde, komen komen korang sangat mengharukan aku. Thanks semua. :’)
Berbalik pada cerita aku. Ada yang komen minta aku berbincang dengan suami dan aku pun rasa benda yang sama juga sebab mungkin dengan cara ini suamiku faham sedikit demi sedikit tentang pemberian nafkah.
So aku dengan lurus bendulnya pegi la explain dengan A tentang nafkah aku, hak aku. Aku bukannya explain dengan cara kasar atau sarkastik. Aku bercakap dengan nada yang baik dalam gurauan gitu. Dia ada cakap yang dia banyak komitmen seperti kereta,sewa rumah, air, api, barang dapur, duit untuk mak dia. Ye semua itu aku faham.
So aku just cakap kat dia dengan bahasa dan nada yang lembut je ‘kalau awak boleh bagi duit kt ibu, tak kan lah awak tak boleh bagi sikit kat saya. saya tak mintak banyak mahupun ribu. cukup lah sekadar lepas untuk kegunaan time emergency’. Kalau A bagi setakat 200 pon aku dah syukur sebenarnya.
Dia kena faham situasi aku sekarang tidak berkerja. Aku tiada sumber. Habis dengan siapa lagi aku nak minta? Korang faham tak apa yang aku cuba sampaikan? Aku bukan ditahap materialistik lagi untuk minta dia macam macam. Cukup lah untuk aku melangsungkan hidup sehari hari. Macam pengemis pula aku sekarang. Haha
Aku dikata macam macam oleh A, isteri tak bersyukur, dah sediakan macam macam masih merungut. Mempertikaikan soal ibu dia kerana dia paling pantang orang up kan isu ibunya. Iya aku faham seorang anak syurga dibawah tapak kaki ibu.
Aku tidak sesekali menyuruh dia menderhaka pada ibunya kerana aku juga punya seorang ibu tua yang memerlukan perhatian anak anak nya. Disuruhnya aku mengkaji balik dalil dan hukum Al Quran. Baik lah. Aku ni bodoh tak faham agama mungkin.
Aku sedih. Hatiku bagai disiat siat namun aku tak menitiskan air mata langsung. Aku cuma balas ‘baiklah. salah saya. saya minta maaf’. Mungkin korang merasakan aku ni bodoh bukan? Kerana tidak mempertahankan hak aku sebenarnya. Tidak menyuarakan apa yang patut. Ye aku lemah. Maafkan aku.
Aku terima sekiranya aku dikatakan bodoh kerana berhenti kerja. Aku terima kalau korang kata aku lemah tak berani melawan. Aku terima kalau korang kata aku bodoh salah memilih ketua keluarga. Aku terima kalau korang kata aku macam macam.
Aku bukan mengalah tetapi aku tak nak mengeruhkan keadaan sekiranya aku bergaduh pastu ibu A akan tahu. Aku tak nak hati orang tua kecewa sedangkan hati aku sudah remuk mungkin pecah berderai. Tapi tidak mengapalah aku percaya, berkat kesabaran aku nanti aku akan diberikan rezeki yang baik oleh Allah swt dikemudian hari. Aku percaya kuasa Allah swt melebihi segala galanya.
Aku telah menghadiri beberapa temuduga di kawasan yang berdekatan. Aku harap diantara syarikat yang aku pergi temuduga dapat lah satu kerja untuk ku dalam masa terdekat ni. Aku nak bangkit kembali.
Niat aku berkerja mencari rezeki bukan nak kaya, tapi niat aku, aku nk ringankan beban suamiku untuk membayar kereta, sekolah anak (kerana aku tahu lepas aku kerja memang aku kena share2 balik bayar semua tu), aku nak bagi duit kt ibu aku (dah lama aku tak kirimkan duit pada ibuku. Macam mana la ibuku nak survive sehari hari kalau dah short 300 kat situ).
Ibuku dah la tak berkerja, duit pencen apa pun tak ada, orang kampung la katakan. Kerja pon kerja kampung. Sekarang dah tua mana larat nak kerja. Harapkan anak anak je lah. Dan yang selebihnya aku nak bayar hutang PTPTN, TH dan Insuran aku dan nak mulakan balik simpanan personal aku. Ya Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, permudahkan lah segala urusan aku.
Maafkan aku reader kerana gagal mempertahankan hak aku dan maafkan aku juga kerana aku patut berdoa pada Allah swt instead of meluahkan disini. Mungkin dengan luahan aku, aku dapat tenangkan hati ku even sementara. Jangan marah ye. ;)
Kawan kawan aku harap korang doakan aku berjaya dunia dan akhirat. Mungkin doa doa korang dapat membantu aku lebih bersemangat. Semoga Allah swt membalas jasa baik korang. Terima kasih.
– Anne (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit