Assalamualaikum dan Salam perkenalan semua. Ini merupakan coretan yang pertama dalam confession nie. Banyak kisah dan teladan yang dapat Kita baca melalui pengalaman orang.
18/8/2020 cukup sebulan anak syurga yang di beri nama Aaisyah Humaira’.
Anak buah kesayangan yang pergi bertemu penciptaNya pada usia 6 bulan tanpa sebarang ‘signal’.
Boleh dikatakan kematian yang dicemburi sebab seorang baby yang hijabnya dijaga rapi oleh Allah s.w.t ,suci tanpa dosa dan sekarang tengah berbahagia di taman- taman syurga. Subhanallah..
Pagi 18/7/2020 kami dikhabarkan dengan berita yang sangat meruntum jiwa.
Saya masih ingat lagi, mendapat call daripada ibu mertua tentang aaisyah tidak sedarkan diri, terkejut dan hanya namaMu ya Tuhan ku panjatkan. Terus bangkit untuk menunaikan solat hajat.
Usai solat hajat untuk Aaisyah si mata bulat yang cantik, deringan telefon sekali lagi, Aaisyah Humaira’ pergi buat selama-lamanya.
Doom!! Rasa kena hempap dengan bangunan.. air mata tak payah nak cakap,terus mengalir laju.. dalam kepala hanya fikir macam Mana keaadan kakakku.
Macam Mana kakakku nak terima berita kehilangan anak perempuan pertama dalam family. Sekejap Allah bg amanah suruh jaga. Doa mengiringi kakakku..
Si pipi tembam, berkulit putih mulus, Aaisyah Humaira’ secantik namanya.. nama yang di simpan rapi oleh kakakku untuk puteri mereka.. semasa kelahiran Aaisyah , lagu Aisyah isteri Rasulullah tengah top.
Sukanya masa tu, duk layan hari-hari walaupun kita PKP. Happy je.. tidak pernah terdetik akan melalui hari yang sukar sekarang. Rupanya ini lah yang Allah nak tunjuk.
Walau kita bahagia sekarang, ujian Allah sentiasa ada. Tidak mengira siapa pun Kita.
Oh ya, Aaisyah tak sakit, sihat walfiat hendaknya, ceria, cergas, tapi ajalnya sudah tertulis di Lut mahfuz oleh Allah.. Pergi dalam keadaan yang baik, tidak menunjukkan petanda dan Lena dibuai mimpi.. pergi bertemu Allah. Sedih, rindu..
Hati ibu dan abah mana yang tidak terusik dengan kehilangan. Hilang seluruh jiwa dan raga. Abang-abang mengerti erti rindu pada adik kesayangan mereka.
Kadang hati ini tidak kuat juga untuk menerangkan keadaan yang berlaku kepada budak kecik. Tapi kena Dan harus.
Sebagai ahli keluarga yang terdekat, kekuatan ahli keluarga sangat diperlukan.
Kami sentiasa mendoakan untuk kakak Dan abang ipar agar sentiasa istiqamah, tabah Dan cekal.
Ini bukan satu pengakhiran, ini permulaan yang Allah nak kakak Dan abang lebih kuat. Bukan mudah sebenarnya nak menghilangkan rasa sedih, benda terjadi sekelip mata.
Hilang. Anak yang Kita kandung 9 bulan 10hari, minum susu seorang ibu dan pergi disisi kita tanpa sedar. Hanya Allah saja yang tahu perasaan tu.
Dulu hanya dengar dan membaca kisah orang lain tentang kematian anak syurga, sekarang ianya terjadi pada keluarga sendiri. Hebat perancangan Allah.
Kematian bukan pada usia. Benar. Tidak terlewat dan terawal sesaat pun.
Hargai orang disekeliling kita, setiap masa yang kita ada bersama dengan ibu ayah, kakak, adik, abang, nenek, atok merupakan perkara yang paling indah dalam hidup Kita.
Sampai kita mati, mungkin Kita tak bercerita dah tapi mereka yang hidup, meneruskan perjuangan Kita.
Hargai mereka. Sayangi mereka.
Tunjukkan rasa sayang, kasih kita pada mereka. Jangan malu, jangan ego. Luahkan.
Nanti bila sudah tiada, jangan disesali benda yang terlepas. Masa tu baru padan muka Kita sebab Tak buat yang terbaik untuk mereka.
Doakan orang-orang yang Kita sayang, agar ianya terus mekar dan harum mewangi sampai syurga.
Terima kasih kepada admin sebab siarkan kisah saya. Moga mendapat manfaat dan perkongsian ini akan menjadi kenangan kepada kami.
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit