Mati Akal, Mati Rasa

Aku anak bongsu daripada enam adik beradik. Orang cakap, jadi anak bongsu ni best. Manja. Apa yang nak, semua dapat.

Tapi entahlah. Tak pernah pun dapat apa aku nak. Semua buat sendiri, cari sendiri. Okaylah at least aku dapat belajar berdikari. Hikmah disebalik layanan yang aku dapat.

Aku sekarang duduk dengan mak abah. Aku lah yang bawak dorang ke sana ke mari. Ke pekan, klinik, hospital apa semua. Takde kerja. Dah cuba cari, tapi satu pun tak sangkut. Belum rezeki.

Mak abah aku orang kampung je. Belajar pun takde tinggi macam orang lain. Mak, nak keluarkan duit kat ATM pun tak reti. Bapak aku pulak nampak je sihat tapi ada lah sakitnya. Tak boleh nak berkerja.

Aku ni kerja jugak dulu. Merantau ke bandar besar. Kerja pun dekat company besar.

Yang kenal aku je tahu macam mana ‘struggle’ aku hidup merantau masa lepas sekolah dulu. Duduk negeri orang seorang-seorang. Tak pernah enjoy pun. Hidup pergi kerja, balik kerja je.

Sekarang pilih duduk jaga mak abah je lah sebab dulu ada abang kakak belum berkahwin, so aku boleh teruskan bekerja kat tempat orang.

Sekarang rasa macam dilema bila abang kakak semua dah kahwin. Kalau aku pergi merantau lagi, siapa nak tengok-tengokkan mak abah?

Cuma nak luah. Adik beradik aku ramai. Atas aku ada 5 orang abang kakak. Semua dah berkeluarga.

Tapi pelik semuanya macam takde common sense. Takde rasa tanggungjawab. Tahu mak abah tu susah takde pendapatan. Kalau datang jenguk, sekadar jenguk saja. Kadang siap tanya lagi, ada masak ke?

Padahal kami anak beranak ni makan lauk perangat 3 hari 3 malam. Takde pun nak hulur hulur buat belanja dorang. Datang macam tetamu pulak nak kena berhidang layan bagai.

Kalau setiap sorang hulur RM100 sorang, jadilah RM500. Dapat RM250 mak, RM250 abah. Dah cukup sangat-sangat dah. Sedikit sebanyak dapatlah jugak bantu diorang.

Aku ni dah tolong tengok-tengokkan orang tua tu dah pun. Ya, tak wajib pun bagi duit kat mak abah. Tapi tak salahkan bersedekah? Sedekah yang paling afdal kan bila sedekah dengan saudara sendiri.

Sikap mak aku pulak, bila apa yang aku cadang nak buat macam jual kuih ke apa ke tak pernah nak sokong. Ada saja benda nak dibantah. Daripada semangat, terus putus asa.

Tapi boleh pulak bercerita dekat adik beradik aku seolah aku ni macam takde usaha. Nak tolong cari duit macam mana lagi?

Bapak aku? Dengan kepala hangin yang tak sudah. Tu belum cerita kalau ada duit. Entah yang bukan-bukan dibelinya. Nak tegur pun tak tahu dah macam mana.

Pun sama jugak, bercerita juga kat adik beradik yang aku ni tak kerja lah apa lah. Buat aku ni nampak buruk benar kat mata diorang.

Kadang dengar je diorang bercerita walaupun aku duduk dalam bilik. Ikutkan baran aku ni memang kena dah setiap sorang. Tapi sabar je lah. Nak buat macam mana lagi. Haha.

Kalau ikutkan hati dan rasa pentingkan diri ni jugak memang aku buang je keluarga macam ni. Banyak peluang aku sebelum ni. Dalam dan luar negara. Aku tolak sebab nak jaga keluarga.

Tapi sebab fikir hukum Tuhan, tak nak berdosa derhaka dengan keluarga aku redha je cita-cita aku terkubur.

Entahlah. Mati akal dah rasa sebab kerja dekat tak pernah nak dapat. Nak keluar kerja jauh, takde orang nak tengokkan mak abah.

Diorang tu kalau nak ke mana, aku ni lah tukang bawaknya. Kalau aku kerja nanti asyik cuti saja. Tak keluar, aku sendiri yang terperangkap. Tak tahulah nak cakap macam mana.

Nak mintak doa je lah daripada korang semua semoga aku tabah dengan apa yang aku hadap. Kalau korang pun nak kecam aku, ikut suka koranglah. Tak jadi apa pun kat aku sebab dah ‘mati rasa’.

– Eevee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. tinggalkan je rumah tu, pergi je cari kerja dan peluang di tempat lain. memang yg dekat selalunya akan bau taik dan yg jauh tu bau harum. nanti 2 minggu sekali dtg la jenguk mak ayah tu, sbb berdasarkan cerita cfs ni, makpak awak bukan bedridden pon. sbb semua tanggungjwb awak nak galas, adik beradik yg kt atas tu lupa yg diorg masih ada mak ayah. kau pergi je keluar cari duit, mak ayah kau lagi banyak makan garam dari kau, setakat pergi klinik ke, keluarkan duit dari ATM tu lama2 dia akan belajar dan tahu jugak bila keadaan dah memaksa, utk diri kau sendiri, jgn limitkan diri, pergi la achieve sesuatu kt luar tu. kau masih boleh contribute both dalam bentuk kewangan dan penjagaan utk mak ayah.

  2. Keluar kerja, sis. Buat jadual waktu jaga mak ayah tu. Anak bukan sorang. Bertegas! Segala resit makanan basah, duit minyak tempek kat grup famili. Bior deme tau duit sekian2 pi mana… 🤬

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *